Font size
WorksheetsQUIZIZZ TATABAHASA
Total questions: 60
Worksheet time: 33mins
Terdapat beberapa ekor _________ sedang bergayut pada sebatang pokok di taman tasik itu.
lipas
kera
beruang
tenggiling
Busana pengantin yang dijual di ________________ cantik-cantik belaka dan harganya pun berpatutan.
Pasar Raya Unggul
Klinik Mutiara
Butik Andaman Viviana
Kedai Kek Intan
Orang kaya itu sungguh baik hati kerana ________ sentiasa menolong orang yang dalam kesusahan.
dia
mereka
baginda
beliau
"Bilakah ________ akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Ramu.
dia
kami
kamu
kalian
Penjenayah itu berjaya diberkas oleh penduduk kampung ketika ________ cuba menceroboh sebuah rumah.
dia
beliau
engkau
mereka
Dalam Istiadat Pembukaan Parlimen, _________ bertitah agar semua pemimpin menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.
patik
beta
baginda
beliau
Pembinaan ___________ yang merentasi Semenanjung Malaysia dari utara ke selatan telah memudahkan perhubungan antara negeri.
jalan pintas
lebuh raya
lalu lintas
jalan raya
Kerja-kerja ________ minyak di perairan negara dilakukan oleh Syarikat Petroliam Nasional Berhad.
mencari gali
menguji kaji
mengubah suai
mengambil alih
Pandangan Pak Hamid hanya kabur pada waktu malam kerana dia _______ sejak lima tahun yang lalu.
rabun jauh
rabun dekat
rabun warna
rabun ayam
Daging mentah dibekukan untuk melambatkan pertumbuhan _________ supaya dapat disimpan lama.
abdomen
organisma
hemoglobin
mikroorganisma
Pengusaha bas awam menaikkan harga tambang ekoran peningkatan harga bahan api __________.
petrol
kerosin
diesel
bitumen
Ibu mengasingkan kain yang sudah tidak boleh dipakai untuk dijadikan kain _________.
hodoh
buruk
lusuh
reput
Arif sudah cekap memandu kereta walaupun baru mendapat lesen.
cekap
tangkas
pintar
cepat
Nasi di dalam periuk itu ___________ basi lagi walaupun di masak pada petang semalam.
sudah mula
sudah pernah
masih sedang
masih belum
Puan Anita meletakkan sebuah pasu bunga yang dibelinya di __________ langsir.
atas
tepi
hujung
pangkal
Kereta ayah terpaksa _________ oleh kereta tunda kerana mengalami kerosakan di tengah jalan.
disorong
diseret
ditolak
ditarik
Anak kecil Puan Salmi _________ sepanjang hari kerana demam panas.
mengamuk
membebel
merengek
meronta
Suasana majlis perkahwinan itu menjadi ___________ apabila pelamin runtuh tiba-tiba.
karut-marut
hiruk-pikuk
kelam-kabut
calar-balar
Ahmad sedang membaiki ________ roda basikalnya yang telah patah.
kekisi
bebola
dedaun
jejari
Noval Angin Timur Laut itu ____________ oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan
dicipta
dilakar
dibuat
dikarang
Nazli menjolok buah mangga yang telah masak itu dengan menggunakan ___________.
pencacah
pengait
penjarah
penarik
Puan Salbiah akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda daripada hasil jualan kainnya pada musim perayaan tetapi dia hanya memperoleh keuntungan yang sedikit pada hari-hari biasa seperti peribahasa
mengaut laba dengan siku
air pun ada pasang surutnya
ayam disambar helang
mendapat durian runtuh
Encik Murad telah menggunakan keuntungan syarikatnya yang baru beroperasi itu untuk membeli barang-barang mewah. Perbuatan Encik Murad seperti peribahasa___________.
belum duduk telah terlunjur
baru hendak bertunas sudah dipetik
burung terbang dipipiskan lada
mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan
Pemimpin mestilah ________membuat keputusan dalam situasi yang genting seperti sekarang.
cerdik
bijak
mahir
cekap
Penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa ________ alam itu amat memilukan perasaan orang yang melihatnya.
bencana
malapetaka
kecelakaan
kemalangan
Pelbagai ___________ akan kamu dapat jika selalu membaca buku dan akhbar.
