wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Matematik Pengguna: Insurans

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah risiko yang mungkin menimpa diri, keluarga atau harta benda kita kecuali

a)

Kemalangan kereta

b)

Rumah terbakar

c)

Ibu melahirkan anak

d)

Banjir

2.

Risiko yang dihadapi murid yang boleh mendapat pampasan insurans

a)

Gagal dalam peperiksaan

b)

Mengalami kecederaan lutut semasa bermain bola sepak

c)

Kehilangan buku teks

d)

Datang lewat ke sekolah

3.

Apakah peranan utama syarikat yang dipaparkan dalam gambar?

a)

memberi pinjaman wang kepada orang yang mengalami kerugian.

b)

memberi rawatan kepada pesakit kritikal

c)

memberi peluang pekerjaan kepada graduan

d)

membayar pampasan atas kerugian yang telah

diinsuranskan.

4.

Encik Daud membeli satu polisi insurans untuk dirinya jika dia terlibat dengan kemalangan daripada Syarikat Insurans Bersatu berjumlah RM300 000 dengan bayaran

bulanan RM100.


Siapakah pemegang polisi?

a)

Encik Daud

b)

Syarikat Insurans Bersatu

c)

Kemalangan

d)

Anak Encik Daud

5.

Encik Daud membeli satu polisi insurans untuk dirinya jika dia terlibat dengan kemalangan daripada Syarikat Insurans Bersatu berjumlah RM300 000 dengan bayaran

bulanan RM100.


Berapakah nilai premium bulanan?

a)

RM 300 000

b)

RM 300

c)

RM 100

d)

RM 1000

6.

Berikut adalah komponen yang terdapat dalam insurans kecuali?

a)

Akaun bank syarikat insurans

b)

Syarikat Insurans

c)

Premium

d)

Pemegang Polisi

7.

Apakah kepentingan insurans kepada pemegang polisi?

a)

Menghalang sesuatu kerugian daripada berlaku

b)

memberi keuntungan kepada pemegang polisi

c)

Memberi pinjaman wang kepada pemegang polisi

d)

Mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pemegang polisi apabila berlaku kerugian atau kemalangan

8.

Berikut adalah tiga contoh risiko boleh diinsuranskan yang dihadapi oleh seorang peniaga yang

memiliki sebuah bangunan kedai kecuali.

i. Risiko kecurian harta benda dalam kedai

ii. Risiko kenderaan persendirian di curi

iii. Risiko barang dagangan rosak semasa dalam perjalanan.

iv. Risiko bangunan kedai terbakar.

a)

i, ii, ii

b)

i, ii, iv

c)

i, iii, iv

d)

ii, iii, iv

9.

Mengapakah prinsip indemniti penting dalam kontrak insurans?

i. Untuk memastikan pemegang polisi berada dalam kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum kerugian berlaku.

ii. Memberi keuntungan kepada pemegang polisi

iii. Pemegang polisi tidak boleh mengaut keuntungan daripada pembayaran pampasan kerugian tersebut.

iv. Memberi kerugian kepada syarikat insurans

a)

i, iii

b)

ii, iii

c)

i, iv

d)

iii, iv

10.

Berikut adalah jenis insurans kecuali

a)

Insurans motor

b)

insurans kebakaran

c)

Insurans perubatan dan kesihatan

d)

Insurans perkahwinan