wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA DIRI

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
“...............rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negeri tercinta ini daripada ancaman musuh,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka. 
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Kami
2.
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Fatimah dan rakan-rakannya kepada guru disiplin.
a)
saya
b)
kalian
c)
kami
d)
awak
3.
" Lelaki yang berbaju merah ___________ siapa, ibu?" tanya Ali apabila ternampak lelaki tersebut berbual-bual dengan bapanya di luar rumah.
a)
ini
b)
itu
c)
sini
d)
sana
4.
"Lihat betul-betul. Tidak ada apa-apa di dalam kotak ___________, " kata ahli silap mata itu sambil menunjukkan kotak yang dipegangnya itu.
a)
ini
b)
itu
c)
sini
d)
situ
5.

Hanis dan Aqilah bersahabat baik. _____ tinggal sekampung.

a)

dia

b)

kita

c)

kami

d)

mereka

6.

"Ibu, duit _____ hilang." kata Danial kepada ibunya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

mereka

7.

Salmi murid Tahun 6. ________ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.

a)

Dia

b)

kami

c)

awak

d)

saya

8.

"Mari kita ikut _______ ke perpustakaan." kata Siti kepada Sofia.

a)

mereka

b)

awak

c)

saya

d)

kami

9.

"Ampunkan _______ Tuanku," sembah Hang Tuah kepada Raja.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

10.
Ziyad sedang bermain bola di padang. ____________ menyepak bola itu dengan kuat.
a)
Patik
b)
Beliau
c)
Dia
d)
Awak
11.

____________akan mengikuti rombongn sekolah ke Perlis pada minggu hadapan.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Tuanku

d)

Awak

12.

Cikgu Fazira seorang guru yang berdedikasi. ________________ menjadi contoh kepada guru yang lain.

a)

Dia

b)

Baginda

c)

Kita

d)

Beliau

13.

________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga.

a)

Saya

b)

Awak

c)

Kita

d)

Mereka

14.

"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.

a)

beta

b)

tuanku

c)

patik

d)

hamba

15.

Sultan Kelantan seorang raja berjiwa rakyat. _______________ sentiasa mengambil tahu masalah rakyat.

a)

Baginda

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Mereka

16.

"_____________ akan laksanakan segala perintah tuanku," sembah Laksamana Hang Tuah.

a)

Patik

b)

Beta

c)

Saya

d)

Aku

17.
"__________ berdua telah tersesat di dalam bandar,"Aidil memberitahu pegawai polis itu.
a)
Dia
b)
Aku
c)
Saya
d)
Kami
18.

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda

19.
Ahmad dan Zamri telah bersetuju hendak bekerja di Singapura. __________ akan bertolak ke sana esok.
a)
Mereka
b)
Kalian
c)
Kita
d)
Kami
20.
"Azim, Hafiz dan Badrul tidak hadir semalam kerana __________ ketinggalan bas," kata ketua kelas kepada Cikgu Musa.
a)
mereka
b)
beliau
c)
awak
d)
dia