laba
untung
dividen
faedah
Peribahasa "seperti rusa masuk kampung" dapat dikaitkan dengan keadaan
seseorang yang mengharapkan bantuan sehingga menyusahkan orang lain
seseorang yang tercengang-cengang apabila berada di kawasan baharu
seseorang yang tidak pandai bergaul dengan orang yang berada di sekelilingnya
seseorang yang bersendirian dan tidak tahu apa-apa yang hendak dilakukan
Pilih peribahasa yang berkaitan dengan sikap malas berusaha dan akhirnya tidak mendapat kemajuan
malu bertanya sesat jalan
melepaskan batuk di tangga
belum duduk sudah terlunjur
jauhari juga yang mengenal manikam
Orang yang berpangkat kecil berlagak seperti orang yang berkedudukan diumpama
katak di bawah tempurung
cacing hendak menjadi naga
burung terbang dipipiskan lada
harimau menyembunyikan kukunya
Peribahasa "alah membeli menang memakai" bermaksud
berpadanan dengan harga
mahal tetapi tahan dipakai
memuaskan hati apabila dibeli
harga yang mahal dan berjenama
bagai melepaskan anjing tersepit
Peribahasa ini memberikan pengajaran kepada kita supaya
jangan sekali-kali menyinggung perasaan atau menyakiti orang lain
sentiasa memberikan nasihat yang baik kepada orang yang memerlukan
sentiasa berhati-hati ketika hendak memberikan pertolongan kepada orang lain
mengenal pasti orang yang memberikan bantuan supaya budinya dapat dibalas
Peribahasa yang berikut jelas menggambarkan usaha yang perlu dilakukan jika seseorang ingin berjaya kecuali
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Hasnul hanya memberikan ideanya kepada Dani. Keputusan akhirnya nanti bergantung kepada Dani sendiri. Bak kata pepatah
tepuk dada tanya selera
adat juara menang kalah
pipit hendak menjadi enggang
lembu punya susu, sapi dapat nama
Peribahasa berikut berkaitan dengan semangat kerjasama kecuali
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
kalah jadi abu, menang jadi arang
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Pak Karim _______ pelbagai jenis sayuran segar yang diambil dari kebunnya.
mengelek
menyandang
menjunjung
mengandar
Pasukan bomba telah berjaya menangkap seekor ular sawa yang telah __________ seekor kambing di Kampung Tualang.
meratah
mengigit
menelan
menguyah
Rata-rata pendapatan pekebun dan peladang terjejas dengan __________ harga kelapa sawit sejak akhir-akhir ini.
penyingkatan
penurunan
pengurangan
pengubahan
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Perompak itu memerah tas tangan wanita itu dengan pantas.
Kegiatan memerah para petani sudah ditangani oleh pihak berwajib.
Kak Milah memerah kelapa untuk memasak gulai lemak daging salai.
Buruh itu memerah keringat dari pagi hingga ke petang untuk menyara keluarganya.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Haji Jusoh mengadakan majlis perkahwinan anak gadisnya secara kecil.
Sejak kecil lagi, Karmila bercita-cita untuk menjadi juruterbang.
Hanya sebilangan kecil penonton yang memberikan respon terhadap persembahan itu.
Asyraff disuruh oleh emak untuk memenuhkan kolah kecil yang terletak di dapur.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Topi tidak sempadan jika dipakai dengan baju Melayu.
Rajah segi tiga mempunyai tiga sempadan dan tiga sudut.
Sempadan Malaysia - Thailand dikawal dengan ketatnya agar tidak dicerobohi oleh penyeludup.
Tiada sempadan kasih ibu dan ayah terhadap anak-anaknya.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Sejak tahun lalu, negeri itu di bawah kekuasaan kerajaan pusat.
Sebagai manusia, kita tidak mampu menentang kekuasaan Tuhan.
Orang asing masih kekuasaan syarikat-syarikat besar di Malaysia.
Mahana sedar bahawa kekuasaan bahasa Inggerisnya sangat lemah.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Puan Mila amat mengambil berat terhadap pelajaran anak-anaknya.
Dia mengambil surat berdaftar itu lalu menyimpannya di dalam laci.
Mengambil makanan yang tinggi lemak tepu akan meningkatkan paras kolesterol.
Kejayaan Amri dalam melaksanakan projek itu mengambil pujian ketuanya.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi pantai.
Bayi berusia 11 bulan itu terhampar di wad akibat jangkitan kuman.
Surat khabar yang sudah dibaca itu dibiarkan terhampar di atas katil.
Pelbagai jenis permaidani di luar negeri terhampar indah di kedai itu.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Datuk memasukkan anak ayam itu ke dalam reban.
Bandar itu semakin maju dari setahun ke setahun.
Dia begitu tenang ketika bercerita tentang kejadian yang mencemaskan itu.
Ganesh mewakili sekolah di dalam acara lompat tinggi pada peringkat daerah.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Nah, jangan campur urusan kami di sini !
Amboi, berseri-seri wajah Cik Miah pada pagi ini !
Cis, berani engkau datang ke sini untuk menentangku !
Aduhai, malang sungguh nasib yang menimpa diriku !
Pilih ayat-ayat yang betul.
Hari mendung. Lebih-lebih lagi, ibu mengangkat baju di ampaian.
"Kamu tidak boleh mengikuti lawatan itu kerana kamu kurang sihat. Seterusnya, peperiksaan semakin hampir," kata Puan Milah kepada anaknya.
Chin kurang cemerlang dalam akademik. Sungguhpun demikian, dia cemerlang dalam kegiatan kokurikulum.
Farid kekurangan wang. Oleh sebab itu, dia tidak dapat membeli motosikal idamannya.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Azri tegesa-gesa meninggalkan majlis itu kerana perutnya sakit,
Datuk suka duduk-duduk di beranda rumah pada waktu petang.
