NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU CIKGU AZMI
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Ahli Kelab Interact sekolah itu menyertai ekspedisi mendaki _ pada cuti sekolah yang lalu.
pokok
bukit
gunung
bangunan
Ayam Mak Lijah semakin berkurangan kerana dimakan oleh _.
memerang
musang
tikus
tupai
"Belajarlah menghargai jasa orang lain. _ akan sentiasa bersama-sama awak dalam keadaan susah dan senang," kata Asmadi dan Badrul.
awak
kalian
saya
kamu
"_ harus berusaha lebih gigih lagi untuk memastikan kejayaan dalam PT3," janji Fadhil kepada dirinya.
Dia
Awak
Aku
Mereka
Nenek _ rumput yang tumbuh di batas sayurnya.
mencabut
mencangkul
mencantas
menebang
Ibu _ bubur jagung yang baru dimasak kepada adik.
menyudu
menyuap
menghidu
membahagi
Burung helang _ pada dahan pokok sambil memerhatikan mangsanya.
berkokok
bertenggek
berterbangan
berkicau
Kakak _ gembira menanti kehadiran kawan sekelasnya ke rumah pada hari raya lalu.
terpesona
terhibur
tersenyum
tergoda
Ahli pengakap Sekolah Menengah Sri Gading _ di tepi pantai itu selama empat hari.
bermesyuarat
bersantai
berkhemah
berkelah
Kanak-kanak itu mati lemas kerana dihanyutkan arus _ Sungai Langat.
laju
deras
pantas
segera
Gulai ayam yang dimasak oleh Humairah _ kerana tidak dibubuh garam.
masin
kelat
tawar
sedap
" _ murid-murid! Belajarlah dengan tekun agar kamu berjaya dalam Peperiksaan Akhir Tahun," nasihat Cikgu Lim.
Ah
Hai
Aduh
Wahai
Wendy menghadiahi ibunya seutas _ emas sebagai tanda sayangnya kepada ibu tercinta.
cincin
anting-anting
permata
gelang
Saya _ Munira dapat hadir ke majlis hari jadi saya yang akan diadakan pada hari Sabtu depan.
sila
harap
tolong
minta
Pelbagai jenis makanan telah dihidangkan di atas meja _ ketupat.
dan
serta
kecuali
kemudian
