wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JKD MUAR PN T5 TRIAL TANJUNG MALIM 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Penyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

2.

Apakah itu milikan tunggal?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu

b)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu

c)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu tetapi dikawal oleh beberapa orang

d)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu

3.

Pihak manakah yang terlibat dalam sektor primer?

a)

Encik John ialah peniaga runcit

b)

Puan Rima ialah pemilik kilang roti

c)

Encik Sam ialah penoreh getah

d)

Encik John menyediakan perkhidmatan pengangkutan

4.

Yang manakah, aktiviti perniagaan antarabangsa ?

a)

perniagaan antara penduduk luar negara

b)

perniagaan antara satu negara dengan negara yang lain

c)

perniagaan antara penduduk dalam negara

d)

perniagaan dalam sempadan sesebuah negara

5.

Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga?

a)

MARA

b)

MARDI

c)

FELDA

d)

SIRIM

6.

Kerajaan telah memperkenalkan cukai jualan dan perkhidmatan SST pada 1 September 2018

Apakah faktor luaran yang berkaitan?

a)

Politik dan perundangan

b)

Ekonomi

c)

Sosiobudaya

d)

Teknologi

7.

• Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

• Majlis Perbandaran Kuantan

• Majlis Daerah Machang

Antara yang berikut, manakah yang merupakan bidang kuasa pihak pihak di atas?

Pilih 2 jawapan

a)

Menggubal undang undang kecil berkaitan perniagaan

b)

Mendaftar dan mengawal selia semua pemaju perumahan tempatan

c)

Merangka dan melaksanakan dasar dasar pembangunan setempat

d)

Menguatkuasa semua undang undang jalan raya di sesuatu kawasan

8.

Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun.

Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan demikian?

a)

Pekerja kurang bermotivasi

b)

Keadaan ekonomi semakin lembab

c)

Strategi pemasaran yang kurang berkesan

d)

Kos pengeluaran semakin meningkat

9.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan perubahan dari aspek pasaran?

Pilih 2 jawapan

a)

Pembangunan dalam teknologi

b)

Kadar pengangguran berkurang

c)

Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi

d)

Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna

10.

Pilih penyataan yang berkaitan dengan konsep visi

a)

Ditetapkan oleh pihak pengurusan bawahan

b)

Satu penyataan tentang tujuan kewujudan organisasi

c)

Visi seharusnya dapat dicapai dalam masa kurang daripada lima tahun

d)

Objektif perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum visi organisasi

11.

• Apakah perniagaan yang sedang dijalankan?

• Siapakah pelanggan perniagaan tersebut?

• Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan pada masa akan datang?


Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Strategi

12.

Syarikat Encik Tony Teh akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta penumpang dan sebanyak 50 000 unit motosikal kuasa tinggi pada tahun hadapan.

Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Encik Tony Teh?

a)

Boleh diukur (Measurable)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh dicapai (Attainable)

d)

Jangka masa (Time frame)

13.

Apakah tujuan utama penjual mengadakan promosi jualan?

a)

Untuk meningkatkan jualan

b)

Untuk menguasai syer pasaran

c)

Untuk mengatasi para pesaing

d)

Untuk mewujudkan kesetiaan jenama

14.

Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasi?

a)

Politik

b)

Ekonomi

c)

Undang undang

d)

Sumber manusia

15.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang struktur organisasi?

Pilih 2 jawapan

a)

Merupakan komponen utama perancangan strategik

b)

Dapat digambarkan melalui carta organisasi

c)

Merujuk kepada visi dan misi sesebuah organisasi

d)

Membantu ahli organisasi mengetahui tanggungjawab masing masing

16.

Apakah X ?

a)

Peranan bahagian pentadbiran

b)

Peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

c)

Peranan pengurusan sumber manusia

d)

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

17.

