wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PN T5 TRIAL PAHANG 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah jenis aktiviti dalam gambar di atas?

a)

satu aktiviti yang menjalankan kegiatan sosial

b)

satu aktiviti yang member sumbangan kepada pengguna

c)

satu aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

satu aktiviti pertukaranbarang dan perkhidmatan dalam sistem barter

2.

· Perniagaan dikendalikan mengikut sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama

· Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak


Apakah bentuk perniagaan yang sesuai bagi kenyataan di atas?

a)

Kontrak Pengeluaran

b)

Usaha sama

c)

Syarikat Sendirian berhad

d)

Francais

3.

Antara yang berikut, manakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian berhad? PILIH 2 JAWAPAN

a)

Mudah diuruskan

b)

Mudah ditubuhkan

c)

Hayat Perkongsian berterusan

d)

Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad

4.

Manakah yang mewakili X? PILIH 2 JAWAPAN

a)

Pertanian

b)

Pembinaan

c)

Perhotelan

d)

Perhutanan

5.

Kilang Roti Fatimah menjalankan pengeluaran secara intensif buruh.Ia dikategorikan sebagai perniagaan saiz sederhana kerana memiliki saiz buruh yang ramai.

Kriteria di atas merujuk kepada

a)

Syer pasaran

b)

Bilangan buruh

c)

Jumlah modal

d)

Jumlah jualan tahunan

6.

Antara yang berikut,manakah ciri sesebuah perniagaan yang mempunyai skala perniagaan Tempatan?

Pilih 2 jawapan

a)

mempunyai pekerja yang berkemahiran tinggi

b)

syer pasaran ialah masyarakat tempatan

c)

jualan tahunan perniagaan adalah rendah

d)

memerlukan modal yang banyak

7.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah deflasi.

• Menurunkan kadar cukai pendapatan

• Mengurangkan kadar faedah bank

Apakah kesan tindakan tersebut?

a)

Kos pinjaman perniagaan meningkat

b)

Harga barang dan perkhidmatan menurun

c)

Pengeluar mengurangkan operasi pengeluaran

d)

Permintaan untuk barang dan perkhidmatan akan meningkat.

8.

Penyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?

a)

Guna tenaga semakin menurun

b)

Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran

c)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat

d)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

· Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang di tetapkan

· Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkannya.

· Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi.

Apakah agensi berkenaan?

a)

MEDEC

b)

MARDI

c)

SIRIM

d)

FELDA

10.

Maklumat yang beikut berkaitan dengan satu factor luaran yang mempengaruhi perniagaan

Kerajaan telah memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6%pada 1 April 2015

a)

Politik dan perundangan

b)

Ekonomi

c)

Sosiobudaya

d)

Teknologi

11.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan konsep visi

a)

Ditetapkan oleh pihak pengurusan bawahan

b)

Satu pernyataan tentang tujuan kewujudan organisasi

c)

Visi dapat dicapai dalam masa kurang daripada lima tahun

d)

Objektif ingin dicapai oleh sebuah organisasi dalam tempoh jangka panjang

12.

Pernyataan di bawah merujuk kepada objektif sebuah syarikat

Syarikat Mesra Sdn Bhd akan mengeluarkan 100 000 unit kereta pada tahun hadapan

Apakah ciri-ciri objektif bagi syarikat tersebut?

a)

Boleh diukur

b)

Munasabah

c)

Boleh dicapai

d)

Jangkamasa

13.

Manakah bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang mengalami pertumbuhan?

a)

Pemilik mengubah lokasi perniagaan

b)

Pemilik meningkatkan bilangan pekerja

c)

Hasil meningkat dari semasa ke semasa

d)

Pemilik membawa masuk modal tambahan

14.

Pilih 2 pernyataan yang berkaitan dengan unsur faktor dalaman organisasi

a)

Syarikat Berjaya memperkenalkan teknologi baharu dalam operasi pengeluaran

b)

Undang-undang baharu yang diluluskan akan meningkatkan kos operasi syarikat

c)

Para pekerja syarikat diberikan latihan untuk meningkatkan kemahiran

d)

Keadaan ekononi melesit telah memberi kesan kepada jualan syarikat

15.

