wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TUJUAN DAN MILIKAN PERNIAGAAN

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

1. Gambar 1 menunjukkan sebuah organisasi.

Apakah tujuan penubuhan organisasi tersebut

a)

Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma

b)

Menawarkan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat

c)

Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan

d)

Menawarkan produk berkualiti tinggi

2.

Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?

a)

Jualan pada harga kos

b)

Secara percuma

c)

Jualan pada harga di atas kos

d)

Jualan pada harga di bawah kos

3.

Berikut merupakan nama satu bentuk milikan perniagaan.


" SARAH ENTERPRISE"


Apakah kelebihan bentuk milikan perniagaan tersebut?

a)

Perniagaan kekal berterusan

b)

Keputusan adalah hak pemilik

c)

Cukai keuntungan dikecualikan

d)

Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad

4.

Pernyataan manakah yang menerangkan persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dengan perniagaan bersaiz sederhana?

a)

Pengkhususan kerja mudah dilakukan

b)

Pekerja berpengalaman mudah diperoleh

c)

Perniagaan menikmati ekonomi bidangan

d)

Perubahan dalam strategi perniagaan mudah dilaksanakan

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan.


· Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 (pindaan 1978)

· Kerjasama antara 2-20 orang ahli

· Liabiliti tidak terhad

Setiap ahli menggabungkan modal, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan tunggal

d)

Syarikat sendirian berhad

6.

Apakah kelebihan bentuk pemilikan Suria Berhad berbanding Mentari Sendirian Berhad?

a)

Saham boleh diurus niaga di Bursa Malaysia

b)

Pemegang syer menanggung liabiliti terhad

c)

Bilangan ahli maksimum adalah 50 orang

d)

Dikenakan cukai yang rendah

7.

Berikut adalah merupakan kategori dalam sektor perniagaan


primer


X


Tertier


Apakah aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan X

a)

Pemprosesan isi ikan

b)

Penternakan lembu tenusu

c)

Perkhidmatan bas sekolah

d)

Pembekalan barang runcit

8.

Apakah peranan Bank Negara Malaysia?

a)

Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan

b)

Menawarkan pembiayaan kepada orang ramai

c)

Memantau dan mengawal keadaan ekonomi

d)

Menerbitkan syer syarikat awam berhad

9.

Maklumat yang berikut adalah pernyataan tentang sejenis rakan kongsi.


"Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa perlu mengeluarkan modal"


Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?

a)

Rakan kongsi lelap

b)

Rakan kongsi biasa

c)

Rakan kongsi berhad

d)

Rakan kongsi nominal

10.

berikut berkaitan dengan prinsip suatu bentuk pemilikan perniagaan.


Pemilikan T

Prihatin terhadap komuniti

Keanggotaan sukarela

Kebebasan autonomi


Apakah Pemilikan T?

a)

Usaha sama

b)

Perkongsian

c)

Francais

d)

Koperasi

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.

· Mudah ditubuhkan dan mudah diurus

· Dikenakan cukai individu

Keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik


Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Gardenia Sdn. Bhd.

b)

Buluh Perindu Enterprise

c)

Koperasi Belia Rembauwan Berhad

d)

Perniagaan Hidayat dan Rakan – rakan

12.

Dibawah berkaitan dengan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia.

1960-an [P]

1990-an [Q]

2000-an [Sektor ketiga]

Apakah aktiviti berkaitan P dan Q?


a)

P Pertanian

Q Pengilangan

b)

P Perkilangan

Q Pembinaan

c)

P Pelancongan

Q Pendidikan

d)

P Penternakan

Q Pendidikan

13.

Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?

a)

Membayar royalti kepada francaisor

b)

Melaksanakan penyelidikan produk

c)

Menyediakan skim latihan pekerja

d)

Melakukan promosi

14.

1. Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan perkilangan berdasarkan saiz.

I

Jualan tahunan RM300 000 hingga kurang daripada RM15 juta.


II

Bilangan pekerja tetap 75 orang hingga kurang daripada 200 orang

a)

I Sederhana

II Besar

b)

I Kecil

II Besar

c)

I Kecil

II Sederhana

d)

I Besar

II Kecil

15.

Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan?

a)

Faktor Dalaman Ekonomi

Faktor Luaran Undang – undang

b)

Faktor Dalaman Ekologi

Faktor Luaran Pemasaran

c)

Faktor Dalaman Kewangan

Faktor Luaran Gaya Pengurusan

d)

Faktor Dalaman Sumber manusia

Faktor Luaran Politik

16.

Aktiviti perniagaan dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Pengilangan

c)

Pembinaan

d)

Pengangkutan

17.

Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan?

a)

Meningkatkan imej perniagaan

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan

d)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

18.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Ali

b)

Restoran Minah dan Baba

c)

Koperasi Bersatu Berhad

d)

Syarikat Kemboja Sdn. Bhd.

19.

Usaha sama ialah

a)

Bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya.

b)

Hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis

c)

Perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna.

d)

Dua syarikat bergabung untuk membentuk sebuah perniagaan yang baharu

20.

