wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BICARA HUKUM: PERNIKAHAN SINDIKET,SAH ATAU TIDAK?

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah rukun-rukun nikah kecuali.....

a)

Suami

b)

Saksi

c)

Wali

d)

Mas Kahwin

2.

Mazhab yang membolehkan wanita baligh dan berakal melaksanakan akad nikah sendiri dan sah akad nikahnya ialah mazhab......

a)

Hanafi

b)

Maliki

c)

Syafie

d)

Hambali

3.

Tingkatan wali yang kedua selepas bapa kandung ialah ........

a)

datuk sebelah bapa

b)

datuk sebelah ibu

c)

saudara lelaki seibu sebapa

d)

saudara lelaki sebapa

4.

Berikut adalah keadaan yang dibenarkan berkahwin menggunakan wali hakim kecuali .....

a)

wali aqrab enggan menikahkan

b)

wali aqrab hilang tidak diketahui hidup atau mati

c)

wali aqrab gila

d)

wali aqrab menunaikan haji

5.

Mazhab yang mengesahkan pernikahan yang berlaku dalam ihram haji atau umrah ialah mazhab...........

a)

Hanafi

b)

Maliki

c)

Syafie

d)

Hambali

6.

Berikut adalah syarat-syarat bagi mengesahkan perkahwinan oleh wali mujbir kecuali ......

a)

Tiada permusuhan yang jelas antara wali dan perempuan yang diwalikannya.

b)

Bakal suami yang hendak dikahwinkan dengan perempuan tersebut mestilah sekufu.

c)

Bakal suami mampu menyerahkan mas kahwin secara tunai dengan segera.

d)

Suami lebih tua dan matang daripada pengantin perempuan bagi menjamin kebahagian dalam hubungan suami-isteri

7.

Menurut Mazhab Syafie, janda boleh mengakadkan nikah dirinya sendiri.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Akad nikah yang dilakukan oleh wali sebenar dan mengikut segala rukun dan syarat sah perkahwinan, namun tidak melalui permohonan rasmi di jabatan agama negeri masing-masing kerana diuruskan oleh kumpulan tertentu juga dikira sebagai nikah sindiket.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Menurut Mazhab Hanafi, sah penyaksian wanita bersama lelaki dalam akad nikah diqiyaskan dengan sahnya penyaksian mereka dalam segala jenis akad.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Perbuatan bapa enggan menikahkan anak perempuannya dikira sebagai melakukan dosa besar.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Nikah sindiket hanya melibatkan jurunikah-jurunikah yang tidak bertauliah dari Selatan Thailand yang melakukan aktiviti tersebut di seluruh Malaysia.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Pernikahan secara sindiket tidak boleh didaftarkan sama sekali di Malaysia.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Semua pernikahan secara sindiket tidak sah menurut hukum Syarak.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Apabila sesuatu perkahwinan tidak sah kerana terlibat dengan nikah sindiket, maka pasangan yang terlibat perlu di...........kan.

a)

faraq

b)

fasakh

c)

talak

d)

salah

15.

Jurunikah bertauliah daripada Selatan Thailand boleh mengakad nikah pasangan dari Malaysia di Pengkalan Kubur, Kelantan dan sah pernikahan tersebut menurut Undang-undang Perkahwinan Islam di Malaysia.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Wanita boleh bernikah dengan menggunakan wali hakim di dalam Malaysia jika dia berjauhan dengan wali nasabnya lebih daripada dua marhalah.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Wali enggan dalam istilah syarak dikenali sebagai

wali ...........

a)

adil

b)

‘adal

c)

badal

d)

zalim

18.

Kahwin lari di Selatan Thailand tidak sah secara mutlak kerana dia sengaja berjauhan lebih daripada dua marhalah dari walinya yang berada di Malaysia.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Nikah sindiket merupakan satu istilah yang termaktub dalam Enakmen Undang-undang Perkahwinan Islam di Malaysia yang menyatakan bahawa pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Pernikahan dengan menggunakan khidmat jurunikah yang tamat tempoh pentauliahan juga termasuk dalam kategori nikah sindiket.

a)

Betul

b)

Salah