wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 : INSURANS

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

RISIKO ialah kemungkinan berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan.

berikut ialah contoh risiko KECUALI

a)

Kemalangan jalan raya

b)

kemusnahan harta benda disebabkan kebakaran, banjir

c)

kejadian yang menyebabkan kita mendapat keuntungan

d)

bil perubatan yang tinggi akibat penyakit kritikal

2.

Antara berikut, yang manakah bukan maksud

risiko?

a)

Kemungkinan berlakunya peristiwa

berbahaya.

b)

Ketidakpastian berlakunya kerugian.

c)

Kemungkinan berlakunya kejadian yang menguntungkan.

d)

Kemungkinan berlakunya kerugian.

3.

Apakah TUJUAN wujudnya INSURANS?

a)

bertujuan memindahkan risiko daripada individu kepada organisasi insurans.

b)

bertujuan untuk mendapatkan keuntungan daripada ahli

c)

bertujuan untuk menindas dan memeras ugut ahli

4.

Terdapat dua jenis insurans, iaitu:

(pilih dua)

a)

insurans hayat

b)

insurans am

c)

insuran pelbagai

5.

INSURANS HAYAT memberikan perlindungan kepada ahli apabila

(pilih tiga)

a)

perlindungan kewangan kepada ahli keluarga apabila ahli meninggal dunia

b)

ahli akan menerima pampasan sekiranya mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal

c)

ahli akan mendapat bantuan kewangan sekiranya terdapat penyakit kritikal yang memerlukan kos tinggi

6.

berikut adalah perlindungan INSURANS KEBAKARAN apabila ahli mengalami kerugian (KECUALI)

a)

kebakaran

b)

kilat

c)

letupan

d)

kerosakan teknikal

7.

INSURANS PERJALANAN melindungi pemegang polisi terhadap kerugian dalam perjalanan sama ada melalui perjalanan (jawapan boleh pilih lebih daripada 1 @ semua)

a)

darat,

b)

udara

c)

laut

8.

berikut adalah tujuan anda mendapatkan insurans KECUALI

a)

sebagai bantuan pampasan apabila mengalami kerugian

b)

sebagai bantuan kewangan sekiranya hilang upaya dan meninggal dunia

c)

sebagai bantuan apabila menghidapi penyakit kritikal

d)

sebagai bebanan bayaran bulanan insurans

9.

Antara berikut, risiko manakah yang tidak dilindungi insurans?

a)

Patah kaki akibat kemalangan

b)

Kerugian semasa membuat pelaburan

c)

Kematian akibat sakit tua

d)

Beg bagasi hilang di lapangan terbang

10.

Antara berikut, yang manakah kerugian dilindungi oleh polisi pihak ketiga sahaja dalam insurans motor?

a)

Kerosakan kereta pihak ketiga

b)

Kebakaran kereta pemegang polisi

c)

Kecurian kereta pemegang polisi

d)

Kecederaan yang dialami oleh penumpang

11.

Insurans adalah berdasarkan prinsip

a)

pemindahan risiko

b)

pengekalan risiko

c)

perkongsian risiko

d)

tidak peduli risiko

12.

Kehidupan sebagai seorang murid tidak terlepas daripada kebarangkalian berdepan dengan risiko. Risiko yang mungkin anda hadapi sewaktu di dalam kawasan sekolah adalah seperti...

a)

Terpijak pokok bunga ketika waktu rehat di sekolah.

b)

Terjatuh di tangga semasa pulang ke rumah

c)

Tertidur di kelas semasa cikgu sedang mengajar.

d)

Terjatuh di tangga semasa dalam perjalanan menuju ke kelas selepas tamatnya perhimpunan.

13.

Perjanjian Insurans dimeterai antara syarikat insurans dengan pemilik insurans

a)

Prinsip Indemniti

b)

Polisi Insurans

c)

Fail Peribadi

d)

Surat Insurans

14.

Ganti rugi atau pampasan dalam insurans ialah

a)

Ganti rugi dari syarikat insurans terhadap semua kerugian yang dialami.

b)

Pampasan bagi semua harta benda yang terdapat dalam rumah yang terbakar

c)

Sebagai balasan kepada bayaran premium yang dibuat oleh pemegang polisi

d)

Sejumlah wang ringgit yang diberi kepada pemegang polisi mengikut belas ihsan syarikat insurans.

15.

Adakah INSURANS MOTOR wajib diperbaharui setiap tahun?

a)

ya perlu

b)

tidak perlu