wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PM T2 : UNIT 5 ADAB DIJAGA PERSAHABATAN TERBELA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah "bukan" cadangan nilai yang terkandung dalam unit 5 (Adab dijaga, Persahabatan terbela) (m/s 45)

a)

Kebebasan

b)

Toleransi

c)

Bertanggungjawab

d)

Hormat

2.

Apakah ciri-ciri yang "tiada" pada seseorang sahabat? (M/S 46)

a)

dapat membantu kita apabila berada dalam kesusahan.

b)

dapat membantu membuat kerja rumah kita semasa kita menyertai pertandingan bola.

c)

dapat mengurangkan kesedihan dan kebimbangan yang kita alami

d)

mewujudkan hubungan yang mirip dengan hubungan persaudaraan.

3.

Apakah ciri-ciri yang "tiada" pada seseorang rakan? (M/S 46)

a)

dapat berkongsi minat, matlamat dan kerjaya dalam sesebuah kumpulan

b)

meminjam duit kepada kita semasa kita terlupa membawa duit ke sekolah

c)

dapat mewujudkan kerjasama pada saat yang diperlukan.

4.

Apakah ciri-ciri yang "tiada" pada seseorang kenalan? (M/S 46)

a)

Menyertai pasukan bola kita semasa pasukan kekurangan pemain

b)

pernah berinteraksi dengan kita tetapi kita tidak dapat mengesahkan kewujudan sebenarnya.

c)

sebagai hiburan dan pada masa yang sama boleh memberikan kebaikan.

5.

Pilih"TIGA" jawapan yang betul berkaitan perlakuan beradab dalam persahabatan (M/S 46)

a)

Menjaga keaiban sahabat - Tidak membocorkan rahsia

b)

Ikhlas - Memberikan tunjuk ajar dalam pelajaran

c)

Bertoleransi - menengking ketika bercakap

d)

Saling menghormati - mengejek sahabat

e)

Memberikan sokongan - Menasihati ke arah kebaikan

6.

Pilih"TIGA" jawapan yang betul berkaitan kepentingan adab dalam persahabatan (M/S 47)

a)

Mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan - membuat sesuatu yang boleh melukakan hati sahaba

b)

Menjaga hati dan perasaan sahabat - Bercakap dengan sopan dan berhemah dengan sahabat.

c)

Mempererat hubungan persahabatan - Menziarahi sahabat yang sakit.

d)

Meningkatkan kerjasama dan tanggungjawab kepada sahabat - Sentiasa melepasi batas persahabatan.

e)

Menimbulkan kepercayaan dan keyakinan kepada sahabat - Menjaga rahsia dan aib sahabat.

7.

"Tiga" contoh perlakuan tidak beradab dalam persahabatan ialah ........... (M/S 47)

a)

Mengkhianati sahabat

b)

Menghina sahabat

c)

Menyebarkan kebaikan sahabat

d)

Memungkiri janji

8.

Yang mana "bukan" batasan dalam persahabatan? (M/S 48)

a)

Tidak berprasangka buruk dan mencurigai sahabat.

b)

Tidak menjaga batasan pergaulan lelaki dengan perempuan.

c)

Tidak menggunakan barang sahabat tanpa kebenaran.

9.

Yang mana "bukan" batasan dalam persahabatan? (M/S 48)

a)

Menggunakan barang sahabat tanpa kebenaran.

b)

Tidak mencampuri urusan peribadi sahabat.

c)

Tidak menghina kekurangan sahabat.

10.

Pilih 3 perlakuan beradab dalam persahabatan.

a)

menjaga keaiban sahabat

b)

saling menghormati

c)

memberikan sokongan

d)

mengumpat sahabat

11.

Nyatakan 3 kepentingan adab dalam persahabatan.

a)

mengelakkan perselisihan faham

b)

merenggangkan hubungan

c)

menjaga perasaan sahabat

d)

menimbulkan kepercayaan kepada sahabat

12.

Pilih 3 nilai yang diperlukan dalam mengekalkan persahabatan.

a)

toleransi

b)

hemah tinggi

c)

hormat

d)

taat

13.

Tidak menengking ketika bercakap


Perlakuan di atas merupakan perlakuan _________________________

a)

beradab dalam persahabatan

b)

tidak beradab dalam persahabatan

14.

Berikut merupakan perkara yang dikongsi bersama dengan sahabat baik kecuali...

a)

minat, atau hobi

b)

pengetahuan

c)

kekasih

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan sahabat?

a)

Kenalan baharu

b)

JIran yang baik

c)

Kawan yang sangat baik dan rapat

d)

Abang

16.

Berikut merupakan cara kita mengekalkan perhubungan persahabatan.

a)

Berkawan dengan ikhlas

b)

Saling menipu

c)

Berkawan kerana kepentingan

d)

Selalu bergaduh

17.

Saya akan menipu sahabat saya agar dia tidak marah pada saya.

a)

Ya selalu

b)

Tidak boleh

c)

Kadang-kala boleh

18.

Pilih kenyataan yang SALAH.

a)

Sahabat sebenar bersikap dengki dan cemburu

b)

Sahabat sentiasa memberi sokongan

c)

Sahabat sentiasa berkongsi suka dan duka

d)

Sahabat sebenar bersikap jujur

19.

Tindakan ____________ jiran perlu dielakkan bagi mengekalkan hubungan kejiranan yang baik.

a)

memuji

b)

membantu

c)

mengumpat

d)

menghargai

20.

Anda tidak beradab dalam persahabatan, sekiranya

a)

mempersendakan rakan

b)

menghormati rakan

c)

bersikap jujur

d)

menghina kekurangan rakan