wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ujian rbt 305 bab 3

Total questions: 22

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud pemasaran?

a)

Aktiviti mengagihkan produk dari satu tempat ke tempat yang memerlukan.

b)

Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.

c)

Aktiviti pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti yang bertujuan untuk memperkenalkan produk.

d)

Aktiviti jual beli produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan mendapat keuntungan.

2.

Susun mengikut urutan yang betul sebahagian aliran dalam bidang pemasaran.


I Nilai

II Produk

III Pertukaran

IV Permintaan

a)

I, IV, III, II

b)

II, I, III, IV

c)

III, II, I, IV

d)

IV, II, I, III

3.

Berikut merupakan sebahagian aliran pemasaran produk bagi sebuah syarikat pengeluaran kereta.


Apakah X?

a)

Perniagaan

b)

Pembuatan

c)

Perkilangan

d)

Pergudangan

4.

Antara berikut yang manakah peranan reka bentuk dalam pemasaran?


I Memenuhi kehendak dan keperluan pengguna

II Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk

III Meningkatkan permintaan dan penawaran sesuatu produk

IV Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

5.

Pernyataan berikut berkaitan justifikasi bagi satu ciri produk.


  • Pengguna mendapat faedah daripada penggunaannya.


Apakah ciri produk tersebut?

a)

Nilai produk

b)

Trend produk

c)

Fungsi produk

d)

Reka bentuk produk

6.

Antara berikut, pernyataan manakah menerangkan tentang trend?

a)

Berlaku dalam tempoh tertentu

b)

Bergantung kepada luas pasaran

c)

Mempunyai ciri reka bentuk yang terhad

d)

Menjadi saluran komunikasi kepada pengguna

7.

Antara berikut yang manakah merupakan jenis pengenalan diri produk?


I Nilai

II Dikenali

III Kesetiaan

IV Kefungsian

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

8.

Antara berikut yang manakah kepentingan pengenalan diri sesuatu produk?

a)

Mengurangkan persaingan

b)

Meningkatkan nilai produk

c)

Menjimatkan kos pengeluaran

d)

Menarik minat pengguna baharu

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan penjenamaan?

a)

Penentuan nilai dan harga sesuatu barangan

b)

Pengubahsuaian produk mengikut kehendak pelanggan

c)

Pemberian jenama kepada sesuatu barang yang dihasilkan

d)

Penyampaian maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan yang diberikan

10.

Rajah 5 menunjukkan suatu bentuk penjenamaan produk.


Apakah jenis penjenamaan itu?

a)

Bentuk cap

b)

Bentuk nama

c)

Bentuk persendirian

d)

Bentuk cap dagangan

11.

Rajah 8 menunjukkan tanda yang terdapat pada suatu produk.


Apakah maksud tanda tersebut?

a)

Hak cipta sesuatu produk

b)

Jenama yang telah didaftarkan

c)

Trademark dan sudah didaftarkan

d)

Trademark dan masih belum didaftarkan

12.

Antara berikut simbol pada cap dagangan yang manakah yang menunjukkan bahawa jenama produk telah mendapat kelulusan pendaftaran mengikut undang-undang?

a)
b)
c)
d)
13.

Antara berikut yang manakah BENAR tentang penjenamaan produk bentuk persendirian?

a)

Mengandungi nombor, perkataan atau huruf yang boleh disebut

b)

Menggunakan bentuk simbol, reka bentuk warna atau huruf yang unik

c)

Menonjolkan individu yang merupakan pelopor bagi sesuatu produk tertentu

d)

Dalam bentuk perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi semuanya yang mempunyai simbol ™ atau ©

14.

Antara berikut yang manakah jenis pengukuhan penjenamaan melalui rakan strategik?


I Rakan perkongsian jualan

II Rakan strategik perniagaan

III Rakan strategik pemasaran

IV Rakan perkongsian teknologi dan produk

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan definisi bagi pengiklanan?

a)

Saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna

b)

Aktiviti pembuatan dan pemasaran sesuatu produk kepada pengguna

c)

Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna

d)

Sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran

16.

Maklumat berikut menerangkan ciri-ciri satu kaedah reka bentuk pengiklanan.


  • Menunjukkan kelebihan dan cara pengendalian produk dalam keadaan yang sebenar
  • Disampaikan melalui rakaman yang ditayangkan di media massa atau secara langsung


Apakah kaedah reka bentuk pengiklanan tersebut?

a)

Demonstrasi

b)

Perbandingan

c)

Penyampaian fakta

d)

Kenyataan merangsang

17.

Antara berikut, produk manakah yang sesuai diiklankan menggunakan kaedah demonstrasi?


I Buku

II Alatan senaman

III Aneka makanan

IV Alatan memasak

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

18.

Rajah 9 menunjukkan pengiklanan produk X.


Apakah kaedah reka bentuk pengiklanan yang digunakan oleh produk X?

a)

Perbandingan

b)

Matlamat produk

c)

Penyampaian fakta

d)

Kenyataan merangsang

19.

Rajah 10 menunjukkan satu kaedah reka bentuk pengiklanan.


Apakah kaedah reka bentuk pengiklanan tersebut?

a)

Perbandingan

b)

Gambar pegun

c)

Matlamat produk

d)

Penyampaian fakta

20.

Antara berikut, kaedah reka bentuk pengiklanan yang manakah merupakan contoh iklan penerangan?


I Demonstrasi

II Matlamat produk

III Perbandingan

IV Penyampaian fakta

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan media pengiklanan?

a)

Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna

b)

Saluran, cara atau perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan iklan kepada pengguna

c)

Sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar yang ditujukan kepada golongan sasaran

d)

Karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna

22.

Aminah mempunyai perniagaan yang bersaiz besar serta bajet yang banyak untuk tujuan pengiklanan.


Antara berikut, media pengiklanan manakah yang harus digunakannya untuk menarik jumlah pengguna yang maksimum?


I Radio

II Brosur

III Televisyen

IV Surat khabar

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV