wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3.1 - 3.3 NASIONALISME DAN PD1 & PD 2

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara Eropah. Manakah penyataan yang tidak benar mengenai faktor Perang Dunia Pertama?

a)

Berlaku disebabkan krisis ekonomi

b)

Persaingan kuasa imperialis

c)

Pakatan ketenteraan

d)

Krisis Rantau Balkan

2.

Apakah penyebab kepada berlakunya krisis rantau Balkan?

a)

Akibat keperluan bahan mentah

b)

Persaingan sihat dalam perdagangan

c)

Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia

d)

Berlakunya Perang Dunia Kedua

3.

Antara berikut, yang manakah bukan terdiri daripada Kuasa Tengah?

a)

Jerman

b)

Bulgaria

c)

Empayar Uthmaniyah

d)

Rusia

4.

Pakatan Bertiga terdiri daripada ....

a)

Britian, Perancis dan Rusia

b)

Romania, Portugal, Jerman

c)

Serbia, Itali, Bulgaria

d)

Britian, Perancis,Rusia, Serbia, Itali, Romania, Portugal, Greece

5.

Negara manakah yang memberi laluan kepada Jerman untuk meyerang Perancis?

a)

Finland

b)

Costa Rica

c)

Itali

d)

Belgium

6.

Merujuk kepada pernyataan berikut


Enakmen Undang-undang Islam 1904


Mengapakah British memperkenalkan undang-undag di atas?

a)

Menyekat perkembangan Islam di Negeri-negeri Selat.

b)

Menyekat pengaruh idea politik dari Timur Tengah

c)

Menyekat pengaruh ulama terhadap orang Melayu

d)

Menyekat pengaruh karya-karya Islam di Tanah Melayu

7.

Faktor-faktor utama tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah persaingan antara kuasa-kuasa utama Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan. Apakah matlamatnya?


I Mendapatkan sanjungan sebagai kuasa besar

II Memenuhi keperluan bahan mentah industri masing-masing

III Memasarkan hasil industri mereka

IV Menyebarkan agama Kristian dan budaya Eropah.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Merujuk pernyataan berikut.


· Pakatan Kuasa Tengah

· Pakatan Bertiga


Antara berikut, yang manakah kesan pembentukan pakatan ketenteraan Eropah?


I Mencetus perjuangan membentuk negara bangsa msing-masing

II Mencetuskan Revolusi Perindustrian di Eropah

III Mencetuskan ketidakstabilan politik di Eropah

IV Mencetuskan perlumbaan menghasilkan senjata dalam kalangan kuasa Eropah.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Mengapakah Austria-Hungary mengisytiharkan perang terhadap Serbia?

a)

Dituduh menghasut rakyat Austria berketurunan Serb

b)

Dituduh merancang pembunuhan bakal raja Austria

c)

Dituduh memberi bantuan kewangan dan senjata kepada puak Serb

d)

Dituduh menceroboh wilayah kekuasaan Austria

10.

Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan Rusia. Mengapakah Rusia menjadi sasaran Jerman?

a)

Untuk menguasai kekayaan sumber minyak Rusia

b)

Untuk menghapuskan fahaman komunisme

c)

Untuk menjayakan cita-citanya menguasai seluruh Eropah

d)

Untuk menguasai jalan perdagangan darat ke China

11.

Merujuk pernyataan berikut.


Perjanjian Versailles ditandatangani antara Jerman dengan Pakatan Bertiga


Bagi Jerman, perjanjian tersebut menggugat kedaulatan dan maruah bangsa Jerman. Antara berikut, yang manakah tindakan pemimpin Jerman, Adolf Hitler yang mengingkari perjanjian tersebut?


I Membina semula angkatan tentera

II Menduduki tanah jajahannya yang dirampas oleh Pakatan Bertiga

III Menyerang negara-negara Pakatan Bertiga

IV Memulakan program pemodenan dan perindustrian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Merujuk pernyataan berikut.


Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson


Deklarasi diisytiharkan dalam Persidangan Damai Paris pada 18 Januari 1919, iaitu selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Antara berikut, yang manakah prinsip utama deklarasi ini?


I Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

II Sempadan negara berasaskan bangsa

III Menjalinkan kebebasan dan kedaulatan kepada semua bangsa

IV Menamatkan segala bentuk imperialisme Barat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Apakah antara kesan Perang Dunia Pertama?

I Keruntuhan Pemerintahan Beraja

II Kemunculan Negara Baharu

III Kesedaran Nasionalisme bermula

IV Amerika Syarikat merdeka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Setelah revolusi yang tercetus di Rusia menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II, kerajaan bentuk apakah yang muncul di Rusia?

a)

Demokrasi

b)

Republik

c)

Komunis

d)

Teokrasi

15.

