Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PN TRIAL PASIR GUDANG 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Untuk memajukan perniagaan

b)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

c)

Mendapatkan keyakinan daripada pelabur

d)

Membantu golongan yang kurang berkemampuan

2.

• Modal diperoleh daripada simpanan pemilik sendiri

• Pemilik sendiri yang menguruskan perniagaan

Apakah jenis milikan perniagaan tersebut?

a)

Milikan tunggal

b)

Perkongsian

c)

Syarikat

d)

Koperasi

3.

Antara yang berikut, pernyataan manakah berkaitan pemilikan perniagaan tersebut?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Cukai pendapatan yang rendah.

b)

Tiada had maksimum pemegang saham.

c)

Liabiliti terhad atas modal yang dilaburkan.

d)

Modal daripada jualan syer kepada 10 orang

4.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh perniagaan tersebut?

a)

Ketidakpastian pasaran

b)

Kos overhead yang tinggi

c)

Perundangan peraturan

d)

Perbelanjaan perniagaan cenderung naik secara mendadak

5.

Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan di atas?

pilih 2 jawapan

a)

Berskala global

b)

Perniagaan bersaiz besar

c)

Terlibat dalam sektor kedua

d)

Menyediakan perkhidmatan langsung

6.

Skala Perniagaan PETRONAS merangkumi luas merentasi sempadan negara.

Bagaimanakah strategi pasaran yang sesuai yang boleh dilakukan oleh perniagaan dalam mengharungi pandemik Covid-19 yang berlaku kini?

a)

Memenuhi keperluan masyarakat setempat

b)

Pasaran mudah ditembusi dengan wujudnya internet

c)

Menggunakan strategi pemasaran yang berbeza-beza untuk menarik pengguna

d)

Memberikan tumpuan kepada kawasan –kawasan tertentu yang telah dikenalpasti.

7.

Bagaimanakah peranan kerajaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dapat membantu usahawan tempatan ?

a)

Dapat meningkatkan kegiatan promosi

b)

Dapat mengatasi masalah kekurangan modal

c)

Dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti keluaran

d)

Dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan

8.

Apakah trend perniagaan negara Y bagi suku kedua dan suku ketiga tahun

2017?

a)

Mendatar

b)

Menurun

c)

Menegak

d)

Meningkat

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan satu agensi kerajaan dalam menangani isu tempatan berikut


• Meningkatkan kadar faedah

• Mengurangkan kadar faedah

Mengapakah kerajaan bertindak sedemikian?

a)

Mengatasi deflasi

b)

Mengurangkan inflasi

c)

Menstabilkan ekonomi

d)

Mengawal sistem kewangan

10.

Maklumat yang berikut menunjukkan dasar-dasar yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pusat

• Dasar fiskal

• Dasar kewangan

Mengapa kerajaan melaksanakan dasar-dasar tersebut?

a)

untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil

b)

untuk menggalakkan eksport barang tempatan

c)

untuk mengurangkan aliran yang masuk mata wang asing

d)

untuk meningkatkan permintaan barangan keluaran tempatan

11.

Apakah faktor dalaman bagi trend persekitaran perniagaan?

pilih 2 jawapan

a)

Ekonomi

b)

Jaringan

c)

Pengeluaran

d)

Teknologi maklumat

12.

Apakah maksud visi perniagaan?

a)

Apa yang ingin dicapai oleh organisasi

b)

Tujuan penubuhan sesebuah organisasi

c)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

13.

Apakah ciri objektif yang baik berdasarkan gambar di atas?

a)

Spesifik dan munasabah

b)

Spesifik dan jangka masa

c)

Munasabah dan jangka masa

d)

Munasabah dan boleh dicapai

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan penetapan objektif?

a)

Membantu perniagaan membuat perancangan

b)

Menjelaskan tujuan penubuhan organisasi perniagaan

c)

Menjadi sasaran yang membantu pencapaian tujuan organisasi

d)

Memastikan halatuju perniagaan berada di landasan yang tepat

15.

Tahap ini memberi kesan negatif terhadap perniagaan. Perniagaan perlu mengubah suai visi, misi, dan objektif perniagaan.


Apakah tahap yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Melambung

b)

Kemelesetan

c)

Pertumbuhan

d)

Kemerosotan

16.

Apakah kesan keupayaan mengubah visi, misi dan objektif kepada sesebuah perniagaan akibat perubahan persekitaran teknologi?

a)

Teknologi menjanjikan kecekapan dalam pengeluaran

b)

Organisasi perniagaan akan mengurangkan pelaburan teknologi

c)

Penggunaan teknologi terkini meningkatkan kos pengeluaran

d)

Kuantiti pengeluaran dapat dikurangkan

17.

Pernyataan manakah menerangkan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

b)

Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi

c)

Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

d)

Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal demi mencapat matlamat organisasi

18.

Apakah bahagian fungsian pekerjaan bagi pekerja tersebut?

a)

Kewangan

b)

Pengagihan

c)

pentadbiran

d)

Khidmat pelanggan

19.

• Laman Web

• Blog

• Laman Sosial seperti Facebook dan Twitter

Maklumat tersebut berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat terhadap bahagian fungsian E dalam sesebuah organisasi.Apakah bahagian fungsian E?

a)

Pemasaran

b)

Pembelian

c)

Jualan

d)

Pengeluaran

20.

Antara berikut, bahagian fungsian yang manakah hanya terdapat di Kilang Biskut Pak Maon?

a)

Pembelian

b)

Pemasaran

c)

Pentadbiran

d)

Pengeluaran

21.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?

a)

Usaha untuk membina imej baik organisasi

b)

Usaha untuk membangun tenaga kerja dalam organisasi

c)

Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan

d)

Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi

22.

