NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN TATABAHSA
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Pelajar itu menghulurkan sejambak bunga ____ Cikgu Gan.
kepada
pada
dari
daripada
Kita boleh sampai ke Amerika Syarikat ____ masa dua hari dengan menaiki pesawat.
ke
di
pada
dalam
Gelang tangan yang unik itu diperbuat _____ tempurung kelapa.
dari
daripada
ke
kepada
Penduduk kampung itu menubuhkan rukun tetangga _____ mengatasi kes jenayah yang kian berleluasa.
demi
akan
untuk
kepada
Jambatan itu dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat _____ kerjasama penduduk kampung.
dengan
akan
tentang
terhadap
Masa menjawab soalan itu __________ tamat.
sedang
sudah
Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.
pernah
sedang
Dalam pertandingan bola sepak minggu lalu , pasukan sekolah Ali ___________ kalah.
hendak
sudah
Encik Ting ___________ melawat jirannya di hospital.
harus
hendak
Ani __________ memasak ketika saya ke rumahnya.
akan
sedang
Ibu memasak ________ untuk sekeluarga.
senyuman
hidangan
alasan
hubungan
________ kerani itu kemas dan cantik.
Hubungan
Alasan
Huraian
Tulisan
Kakak menyidai pakaian di ______.
ampaian
landasan
laluan
kumpulan
Pengemis itu memakai _______ yang compang camping.
hiasan
urusan
tumpangan
pakaian
Ayam ______ Mak Limah semuanya gemuk.
hidangan
belaan
masakan
alasan
Fatimah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
Ayat suruhan
Ayat tanya
Ayat penyata
Ayat seruan
Syabas, kamu telah menang!
Ayat penyata
Ayat seruan
Ayat tanya
Ayat larangan
Pertandingan perbahasan itu akan diadakan minggu hadapan?
Ayat tanya dengan kata tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya
Siapakah pemain piano itu?
Ayat tanya dengan kata tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya
Tolong ambilkan saya secawan air.
Ayat silaan
Ayat suruhan
Ayat permintaan
Ayat larangan
Dia suka menonton rancangan televisyen. Pilih bahagian subjek bagi ayat ini.
suka menonton rancangan televisyen
Dia suka
Dia
rancangan televisyen
Datuk sedang berehat di ruang tamu. Pilih bahagian subjek bagi ayat ini.
sedang berehat
Datuk
di ruang tamu
Datuk sedang berehat
Budak-budak itu bermain di tepi longkang. Pilih bahagian perdikat bagi ayat ini.
bermain di tepi longkang
di tepi longkang
Budak-budak itu bermain
Budak-budak itu
Kakak sedang menyiram bunga di halaman rumah. Pilih bahagian predikat bagi ayat ini.
Kakak sedang
Kakak
sedang menyiram bunga
sedang menyiram bunga di halaman rumah
Azman ________________ kerana langsung tidak menghargai hadiah yang diberi oleh syarikat kepadanya.
diam-diam ubi berisi
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
bagai kera mendapat bunga
seperti anjing menggonggong tulang
Swee Lan diberi kepercayaan oleh pengurus syarikatnya untuk menyimpan wang di bank tetapi dia telah menggelapkan wang itu. Sikapnya tidak ubah _____________.
bapa borek anak rintik
seperti anjing menggonggong tulang
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
bagai bulan dipagar bintang
Kecantikan paragawati itu ______________ kerana tiada seorang pun yang dapat menandingi kecantikannya.
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
bagai bulan dipagar bintang
bapa borek anak rintik
diam-diam ubi berisi
Bakat Nedim yang otak cair itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ayahnya seorang cendekiawan.
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
seperti kera mendapat bunga
diam-diam ubi berisi
bapa borek anak rintik
Faridah itu __________________, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
bagai bulan dipagar bintang
seperti kera mendapat bunga
diam-diam ubi berisi
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Lisa ________, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.
bagai duri dalam daging
bagai menatang minyak yang penuh
diam-diam ubi berisi
bagai si kudung mendapat cincin