Pernyataan di bawah merujuk kepada kesan kegagalan perniagaan mencapai matlamat dan objektif.

Kegagalan mendapatkan untung boleh menjejaskan imej

Apakah kesannya terhadap perniagaan?

a)

Sukar untuk mendapat pembiayaan bank

b)

Terpaksa membayar pembekal secara tunai

c)

Pengguna tidak akan membeli produk syarikat

d)

Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah

16.

Pernyataan manakah benar tentang struktur organisasi?

a)

Susun atur aset dan sumber manusia dalam organisasi perniagaan

b)

Menunjukkan susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian dalam organisasi

c)

Menunjukkan aliran maklumat terkini dan autoriti di antara setiap tahap dalam perniagaan

d)

Merupakan carta organisasi yang menghubungkan semua bahagian dalam organisasi perniagaan

17.

Rajah di bawah ini berkaitan dengan peranan bahagian fungsian

Apakah X?

a)

Peranan bahagian pentadbiran

b)

Peranan penyelidikan dan pembangunan C

c)

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

d)

Peranan pengurusan sumber manusia

18.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Kebelakangan ini, semakin banyak perniagaan menggunakan laman sosial untuk mengiklankan produk mereka

Apakah matlamat perniagaan berbuat demikian?

a)

Untuk mencari pelanggan baharu

b)

Untuk melakukan promosi jualan

c)

Untuk meningkatkan jualan dan keuntungan

d)

Untuk meluaskan rangkaian rakan perniagaan

19.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan unsur dalam proses komunikasi

 Penting untuk mengukur tahap keberkesanan proses komunikasi

 Boleh terdiri daripada tulisan,kata atau isyarat badan


Apakah unsur tersebut ?

a)

Enkod

b)

Dekod

c)

Saluran

d)

Maklum balas

20.

Rajah di bawah menunjukkan dua buah perniagaan yang terdapat di Kluang, Johor

Mengapakah kedua-dua perniagaan ini memerlukan bahagian fungsian yang sama?

a)

Supaya boleh bersaing secara adil

b)

Untuk merebut syer pasaran yang sama

c)

Memaksimumkan kepuasan pelanggan

d)

Mencapai visi,misi dan objektif yang dirancang

21.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.

Pengurus menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) kumpulan untuk memastikan hasil kerja yang ditetapkan dapat dicapai.

Apakah peranan pengurusan sumber manusia?

a)

Menentukan deskripsi tugas

b)

Pemantapan budaya professional

c)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

d)

Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

22.

Pilih pernyataan yang tepat tentang sumber fizikal perniagaan.

a)

Aset nyata sesebuah perniagaan

b)

Aset ketara sesebuah perniagaan

c)

Bangunan dan kemudahan perniagaan

d)

Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi perniagaan

23.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan jenis sumber teknologi?

Pilih 2 jawapan

a)

Lesen perisian

b)

Peralatan kilang

c)

Kemahiran dan pengalaman

d)

Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

24.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan prosedur mengurus sumber fizikal sesebuah kilang perabot? Pilih 2 jawapan

a)

Menyelenggarakan semua mesin supaya operasi pengeluaran lancar

b)

Mengambil insurans kebakaran dan kecurian untuk mengelakkan kerugian

c)

Menyediakan mesin dan peralatan terkini untuk meningkatkan mutu keluaran

d)

Menghasilkan pelbagai jenis perabot untuk pasaran tempatan dan antarabangsa

25.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan sumber pembiayaan dalaman? Pilih 2 jawapan

a)

Pajakan

b)

Overdraf bank

c)

Simpanan peribadi

d)

Modal daripada keuntungan

26.

Pilih prosedur yang betul bagi mendapatkan sumber pembiayaan.

a)

Menyediakan rancangan perniagaan > Mendapatkan khidmat nasihat kewangan > Membuat permohonan > Pembiayaan diluluskan

b)

Mendapatkan khidmat nasihat kewangan. > Membuat permohonan > Menyediakan rancangan perniagaan > Pembiayaan diluluskan

c)

Menyediakan rancangan perniagaan > Membuat permohonan > Mendapatkan khidmat nasihat kewangan > Pembiayaan diluluskan

d)

Membuat permohonan > Menyediakan rancangan perniagaan > Pembiayaan diluluskan > Mendapatkan khidmat nasihat kewangan

27.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan komponen Penyata Pendapatan? Pilih 2 jawapan

a)

Kunci Kira Kira

b)

Akaun Untung Rugi

c)

Akaun Perdagangan

d)

Penyata Aliran Tunai

28.