Antara yang berikut, manakah fungsi ganjaran kepada pekerja?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Untuk menaikkan imej

b)

Untuk mewujudkan kesetiaan

c)

Untuk meningkatkan motivasi

d)

Untuk mengurangkan tekanan kerja

23.

Encik Salleh bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang. Apakah potongan wajib ke atas gaji yang beliau terima?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Bayaran skim insurans

b)

Caruman kepada KWSP

c)

Caruman kepada PERKESO

d)

Bayaran ansuran pinjaman perumahan

24.

Manakah merupakan sumber fizikal sebuah syarikat pengiklanan?

a)

Pekerja mahir

b)

Bahan mentah

c)

Kilang dan mesin

d)

Bangunan dan kemudahan

25.

Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi?

a)

Memastikan bahan mentah selamat digunakan

b)

Mengurangkan kecacatan dan kerosakan pada stok

c)

Memanjangkan jangka hayat penggunaan produk siap

d)

Meminimumkan kos operasi dan perbelanjaan organisasi

26.

Bagaimanakah perniagaan melindungi sumber teknologi?

a)

Memohon kelulusan daripada SIRIM

b)

Memohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia

c)

Mendaftar paten dan hak cipta terpeliharan dengan pihak MyIPO

d)

Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan syarikat insurans

27.

Syarikat Penerbitan Berjaya memohon hak cipta terpelihara bagi beberapa karya yang diterbitkan. Apakah tujuan syarikat tersebut berbuat demikian?

a)

Mendapatkan hak perundangan ke atas ciptaan mereka

b)

Mendapatkan kebenaran untuk mencetak karya syarikat

c)

Mendapatkan kelulusan untuk menjual harga diskaun

d)

Mendapatkan kebenaran memasarkan karya syarikat ke luar negara

28.

Manakah kelemahan sumber pembiayaan luaran daripada bank atau institusi kewangan?

a)

Modal terhad

b)

Jumlah pinjaman yang terhad

c)

Memerlukan cagaran dalam bentuk harta

d)

Sukar menambah modal dalam masa yang singkat

29.

Manakah yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan agensi berkenaan?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Salinan bil utiliti

b)

Lesen perniagaan

c)

Salinan kad pengenalan

d)

Salinan lesen pihak berkuasa tempatan

30.

Apakah maklumat yang terkandung dalam penyata kewangan?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Potensi perniagaan

b)

Kelemahan perniagaan

c)

Keuntungan perniagaan

d)

Kedudukan ekuiti perniagan

31.

Manakah aset semasa?

a)

Inventori

b)

Bangunan

c)

Kenderaan

d)

Kelengkapan pejabat

32.

Apakah tujuan Penyata Aliran Tunai disediakan?

a)

Menghitung lebihan atau kurangan tunai

b)

Merekodkan wang masuk dan wang keluar

c)

Menghitung untung bersih dan kasar syarikat

d)

Merekodkan segala penerimaan dan perbelanjaan modal

33.

Antara berikut, situasi manakah menunjukkan ciri-ciri usahawan yang pandai mengambil peluang perniagaan?

a)

Puan Siti menambahkan stok baju di kedainya

b)

Encik Muthusamy merasmikan cawangan baharu perniagaannya

c)

Encik Zailan melantik dua orang Pengurus pengeluaran di syarikatnya

d)

Cik Amelia membuka taska kanak-kanak di kawasan perumahan baharu

34.

Mengapakah promosi penting dalam proses pemasaran barangan pengguna?

a)

Menentukan harga yang sesuai

b)

Menjamin keuntungan yang tinggi

c)

Menghadapi persaingan daripada pengeluar lain

d)

Menghasilkan produk yang dapat memenuhi kehendak pengguna

35.

Pernyataan yang manakah menggambarkan tentang ciri-ciri keperibadian seorang usahawan?

a)

Usahawan yang tabah akan mudah berputus asa

b)

Usahawan yang bijak akan pandai merebut peluang perniagaan

c)

Usahawan yang berdikari akan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain

d)

Usahawan yang optimistik akan sentiasa membangunkan kehidupannya sahaja

36.

Pernyataan manakah menunjukkan faedah mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?

a)

Untuk mendapat ganjaran daripada SSM

b)

Untuk memudahkan mendapat rakan kongsi

c)

Untuk mendapatkan lesen premis dan permit perniagaan

d)

Untuk memudahkan usahawan menyediakan dasar perniagaan

37.

Apakah ciri-ciri jenama yang baik?

a)

Tahan lama

b)

Senang dikunjungi

c)

Senang dibawa

d)

Mudah diingat

38.

Rancangan Perniagaan disediakan untuk keperluan individu-individu seperti berikut kecuali ?

a)

Bank

b)

Pelanggan

c)

Usahawan

d)

Agensi Kerajaan

39.

Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada peniaga?

a)

Mencari pekerjaan yang baharu

b)

Panduan memberikan pinjaman

c)

Garis panduan untuk menguruskan perniagaan

d)

Untuk membuat pelaburan di dalam perniagaan

40.

Antara berikut pernyataan manakah bukan tujuan utama rancangan perniagaan disediakan?

a)

Memohon pinjaman modal daripada rakan kongsi

b)

Merancang pelaksanaan perniagaan

c)

Memberi keyakinan kepada bank untuk membiayai kos pelaksanaan perniagaan

d)

Menyakinkan pihak pembekal untuk memberi kemudahan kredit atas barangan yang dibekalkan