Font size
WorksheetsGerak Gempur SPM Perniagaan Kertas 1
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
1. Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna?
Meningkatkan imej perniagaan
Meningkatkan pendapatan negara
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Memenuhi keperluan dan kehendak
1. Antara berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?
Pengilangan dan pembuatan
Perkhidmatan Awam
Pembalakan
Pembinaan
Antara yang berikut, yang manakah perniagaan berskala antarabangsa? ( pilih 2 jawapan)
Kedai Gunting Rambut Ravi
Sistem Penerbangan Malaysia Berhad
Syarikat Petroleum Nasional Berhad
Pusat Tuisyen Tunas Bestari
Maklumat di bawah berkaitan dengan klasifikasi perniagaan.
Syarikat Penang Logistik ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Syarikat ini mempunyai 80 orang pekerja dan mencapai jualan tahunan sebanyak RM25 juta.
Syarikat di atas dikenal sebagai
perniagaan bersaiz kecil
perniagaan bersaiz besar
perniagaan bersaiz mikro
perniagaan bersaiz sederhana
Apakah bidang kerajaan pusat dalam menangani isu ekonomi dan perniagaan?
Kewangan
Kemudahan infrastruktur
Pertukaran mata wang asing
Penyediaan pusat perniagaan
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM)? (pilih 2shj)
memberi pinjaman jangka panjang kepada perniagaan.
menyediakan pelbagai perkhidamatan penerimaan wang
mengawal selia sistem pembayaran negara.
memantau dan mengawal keadaan ekonomi
1. Trend persekitaran perniagaan bermaksud suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan. Pernyataan yang manakah adalah tepat?
Trend menurun | Operasi perniagaan tidak stabil
Trend meningkat | Operasi perniagaan semakin merosot
Trend menurun | Operasi perniagaan dalam keadaan malar
Trend mendatar | Operasi perniagaan tiada perubahan ketara
Encik. Arif berhak untuk menggunakan rahsia dagangan francaisor dengan membuat bayaran dalam bentuk royalti. Apakah kelebihan yang didapati oleh Encik Arif dengan menjalankan perniagaan tersebut?
Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual
Risiko kegagalan dalam perniagaan rendah
Perniagaan boleh dijalankan secara berterusan
Kerugian perniagaan ditanggung oleh francaisor
1. Pernyataan manakah yang menerangkan misi perniagaan?
Sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi.
Melibatkan fokus masa hadapan dan perancangan jangka panjang
Dibentuk sebagai ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat perniagaan
Satu kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperolehi
Maklumat yang berikut berkaitan dengan pernyataan objektif sebuah organisasi perniagaan.
Meningkatkan keuntungan sebanyak 15% daripada hasil jualan dalam jangka masa tiga bulan yang akan datang.
Apakah ciri yang terdapat dalam pernyataan objektif di atas?
Fleksibel
Boleh diukur
Mudah difahami
Munasabah
Maklumat berikut tentang kamera berjenama Kodak
Kodak adalah perintis dalam industri kamera digital yang cukup hebat. Namun idea untuk memperkenalkan kamera digital menggantikan era kamera berasaskan filem kepada umum telah ditolak oleh pihak pengurusan. Pada tahun 2012, syarikat ini telah diisytihar bankrap atas kegagalan mengikuti perkembangan teknologi semasa
Apakah kesan yang dihadapi oleh Kodak akibat dari kegagalan mencapai matlamat dan objektif organisasi
(pilh 2 shj)
Imej perniagaan terjejas
Gagal dalam persaingan dengan syarikat lain
Peningkatan dalam jualan syarikat
Mengembangkan perniagaan di dalam dan luar negara
Pencapaian visi, misi dan objektif boleh dinilai berdasarkan kriteria semasa menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan. Antara berikut, yang manakah merupakan kriteria penilaian yang boleh digunakan. ( pilih 2 shj)
Syer Pasaran
Titik Pulang Modal
Analisis Kekuatan Syarikat
Kapasiti operasi perniagaan sedia ada
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aspek penting dalam carta organisasi?
Pembahagian kerja
Hierarki pengurusan
Panduan keselamatan
Peraturan dalam organisasi
Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sebuah organisasi perniagaan?
Dapat meningkatkan produktiviti
Memudahkan pengurusan inventori
Dapat membuat perancangan kewangan
Memastikan keselamatan sistem ICT
Rajah di atas ini menunjukkan proses komunikasi.
Apakah unsur W, X, Y dan Z?
W: Maklum balas | X: Dekod | Y:Saluran | Z: Enkod
W: Dekod | X:Saluran | Y:Enkod | Z: Maklum balas
W: Saluran | X:Enkod | Y:Maklum balas | Z: Dekod
W: Enkod | X:Saluran | Y:Dekod | Z: Maklum balas
1. Apakah tujuan pembangunan produk dan pasaran baharu?
Memperkenalkan produk sedia ada kepada pasaran baharu
Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada
Memastikan produk memenuhi piawaian yang ditetapkan
Mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada
Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber manusia?
Pengurusan modal awal yang digunakan untuk perniagaan
Pengurusan rekod kewangan sesebuah organisasi perniagaan
Pengurusan aset yang berbentuk ketara untuk dimanfaatkan organisasi bagi menjalankan perniagaan
Pengurusan modal insan yang memfokuskan kepada keperluan tenaga kerja dan pembahagian kerja
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran dalam pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan?
Teknik merekrut dan proses pemilihan pekerja
Program latihan pembangunan yang berterusan
Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan
Mewujudkan kerjasama melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
Apakah itu Standard Prosedur Operasi (SOP)?
Dokumen bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu.
Dokumen bertulis untuk menyebar luas peraturan pengurusan organisasi kepada semua pekerja.