Berapakah baki akhir penyata aliran tunai di atas?

a)

RM 400

b)

RM 600

c)

RM 650

d)

RM 800

29.

Rajah yang berikut berkaitan dengan pihak bekepentingan kepada penyata kewangan sesebuah perniagaan.

Siapakah X?

Pilih 2 jawapn

a)

IPelanggan

b)

Pengimport

c)

Pihak pengurusan

d)

Institusi kewangan

30.

Apakah kepentingan penyata aliran tunai kepada perniagaan?

Pilih 2 jawapan

a)

Dapat mengetahui jumlah hasil dan belanja perniagaan

b)

Dapat mengetahui kedudukan aset dan liabiliti perniagaan

c)

Dapat mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran tunai

d)

Dapat mengetahui sama ada dapat menjelaskan liabiliti semasa perniagaan

31.

Maklumat berikut diperolehi daripada sebuah firma pada 31 Disember 2017.

Hitung nisbah semasa umtuk maklumat di atas?

a)

2:1

b)

3:1

c)

4:1

d)

6:1

32.

Jadual di bawah menunjukkan nilai aset, liabiliti dan ekuiti pemilik Syarikat Murni. Hitungkan nilai Y?

a)

RM 35, 712

b)

RM 21,240

c)

RM 14,472

d)

RM 6,768

33.

Pernyataan yang manakah menggambarkan tentang ciri-ciri utama seorang usahawan?

a)

Usahawan yang tabah akan mudah berputus asa

b)

Usahawan yang bijak akan pandai merebut peluang perniagaan

c)

Usahawan yang berdikari akan sentiasa mengharap bantuan orang lain

d)

Usahawan yang optimistik akan sentiasa membangunkan kehidupannya sahaja

34.

Apakah maksud stok bergerak perlahan?

a)

Barang-barang yang dijual secara hutang dan lambat menerima bayaran

b)

Barang-barang yang mengambil masa yang lama untuk dijual

c)

Barang- barang yang lambat diterima daripada pembekal

d)

Barang-barang yang pantas untuk dijual

35.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan keberuntungan perniagaan kepada seseorang usahawan?

Pilih 3 jawapan

a)

Melaksanakan tanggungjawab social

b)

Penggunaan peralatan dan teknologi terkini

c)

Memberi kebebasan untuk mengurus perniagaan

d)

Mendapatkan sumber manusia yang berpengalaman

36.

Berapakah tempoh masa syarikat perlu melantik setiausaha syarikat selepas proses perbadanan syarikat?

a)

10 hari

b)

15 hari

c)

30 hari

d)

45 hari

37.

Antara yang berikut, dokumen manakah yang difailkan sebagai rekod kos operasi? Pilih 2 jawapan

a)

Bil air

b)

Invois

c)

Bil Internet

d)

Slip daftar tunai

38.

• Modal

• Jualan Tunai

• Penerimaan daripada penghutang

Di bahagian manakah maklumat tersebut dicatatkan dalam Penyata Aliran Tunai?

a)

Pembayaran

b)

Penerimaan

c)

Baki h/b

d)

Baki b/b

39.

Pernyataan manakah yang benar mengenai pemasaran?

a)

Aktiviti pertukaran hak milik sesuatu produk

b)

Aktiviti untuk menyalurkan produk atau perkhidmatan

c)

Aktiviti untuk merancang dan mengawal aspek perbelanjaan dalam perniagaan

d)

Aktiviti mengeluarkan barang untuk memenuhi kehendak pengguna

40.

Apakah tujuan sesuatu Rancangan Perniagaan itu disediakan? Pilih 2 jawapan

a)

Untuk mencari pelanggan

b)

Untuk mendapatkan pekerjaan

c)

Untuk menilai prestasi perniagaan

d)

Untuk mendapatkan pinjaman