Bagaimanakah penggunaan teknologi maklumat membantu peniaga?

a)

Peniaga dapat memproses data jualan dengan segera

b)

Peniaga boleh melakukan aktiviti kewangan dengan lebih berkesan

c)

Perniagaan boleh dijalankan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat

d)

Peniaga boleh berhubung dengan pembekal dan pelanggan dengan serta merta.

18.

Apakah peranan katalog dalam sesuatu proses aliran barang dan perkhidmatan?

a)

Membolehkan penjual menerima pesanan belian daripada pengguna

b)

Membolehkan penjual memujuk pengguna membuat keputusan pembelian

c)

Membolehkan pembekal bahan mentah menuntut bayaran daripada pengeluar

d)

Membolehkan pengguna mengetahui maklumat barang yang ditawarkan penjual

19.

Bagaimanakah interaksi dengan pihak bank membantu perniagaan mengatai masalah operasi pengeluaran?

a)

Mengatasi masalah kekurangan modal kerja

b)

Memudahkan urusan pembayaran perniagaan

c)

Memudahkan penyimpanan wang dengan selamat

d)

Memudahkan perniagaan melakukan pembayaran gaji

20.

Pilih penyataan yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia

a)

Satu usaha mengenalpasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi

b)

Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap

c)

Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi

d)

Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

21.

Salah satu peranan sumber manusia ialah memantapkan budaya profesional.

Bagaimanakah pemantapan budaya profesional dapat membantu organisasi?

Pilih 2 jawapan.

a)

Dapat meningkatkan imej organisasi

b)

Dapat meningkatkan jualan perniagaan

c)

Dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi

d)

Pekerja dapat menjalankan tugas dengan cekap

22.

Antara yang berikut, kesalahan manakah yang dilakukan oleh kakitangan yang boleh disiasat dan diambil tindakan oleh organisasi?

Pilih 3 jawapan

a)

Ingkar arahan penyelia

b)

Merompak orang awam

c)

Menyalahgunakan aset syarikat

d)

Menerima rasuah daripada pembekal

23.

Encik Ahmad lewat datang kerja sebanyak dua kali.

Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?

a)

Dipecat

b)

Amaran bertulis

c)

Ditahan kenaikan gaji

d)

Tiada kenaikan pangkat

24.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Azmatun seorang akauntan bertauliah.

Pernah bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah syarikat cari gali minyak antarabangsa selama 10 tahun

• Sekarang ingin menjadi jururunding pelaburan dalam syarikat minyak dan gas

Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada Puan Azmatun? Pilih 2 jawapan

a)

Keberkesanan mencapai sasaran kumpulan

b)

Berpengetahuan tentang produk

c)

Berpengalaman dalam industri

d)

Kelayakan yang sesuai

25.

Manakah yang merupakan sumber fizikal sebuah syarikat pengiklanan?

a)

Pekerja mahir

b)

Bahan mentah

c)

Kilang dan mesin

d)

Bangunan dan kemudahan

26.

Antara yang berikut, penyataan manakah yang merupakan tujuan mengurus sumber fizikal perniagaan?

Pilih 2 jawapan

a)

Memastikan pekerja sentiasa cekap dan mahir

b)

Memastikan semua mesin dalam keadaan baik

c)

Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi

d)

Memastikan reka cipta produk tidak ditiru oleh orang lain

27.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan jenis sumber teknologi perniagaan?

Pilih 2 jawapan.

a)

Lesen perisian

b)

Peralatan kilang

c)

Kemahiran dan pengalaman

d)

Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

28.

Penyataan manakah yang merujuk kepada pengurusan sumber teknologi bagi sesebuah syarikat telefon pintar?

a)

Kilang dan mesin yang canggih

b)

Jenis dan model telefon yang pelbagai

c)

Mendaftar paten reka bentuk baharu telefon

d)

Bangunan dan kemudahan yang serba lengkap

29.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan modal perniagaan sebuah agensi pengiklanan?

Pilih 2 jawapan

a)

Wang tunai

b)

Pereka grafik

c)

Kenderaan pemilik

d)

Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

30.