Dokumen bertulis untuk menerangkan secara terperinci perjalanan operasi sesuatu unit dalam organisasi.
Dokumen bertulis untuk memastikan operasi perniagaan mengikut segala keperluan yang dikehendaki oleh pihak pengurusan tertinggi
Berikut merupakan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada seseorang individu untuk memohon sesuatu perkerjaan KECUALI
Kemahiran berkomunikasi
Kerja berpasukan
Tidak boleh menyelesaikan masalah
Penggunaan teknologi terkini
Apakah prosedur mengurus sumber fizikal selain daripada perlindungan insurans dan keselamatan?
Memantau penggunaan sumber fizikal
Merekodkan penggunaan sumber fizikal
Menyelenggara dan baik pulih secara terancang
Merangka bajet bagi kos pengurusan sumber fizikal
Apakah cara yang betul untuk menguruskan paten?
Mendaftar dengan SSM
Mendaftar dengan MyIPO
Mendaftar dengan syarikat insurans
Mendaftar dengan Kementerian Dalam Negeri
Antara berikut, yang manakah merupakan sumber teknologi yang diperlukan dalam sesebuah organisasi? (pilh 2 shj)
Lesen perkakasan
Lesen perisian
Harta intelek
Pendidikan dan pengalaman
1. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada perkaitan sumber fizikal dan sumber teknologi? ( pilh 2 shj)
Kamera berteknologi tinggi diselenggara dengan baik dan secara berkala
Menghasilkan filem yang berkualiti dan mengurus hak cipta
Mengambil pekerja yang mahir dan berpengalaman
Menghasilkan produk yang berkualiti tinggi
1. Antara berikut, manakah merupakan contoh sumber pembiayaan dalaman? (pilih 2 shj)
Syer
Modal daripada keuntungan (rizab)
Simpanan peribadi
Overdaraf
Antara berikut, yang manakah bukan kategori modal untuk sesebuah perniagaan?
Wang tunai
Bahan mentah
Inventori
Bangunan kilang
Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.
Puan Rahayu ingin memulakan perniagaan butik. Memandangkan beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM60,000 dengan kadar segera, Puan Rahayu menjadikan barang kemas miliknya sebagai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan melalui Skim Pajak Gadai- i, Bank Rakyat.
Apakah sumber pembiayaan berkenaan?
Pajakan
Sewa beli
Ar-rahnu
Pemfaktoran
Kekuatan bagi sumber pembiayaan luaran sesuatu organisasi ialah... (pilh 2 shj)
memerlukan cagaran dalam bentuk harta atau aset tetap
tempoh bayaran balik pinjaman dan ansuran bulanan boleh mengikut kemampuan peminjam
tidak dikenakan faedah
tertakluk kepada terma dan syarat
Antara yang berikut, manakah yang merupakan komponen Penyata Pendapatan? (pilh 2 shj)
Kunci Kira-kira
Akaun Untung Rugi
Akaun Perdagangan
Penyata Aliran Tunai
Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada Kedai Runcit Zaza.
Jualan Bersih RM100,000
Untung Kasar RM 60,000
Hasil Operasi RM 5, 000
Belanja Operasi RM 15,000
Kirakan Peratusan Margin Untung Bersih Kedai Runcit Zaza?
40 %
50 %
70 %
80 %
Siapakah yang menggunakan Penyata Kewangan sebagai rujukan semasa mengawal dan merancang aktiviti perniagaan?
Pemiutang
Para pelabur
Pihak pengurusan
Institusi kewangan
Pernyataan manakah benar tentang Titik Pulang Modal (TPM)?
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan jumlah kos
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil purata sama dengan jumlah kos purata
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan kos purata
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil purata sama dengan jumlah kos
Maklumat di bawah berkaitan dengan kelebihan menjadi usahawan.
*Peluang untuk membuka perniagaan baharu
*Mempunyai kelebihan yang dapat diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain
Pernyataan di atas adalah kelebihan menjadi usahawan kepada......
Keluarga
Masyarakat
Negara
Diri
Antara berikut, manakah merupakan unsur campuran pemasaran? (pilih 2 shj)
Produk
Promosi
Pengeluar
Pengguna
Apakah stok bergerak perlahan?
Stok yang dapat di jual dengan cepat
Stok yang mengambil masa lama untuk dijual
Stok yang perlu di beli dari pemborong sahaja
Stok yang diagihkan daripada pengeluar kepada pengguna
Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri keberuntungan dalam perniagaan? (pilih 2 shj)
Melaksanakan tanggungjawab sosial
Membuka peluang pekerjaan
Mengembangkan kreativiti dan potensi diri
Memperluas perniagaan
Encik Mokhtar bercadang untuk mendaftarkan nama perniagaannya. Apakah borang yang perlu digunakan?
Borang A
Borang B
Borang J
Borang PNA 42
Antara berikut, yang manakah benar tentang maksud rancangan perniagaan?
Dokumen bertulis yang menerangkan tentang perniagaan
Dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan yang akan dijalankan
Dokumen perniagaan yang menunjukkan urus niaga perniagaan yang telah berlaku
Dokumen bertulis yang menjelaskan secara terperinci tentang visi, misi dan objektif perniagaan
Bagaimanakah rancangan perniagaan yang baik dapat meyakinkan pihak bank? (pilih 2 shj)
kemampuan membayar hutang
kadar keuntungan yang diperoleh
jumlah deposit dalam akaun bank
jumlah pinjaman yang dipohon
Apakah yang perlu disediakan dalam rancangan kewangan bagi menunjukkan keupayaan perniagaan dalam membayar balik pinjaman?
Penyata Aliran Tunai
Akaun Untung Rugi
Akaun Perdagangan
Penyata Kedudukan Kewangan
