NEW
Font size
WorksheetsGEOGRAFI SPM KERTAS 1 TERENGGANU
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Rajah 1 menunjukkan struktur bumi.
P dan Q merujuk kepada lapisan
P- litosfera dan Q- mantel
P- mantel dan Q- teras dalam
P- teras luar dan Q- mantel
P- litosfera dan Q- teras luar
Maklumat berikut menerangkan tentang lapisan atmosfera.
Apakah lapisan atmosfera tersebut?
Mesosfera
Termosfera
Stratosfera
Troposfera
Rajah 2 menunjukkan proses pergerakan plat bumi.
Apakah bentuk muka bumi yang wujud kesan daripada proses pergerakan tersebut?
A Arka pulau
B Lurah gelinciran
C Banjaran gunung lipat
D Permatang tengah lautan
Maklumat berikut berkaitan jenis batuan.
Batuan di atas terhasil daripada proses
A perubahan suhu tinggi
B pemendapan bahan
C penyejukan magma
D penyimenan bahan
Rajah 3 menunjukkan proses pemecahan batuan.
Apakah proses luluhawa yang menyebabkan pemecahan tersebut?
A Tindakan ibun
B Pengkarbonan
C Kembang kecut
D Pelepasan tekanan
Rajah 4 menunjukkan bentuk muka bumi di kawasan pinggir laut.
Kombinasi manakah benar tentang bentuk muka bumi bertanda X dan Y?
X- Cenuram dan Y- Geo
X- Gua laut dan Y- Batu tunggul
X- Tunggul sisa dan Y- Gloup
X- Teluk dan Y- Tanjung
Bagaimanakah sungai mengangkut bahan yang terdiri daripada batu tongkol?
A Lompatan
B Apungan
C Seretan
D Larutan
Mengapakah kebanyakan pulau di perairan Laut China Selatan kaya dengan terumbu
karang?
A Air laut yang jernih
B Air laut yang tenang
C Suhu air laut kurang 20°C
D Pertembungan arus lautan
Apakah kepentingan kawasan bertanda X dalam Peta 1 kepada pembangunan ekonomi negara Malaysia?
A Memendekkan laluan kapal
B Sumber industri kraftangan
C Memajukan aktiviti pelancongan
D Menggalakkan perikanan laut dalam
Foto 1 menunjukkan kesan tindakan ombak di kawasan pinggir pantai Malaysia.
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan tersebut?
A Menebus guna laut
B Menanam semula pokok
C Membina taman rekreasi
D Mendalamkan pinggir pantai
Maklumat berikut berkaitan kedudukan matahari semasa peredaran bumi.
Kombinasi manakah yang benar tentang musim yang dialami di hemisfera utara dan hemisfera selatan pada tempoh tersebut?
Jadual 1 menunjukkan suhu bulanan bagi stesen Z.
Berapakah julat suhu tahunan di stesen Z?
A 33 °C
B 27 °C
C 22 °C
D 11 °C
Berikut adalah ciri sejenis alat kaji cuaca.
Apakah alat kaji cuaca tersebut?
A Tolok hujan
B Mawar angin
C Termometer
D Anemometer
Apakah kesan tiupan angin tempatan terhadap kawasan pinggir pantai Malaysia?
A Menggalakkan pembentukan ribut
B Menyebabkan hujan lebat
C Menyederhanakan suhu
D Membentuk awan tebal
Foto 2 menunjukkan kesan kegiatan manusia.
Apakah kesan terhadap cuaca di kawasan sekitar akibat aktiviti tersebut?
A Pembentukan awan
B Suhu meningkat
C Angin kencang
D Banjir kilat
Foto 3 menunjukkan suatu fenomena alam.
Apakah faktor yang menyebabkan fenomena tersebut berlaku?
A Jerebu
B Hujan asid
C Pulau haba
D Kesan rumah hijau
Peta 2 menunjukkan tiupan angin monsun di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Apakah kesan tiupan angin monsun tersebut terhadap kegiatan ekonomi penduduk
setempat?
A Hasil tangkapan ikan berkurangan
B Kedatangan pelancong bertambah
C Hasil keluaran tanaman kontan meningkat
D Kegiatan perlombongan petroleum terjejas
Apakah komponen abiotik dalam ekosistem?
A Kulat
B Liana
C Parasit
D Nutrien
Maklumat berikut adalah jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi.
Apakah persamaan ciri tumbuh-tumbuhan tersebut?
A Malar hijau
B Daun jejarum
C Berkayu keras
D Berdirian tulen
Foto 5 menunjukkan tumbuhan semula jadi di Hutan Hujan Tropika.
Apakah ciri tumbuhan di kawasan tersebut yang menggalakkan aktiviti pembalakan dijalankan?
A Berdaun lebar
B Sistem akar banir
C Mempunyai lapisan kanopi
D Pelbagai spesies pokok kayu keras
Foto 6 menunjukkan sejenis tumbuhan semula jadi.
Apakah kepentingan tumbuhan semula jadi tersebut kepada ekosistem?
A Kawasan tadahan air
B Rantaian makanan
C Bahan mentah industri
D Lokasi ekopelancongan
Apakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk memulihara sumber hutan?
A Mewartakan Taman Negara
B Melindungi spesies eksotik
C Menubuhkan ladang hutan
D Mengawal pembalakan haram
Peta 4 menunjukkan taburan penduduk di Malaysia.
Apakah faktor yang mempengaruhi perbezaan kepadatan penduduk di kawasan X dan Y?
I) Iklim
II) Sumber air
III) Bentuk muka bumi
IV) Darjah ketersampaian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat berikut berkaitan migran dari negara luar yang masuk ke Malaysia.
Apakah impak migrasi tersebut terhadap ekonomi Malaysia?
A Penularan wabak penyakit
B Peningkatan masalah jenayah
C Pertambahan kawasan setinggan
D Pengaliran keluar mata wang negara
Rajah 5 menunjukkan bentuk piramid penduduk bagi negara P.
Apakah ciri kependudukan negara tersebut?
A Kadar kelahiran tinggi
B Kadar kematian rendah
C Kumpulan umur tua tinggi
D Kumpulan tanggungan rendah
Foto 7 menunjukkan jenis petempatan di Malaysia.
Apakah faktor yang mempengaruhi perbezaan petempatan tersebut?
A Mengurangkan kos sewa
B Mengurangkan kos pembinaan
C Menjimatkan penggunaan ruang tanah
D Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
Apakah faktor yang mempengaruhi peletakan petempatan seperti dalam Foto 8?
A Pekerjaan
B Keselamatan
C Dasar kerajaan
D Bekalan air bersih
Maklumat berikut berkaitan dengan dua bandar di Malaysia.
Apakah persamaan fungsi bandar tersebut?
A Bandar diraja
B Bandar satelit
C Bandar sempadan
D Bandar pentadbiran
Apakah kesan sosial akibat proses urbanisasi di negara Malaysia?
A Peningkatan aktiviti perdagangan
B Perubahan landskap bandar
C Peluasan pasaran barangan
D Pertambahan kawasan setinggan
Apakah sumbangan sistem pengangkutan di atas terhadap ekonomi negara Malaysia?
A Mengurangkan kos perjalanan
B Meningkatkan mobiliti penduduk
C Meningkatkan peluang pekerjaan
D Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Rajah 6 menunjukkan pengkelasan sumber semula jadi.
Apakah jenis sumber yang boleh diklasifikasi sebagai X?
A Air hujan
B Gas asli
C Sisa tanaman
D Cahaya matahari
Apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan tenaga biomas?
A Tiupan angin
B Najis haiwan
C Bahan radioaktif
D Kolam air panas
Apakah usaha yang dapat mengekalkan biodiversiti di Malaysia?
A Membina taman tema air
B Menebus guna paya bakau
C Mengusahakan pertanian ladang
D Mewujudkan hutan simpan kekal
Maklumat berikut berkaitan punca air minuman di negara Arab Saudi.
Mengapakah negara Arab Saudi meneroka sumber air tersebut?
A Sumber yang terhad
B Kos pengeluaran rendah
C Kandungan mineral tinggi
D Mengairi kawasan pertanian
Foto 9 menunjukkan sejenis kaedah penanaman
Apakah tujuan kaedah penanaman tersebut dijalankan?
A Mencegah hakisan cerun
B Mengawal serangga perosak
C Menghasilkan bahan organik
D Membekalkan air kepada tanaman
Berikut adalah faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi di Malaysia. Apakah jenis kegiatan ekonomi yang dipengaruhi oleh faktor tersebut?
A Pertanian
B Pembuatan
C Pembalakan
D Perlombongan
Mengapakah aktiviti akuakultur berpotensi dimajukan di perairan Malaysia?
A Terdapat kawasan terumbu karang
B Berlaku pertembungan arus lautan
C Dapat dijalankan sepanjang tahun
D Bebas daripada bahan pencemar
Berikut adalah senarai kerjasama ekonomi antarabangsa.
Sektor apakah yang dapat dikaitkan dengan kerjasama tersebut?
A Pertanian
B Pendidikan
C Pertahanan
D Perdagangan
Apakah kepentingan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) kepada Negara-negara anggota ?
Mengurangkan tarif barangan eksport
Penggunaan mata wang yang sama
Kemudahan industri besi dan keluli
Kerjasama dalam pembuatan kenderaan automotif
Apakah tujuan Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro Brazil?
A Menggalakkan pelancongan serantau
B Menggalakkan perdagangan antarabangsa
C Mengatasi masalah berkaitan dengan alam sekitar
D Menarik pelaburan asing dari negara maju