Manakah sumber pembiayaan luaran bagi sebuah pasaraya yang ditubuhkan sebagai perniagaan perkongsian?

Pilih 2 jawapan.

a)

Syer

b)

Pemfaktoran

c)

Overdraf bank

d)

Modal daripada keuntungan

31.

Puan Manisah ingin memulakan perniagaan butik. Memandangkan beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM50 000 dengan kadar segera, Puan Manisah menjadikan barang kemas miliknya sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman melalui Skim Pajak Gadai-i, Bank Rakyat.

Apakah sumber pembiayaan berkenaan?

a)

Pajakan

b)

Sewa beli

c)

Ar Rahnu

d)

Pemfaktoran

32.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan dalaman kepada usahawan?

a)

Tertakluk kepada terma dan syarat

b)

Memerlukan penjamin dan cagaran

c)

Menghadapi kos seperti faedah atas pinjaman

d)

Sukar menambah modal dalam masa yang singkat

33.

Bagaimanakah langkah X dapat membantu usahawan yang memohon pembiayaan?

a)

Mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh pembiaya

b)

Dapat meyakinkan pihak pembiaya, daya maju perniagaan

c)

Boleh mengetahui jenis perniagaan yang hendak dimulakan

d)

Boleh membuat keputusan tentang jenis dan jumlah pembiayaan

34.

Hasil harian : RM 200 – RM 250

Sewa bulanan : RM 1 500

Gaji pembantu : RM 1 000 sebulan

Modal tambahan yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan : RM 30 000

Puan Diana mengambil keputusan untuk membuat permohonan kepada TEKUN Nasional untuk keperluan modal tambahan.

Mengapakah Puan Diana mengambil keputusan untuk membuat permohonan kepada TEKUN Nasional dan bukan dengan bank dan institusi kewangan?

Pilih 2 jawapan

a)

Kos pinjaman lebih murah

b)

Jumlah pinjaman tidak terhad

c)

Beliau tidak mempunyai cagaran bernilai

d)

Pinjaman tidak tertakluk kepada terma dan syarat

35.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan salah satu butiran kos dalam penyata pendapatan.

Perbezaan antara jumlah belian dan pulangan jualan

Apakah butiran kos berkenaan?

a)

Kos jualan

b)

Kos belian

c)

Belian bersih

d)

Kos barang untuk dijual

36.

Pihak berkepentingan manakah yang memerlukan penyata kewangan untuk membuat keputusan memberikan kemudahan kredit dagangan kepada perniagaan?

a)

Pemilik

b)

Pelabur

c)

Pembekal

d)

Pembiaya

37.

Antara yang berikut, kemahiran manakah yang dapat membangunkan karakter diri seseorang usahawan?

pilih 2 jawapan

a)

Kemahiran berfikir

b)

Kemahiran manipulatif

c)

Kemahiran berkomunikasi

d)

Kemahiran membuat keputusan

38.

Antara yang berikut, manakah keberuntungan perniagaan kepada seseorang usahawan?

Pilih 3 jawapan

a)

Meluaskan pasaran

b)

Memantapkan imej perniagaan

c)

Melaksanakan tanggungjawab sosial

d)

Memberi kebebasan untuk mengurus perniagaan

39.

Antara yang berikut, manakah prosedur pendaftaran perniagaan milikan tunggal?

Pilih 2 jawapan

a)

Perlantikan setiausaha syarikat

b)

Permohonan pemerbadanan syarikat

c)

Mendapat kelulusan nama perniagaan

d)

Mengisi Borang Pendaftaran Perniagaan

40.

Antara yang berikut, manakah yang perlu dipatuhi oleh seseorang usahawan yang telah mendaftarkan perniagaannya?

Pilih 2 jawapan

a)

Mengikuti kursus pengurusan kewangan

b)

Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran perniagaan

c)

Mendaftarkan perubahan maklumat perniagaan dalam tempoh tujuh hari

d)

Menamatkan pendaftaran perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perniagaan