NEW
Font size
WorksheetsQUIZ TAHUN 6 BAHASA MELAYU
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Bangunan sekolah itu perlu dicat semula kerana warnanya sudah _________
A luput
B pucat
C lusuh
D pudar
2. Kami mengangkat kotak itu bersama-sama kerana kotak itu _________berat.
A betul
B benar
C sekali
D sangat
3. Pendengar berasa terhibur dengan celoteh ____________ radio itu setiap pagi.
A juruacara
B jurucakap
C juruhebah
D jurubahasa
Pilih peribahasa yang sesuai
4. Usahlah bersikap seperti ____________ , hanya bercakap banyak tetapi sebenarnya tidak mempunyai ilmu.
A tin kosong
B mulut murai
C bertih digoreng
D mulut tempayan
Kasihan Nazrul. Semalam bekas alat tulisnya hilang. Hari ini dompetnya pula yang hilang.
5. Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A sudah jatuh di timpa tangga
B hilang di mata di hati jangan
C sudah terhantuk baru terngadah
D harapkan pagar, pagar makan padi
6. Cikgu Osman _________ pelbagai kicauan burung melalui telefon pintar kepada murid-muridnya.
A melagukan
B merakamkan
C membunyikan
D memperdengarkan
7. Tumbesaran badan akan terjejas __________ mudah dijangkiti penyakit, _________ badan kita kita kurang zat.
A dan …. jika
B serta … ketika
C dengan … serta
D sekiranya …. lalu
8. Air yang bertakung di atas tikar getah itu _____________ sejat selepas terdedah kepada sinaran matahari yang terik.
A masih
B hendak
C pernah
D telah
9. Kamal berasa sungguh _______________ apabila mendengar nama datuknya disebut dan dipuji oleh ketua kampung.
A mulia
B mesra
C megah
D tenteram
10. Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi __________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik
A riuh-rendah
B simpang-siur
C kelam-kabut
D bengkang-bengkok
11. Hang Tuah berkata kepada pengawal istana, “izinkan __________ masuk mengadap ______________ untuk menyampaikan khabar gembira.”
A hamba …. tuan hamba
B hamba …. baginda
C patik …. baginda
D patik …. tuan hamba
12. Maisarah ______________ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan oleh gurunya.
A kebuntuan
B keberatan
C kepekatan
D Kekeliruan
13. Kesedaran tentang pentingnya pengurusan masa dapat mendidik murid supaya lebih berdisiplin.
Pilih perkataan sinonim bagi pengurusan.
A penyeliaan
B pentadbiran
C pengawasan
D pengendalian
14. Pilih jawaban yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Berapakah jumlah peserta yang menyertai acara lumba lari itu?
A Saya akan menyertainya pada pagi ini.
B Saya tidak pasti bilangannya.
C Acara lumba lari itu diadakan di sekolah saya.
D Acara lumba lari itu disertai oleh orang ramai.
15. Pilih ayat yang betul
A Semua calon-calon peperiksaan diarah masuk ke dalam dewan.
B Ayah membeli sebuah tembikai untuk nenek.
C Dato Rahim sering membantu golongan yang susah.
D Halimah ditahan wad di Kajang Hospital kerana demam denggi.