Mak Cik Esah membuka gerai makan secara kecil-kecilan.
Dia mundar-mandir dari Seremban ke Kuala Lumpur dengan menaiki komuter.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Kursus solekkan itu dibuka untuk golongan waita sahaja.
Dia menggunakan pita pengukur untuk mengukur ukur lilit tong itu.
Kami terpersona melihat keindahan panorama di Pulau Pinang.
Sikap sabar semasa memandu akan memastikan kita selamat di jalan raya.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Apa yang ada di dalam bungkusan itu?
Budak lelaki yang berbaju biru itu adik siapakah?
Cara membuat kek lapis, bagaimana?
Mengapakah kita dilarang untuk membuang sampah di merata-rata tempat?
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.
Penggunaan komputer lebih banyak membawa kesan baik daripada kesan buruk kepada manusia.
Penggunaan komputer yang banyak telah mengakibatkan manusia menerima kesan yang baik dan buruk.
Dengan menggunakan komputer yang banyak, manusia menerima kesan baik dan buruk.
Manusia menerima kesan baik yang lebih banyak daripada kesan buruk dalam penggunaan komputer.
Lebih banyak manusia menerima kesan barik daripada kesan buruk apabila menggunakan komputer.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.
Penduduk Taman Sentosa membantah pembinaan tapak pelupusan sampah yang berhampiran dengan kawasan kediaman mereka.
Penduduk Taman Sentosa membuat bantahan berhampiran dengan tapak perlupusan sampah di kawasan kediaman mereka.
Pembinaan tapak pelupusan sampah dibantah oleh penduduk berhampiran dengan Taman Sentosa.
Pembinaan tapak pelupusan sampah oleh penduduk itu dibantah kerana terletak berhampiran dengan Taman Sentosa.
Pembinaan tapak pelupusan sampah yang berhampiran dengan kawasan kediaman mendapat bantahan daripada penduduk Taman Sentosa.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.
Encik Nazlan berkata "Aina, janganlah boros semasa berbelanja kerana keluarga kita bukannya orang senang".
Aina diminta berjimat cermat oleh Encik Nazlan kerana keluarganya bukannya orang senang.
Aina mendengar nasihat Encik Nazlan supaya berjimat cermat semasa berbelanja memandangkan kesusahan yang dialami oleh keluarga mereka.
Encik Nazlan menasihati Aina supaya tidak boros berbelanja kerana keluarga mereka susah.
Encik Nazlan mengarahkan Aina agar berjimat cermat semasa berbelanja kerana keluarga mereka susah.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.
Encik Harun sanggup mempelajari kaedah pertanian moden untuk melipatgandakan pengeluaran sayur-sayurannya.
Pengeluaran sayur-sayuran yang ditanam oleh Encik Harun bertambah sejak dia sanggup mempelajari kaedah pertanian moden.
Untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayurannya, Encik Harun sanggup mempelajari kaedah pertanian moden.
Kaedah pertanian moden perlu diperlajari oleh Encik Harun untuk menambahkan pengeluaran sayur-sayurannya.
Encik Harun sepatutnya sanggup menjalankan kaedah pertanian moden agar pengeluaran sayur-sayurannya bertambah.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.
Punca utama kenaikan suhu dunia ialah penebangan hutan yang tidak terkawal untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara.
Kenaikan suhu dunia untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara menjadi punca utama penebangan hutan yang tidak terkawal.
Penebangan hutan untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara yang tidak terawal menjadi penyebab utama peningkatan suhu dunia.
Kenaikan suhu dunia yang tidak terawal untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara menjadi penyebab utama penebangan hutan.
Kenaikan suhu dunia boleh dielakkan sekiranya penebangan hutan untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara yang menjadi punca utama dikawal.
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Kak Long sanggup berhenti kerja demi untuk menjalankan projek cili fertigasi.
berhenti kerja untuk
henti kerja demi untuk
diberhentikan kerja untuk
berhenti kerja demi untuk
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Penempatan guru terlatih itu kebanyakkannya bukan di desa tetapi di kota.
bukan di desa tetapi kota
tidak di desa dan di kota
tidak di desa tetapi di kota
bukan di desa tetapi di kota
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Orang tua di hujung kampung itu hanya bertemankan dengan kucingnya.
bertemankan kucingnya
berteman oleh kucingnya
ditemani dengan kucingnya
bertemankan dengan kucingnya
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Jika cuaca cerah, bandar Seremban kelihatan begitu amat jelas sekali dari Bukit Paus.
begitu jelas sekali
begitu amat jelas
begitu sekali jelas
begitu amat jelas sekali
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Penduduk Kampung Sireh saling bantu- membantu apabila mengadakan sesuatu majlis.
saling membantu bila
bantu- membantu apabila
saling bantu- membantu bila
saling bantu- membantu
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Ayah menghadiahkan ibu seutas rantai sempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.
Ayah menghadiah ibu
Ayah hadiah ibu
Ayah menghadiahi ibu
Ayah menghadiahkan ibu