Hukuman penjara dikenakan terhadap sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan. Bagaimanakah British memastikan hukuman ini dilaksanakan?

a)

menubuhkan Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau)

b)

menubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Department)

c)

memperkenalkan Publishing and Book Enactment 1915

d)

memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904

16.

Apakah isu yang diperjuangkan oleh Tok Janggut dalam penentangan beliau di Pasir Puteh, Kelantan?

I. Agama Islam

II. Penerbitan akhbar

III. Kebebasan bersuara

IV. Hak penduduk tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

“Cerita Tekukur” yang disiar dalam akhbar Melayu merupakan pernyataan politik kemerdekaan yang disampaikan secara berselindung di sebalik wajah dan pelaku haiwan. Mengapakah berlaku sedemikian?

a)

Menarik minat pembaca

b)

Mudah difahami oleh pembaca

c)

Undang-undang yang mengongkong

d)

Kesedaran kebangsaan tidak meluas

18.

Perkembangan Revolusi Industri di Eropah menyebabkan berlaku persaingan dalam kalangan kuasa imperialis. Apakah bentuk persaingan yang wujud?

I. Untuk menambah kekuatan ketenteraan

II. Untuk mendapatkan tanah jajahan

III. Untuk memperoleh bahan mentah

IV. Untuk menghasilkan senjata moden

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah dua prinsip utama Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson?

I. Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

II. Sempadan negara berasaskan negara bangsa

III. Mengehadkan saiz angkatan tentera

IV. Keamanan dan kerjasama antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Siapakah tokoh dalam gambar di atas?

a)

Franklin Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat

b)

Mustafa Kemal Ataturk, Presiden Republik Turki

c)

Joseph Stalin, Presiden Kerajaan Komunis Rusia

d)

Winston Churchill, Perdana Menteri Britain

21.

Negara manakah yang diiktiraf sebagai kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Pertama

a)

Amerika Syarikat

b)

Perancis

c)

Britain

d)

Itali

22.

Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?

I Pakatan Ketenteraan

II Persaingan kuasa imperialis

III Kemunculan Ideologi baharu

IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

a)

I dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Apakah cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?


I Krisis Manchuria

II Perjanjian Pelucutan Senjata

III Krisis Habsyah

IV Krisis rantau Balkan

a)

I, II ,III

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

I,III,IV

24.

Terdapat dua kuasa yang terlbiat dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu. Kuasa Paksi terdiri daripada..

a)

Jerman, Britain dan Perancis

b)

Jerman, Itali dan Jepun

c)

Jepun,Perancis dan Amerika Syarikat

d)

Rusia, Perancis dan Britian

25.

Merujuk pernyataan berikut.


Perjanjian Versailles ditandatangani antara Jerman dengan Pakatan Bertiga


Bagi Jerman, perjanjian tersebut menggugat kedaulatan dan maruah bangsa Jerman. Antara berikut, yang manakah tindakan pemimpin Jerman, Adolf Hitler yang mengingkari perjanjian tersebut? (m/s 58)


I Membina semula angkatan tentera

II Menduduki tanah jajahannya yang dirampas oleh Pakatan Bertiga

III Menyerang negara-negara Pakatan Bertiga

IV Memulakan program pemodenan dan perindustrian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan Rusia. Mengapakah Rusia menjadi sasaran Jerman? (m/s 60)

a)

Untuk menguasai kekayaan sumber minyak Rusia

b)

Untuk menghapuskan fahaman komunisme

c)

Untuk menjayakan cita-citanya menguasai seluruh Eropah

d)

Untuk menguasai jalan perdagangan darat ke China

27.

Merujuk pernyatan berikut


Kejayaan Operasi D-Day


Operasi D-Day merujuk kepada pendaratan tentera Bersekutu di pantai Normandy, Perancis. Apakah kepentingan kejayaan operasi tersebut? (m/s 63)

a)

Menandakan penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua

b)

Menjadi titik tolak kepada kejayaan Bersekutu menewaskan tentera Jerman

c)

Membawa kepada penglibatan Perancis dalam Perang Dunia Kedua

d)

Tentera Jerman di Perancis menyerah diri kepada tentera Bersekutu

28.

Kemenangan pihak Bersekutu telah memberikan iktibar kepada kita sehingga kini. Antara berikut, iktibar yang manakah relevan berkaitan peristiwa tersebut?

a)

Bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran

b)

Sentiasa berani menempuh dugaan

c)

Rasional dalam tindakan

d)

Sentiasa bersiap siaga

29.

Apakah kod operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis pada Jun 1944?

a)

Mission Impossible

b)

D-Day

c)

A-Team

d)

Ini kali lah

30.

Apakah kesan serangan Blitzkrieg oleh Jerman?

a)

Negara-negara di Eropah Barat dikuasai oleh Jerman

b)

Jerman melancarkan Operasi Barbosa

c)

Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa

d)

Rusia diserang oleh Jerman