wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz RBT : Ting. 1 Ibnu Khaldun (Bab : 5.1.1)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

(Bab : 5.1.1 / ms : 103)


Definisi bagi Sistem fertigasi ialah .......................

a)

Sistem yang menggunakan tanah

b)

Sistem tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi

c)

Baja dalam sistem ini diberi melalui sistem pengairan ke bahagian daun secara automatik

d)

Sistem yang melibatkan aktiviti perikanan

2.

(Bab : 5.1.1 / ms : 103)


Tanaman sistem fertigasi tidak menggunakan tanah sebagai media tanaman. Oleh itu antara media yang sesuai untuk menggantikan fungsi tanah ialah ..................

(Pilih 2 jawapan)

a)

Tanah bakar

b)

Sekam padi

c)

Coco peat

d)

Pasir laut

3.

(Bab : 5.1.1 / ms : 103)


Tanaman sistem fertigasi memerlukan cahaya matahari secara langsung sekurang-kurangnya ................. untuk tujuan fotosintesis.

a)

5 jam

b)

6 jam

c)

7 jam

d)

8 jam

4.

(Bab : 5.1.1 / ms : 104)


Antara berikut yang manakah bukan dikategorikan sebagai kaedah tanaman hidroponik ?

a)

Teknik aliran cetek

b)

Teknik Takung

c)

Teknik aliran bawah

d)

Teknik pasang surut

5.

(Bab : 5.1.1 / ms : 104)


Gambar tersebut merupakan sistem hidroponik?

a)

Teknik aliran cetek

b)

Teknik takung

c)

Teknik aliran dalam

d)

Aeroponik

6.

(Bab : 5.1.1 / ms : 104)


Apakah teknik penanaman ini?

a)

Teknik aliran cetek

b)

Teknik aliran dalam

c)

Teknik pasang surut

d)

Teknik takung

7.

(Bab : 5.1.1 / ms : 105)


"Akar tanaman tergantung di udara dalam ruang tanaman dan disembur dengan larutan baja secara semburan kabus melalui nozzle mengikut masa yang ditetapkan"


Apakah teknik tanaman tersebut ?

a)

Aeroponik

b)

Teknik pasang surut

c)

Teknik takung

d)

Teknik pengairan titis

8.

(Bab 5.1.1 / ms : 105)


Tujuan penanaman secara fertigasi ialah ........................


(Pilih 3 jawapan)

a)

Mengelakkan tanaman daripada penyakit bawaan tanah seperti kulat dan layu bakteria

b)

Modal awal penanaman adalah rendah

c)

Memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman

d)

Pemberian baja lebih berkesan

9.

(Bab : 5.1.1 / ms : 106)


Antara kelebihan menanam secara fertigasi adalah ................


(Pilih tiga jawapan)

a)

Penggunaan baja secara cekap

b)

Masalah rumpai sangat rendah

c)

Peningkatan hasil tanaman

d)

Memerlukan kemahiran yang rendah

10.

(Bab : 5.1.1 / ms : 106)


Penanaman fertigasi di Malaysia menggunakan kaedah penanaman..........

a)

Tanah tinggi

b)

Struktur Perlindungan Hujan (SPH)

c)

Secara terbuka

d)

Rumah hijau

11.

(Bab : 5.1.1 / ms : 106)


Bumbung Struktur Pelindung Hujan (SPH) bagi tanaman fertigasi biasanya diperbuat daripada ...................

a)

Atap zink yang berkilat

b)

Atap nipah

c)

Plastik yang mempunyai lapisan perlindungan ultraviolet (UV)

d)

Atap genting berwaran merah

12.

(Bab : 5.1.2 / ms : 106)


Pilih tiga kebaikan menggunakan Struktur Pelindung Hujan (SPH) dalam tanaman sistem fertigasi

a)

Mengelakkan tanaman cepat layu

b)

Mengelakkan atau mengurangkan serangan penyakit

c)

Mengurangkan penggunaan racun perosak

d)

Tidak perlu membuat pembajaan

13.

(Bab : 5.1.1 / ms : 106)


Berikut adalah ciri-ciri sistem tanaman secara konvensional (lama). Pilih TIGA ciri sistem tanaman secara konvensional yang betul.

a)

Memerlukan tanah yang subur

b)

Risiko penyakit adalah rendah

c)

Memerlukan modal yang rendah

d)

Risiko penyakit adalah tinggi

14.

(Bab : 5.1.1 / ms : 106)


Apakah yang berlaku sekiranya penanaman fertigasi tanpa menggunakan Struktur Perlindungan Hujan (SPH) ?

a)

Menjadikan tanaman lebih subur kerana menerima hujan yang banyak

b)

Kandungan baja dalam media tanaman menjadi cair kerana air hujan akan bercampur dengan air baja dalam polibag

c)

Tidak perlu menggunakan racun serangga untuk melindungi tanaman

d)

Tidak perlu melakukan siraman dan pembajaan

15.

(Bab : 5.1.1 / ms : 107)


Tanaman yang menggunakan kaedah ini akan menjadikan keseragaman pokok menjadi lebih seragam. Apakah sistem tanaman tersebut ?

a)

Sistem fertigasi

b)

Sistem konvensional