Rajah di bawah ini berkaitan dengan sektor perniagaan

Sektor Perniagaan

x

sekunder

tertier

Manakah yang mewakili X ?


I Pertanian

II Pembinaan

III Perhotelan

IV Perhutanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Maklumat berikut menunjukkan contoh aktiviti-aktiviti sektor perniagaan.


X

Perlombongan petroleum


Y

Pengangkutan gas cecair




a)

X Sektor utama

Y Sektor kedua

b)

X Sektor ketiga

Y Sektor kedua

c)

X Sektor utama

Y Sektor ketiga

d)

X Sektor utama

Y Sektor kedua

22.

Pasangan manakah yang betul mengenai perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad (SSB) dengan Syarikat Awam Berhad (SAB)?

a)

(SSB) Syer boleh dipindah milik dengan bebas

(SAB) Syer tidak boleh dipindah milik dengan bebas

b)

(SSB) Bilangan pemegang syer terhad

(SAB) Bilangan pemegang syer tidak terhad

c)

(SSB) Syer boleh dijual kepada orang ramai

(SAB) Syer dijual kepada sekumpulan individu tertentu

d)

(SSB)Penyata kewangan perlu diumumkan kepada orang ramai

(SAB) Penyata kewangan tidak diumumkan kepada orang ramai

23.

Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan ?

a)

Menjadikan keluarga usahawan terkenal

b)

Melambangkan imej perniagaan

c)

Melancong ke seluruh dunia

d)

Pemilik mampu membeli rumah yang besar

24.

Pernyataan di bawah menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagan.


Kedai Runcit Wani ====> Pasar Mini Wani & Aqil


Mengapakah Wani mengambil tindakan seperti di atas ?

a)

Menanggung liabiliti terhad

b)

Dapat berkongsi kepakaran

c)

Risiko dapat disebarkan

d)

Perniagaan berterusan

25.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “berhad” (Bhd.) pada nama sesetengah perniagaan ?

a)

Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang

b)

Tidak dibenarkan membuka cawangan

c)

Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja

d)

Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan


Peniaga

dibenarkan mengguna jenama produk pemilik asal.

Mengendalikan

perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan.

Membuat

bayaran dalam bentuk fi.

Apakah bentuk perniagaan tersebut ?

a)

Milikan tunggal

b)

Perkongsian

c)

Usaha sama

d)

Francais

27.

Apakah kekurangan perniagaan bersaiz besar ?

a)

Komunikasi kurang berkesan

b)

Sukar menyediakan latihan

c)

Kurang daya saing

d)

Kekurangan modal

28.

Pernyataan di bawah menunjukkan suatu sektor perniagaan


x

Mengekstrakkan sumber semula jadi

Mengeluarkan

bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua


Apakah X ?

a)

Sektor asli

b)

Sektor utama

c)

Sektor kedua

d)

Sektor ketiga

29.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.


· Perkongsian strategik antara dua syarikat

· Perniagaan diuruskan sehingga tercapainya objektif


Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Koperasi

c)

Usaha sama

d)

Perkongsian

30.

Gambar menunjukkan logo suatu bentuk pemilikan perniagaan.


Antara yang berikut, yang manakah ciri pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Saham syarikat boleh diniagakan di Bursa Saham

b)

Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965

c)

Ahli menanggung liabiliti tidak terhad

d)

Bilangan ahli 2 hingga 50 orang

31.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri – ciri koperasi?

a)

Ahli mempunyai kepentingan yang sama

b)

Modal perniagaan disumbangkan oleh syarikat korporat

c)

Anggota koperasi menanggung liabiliti tidak terhad

d)

Setiap anggota berhak membuat keputusan

32.

Pernyataan berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.


Sebuah Taman Perumahan Prima di Seremban dibina hasil gabungan Syarikat Putra Sdn Bhd dengan Syarikat Putri Sdn Bhd.


Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Usaha sama

c)

Perkongsian

d)

Syarikat senidirian berhad

33.

Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?

a)

Adiba menjual ayam

b)

Hafizi menternak ikan dalam kolam

c)

Azimah memproses ikan dijadikan keropok

d)

Pang menghantar sayur – sayuran ke pasar

34.

Perkara berikut berkaitan dengan sektor perniagaan


Sektor Perniagaan

Sektor Primer

Sektor X

Sektor Tertier


Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?

a)

Pemandu pelancong

b)

Nelayan laut dalam

c)

Operator pengeluaran

d)

Pemandu teksi

35.

Pernyataan manakah menerangkan tujuan utama sesebuah perniagaan dijalankan ?

a)

Membina imej perniagaan

b)

Memberikan keselesaan kepada pelanggan

c)

Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan

d)

Menawarkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna

36.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan sektor

ketiga?

a)

Melibatkan aktiviti pemprosesan barang

b)

Melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan

c)

Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara

d)

Pengekstrakan sumber semula jadi merupakan aktiviti utama

37.

Kriteria manakah yang digunakan untuk menentukan saiz perniagaan?

a)

Modal yang dimiliki

b)

Bilangan pekerja

c)

Jumlah jualan tahunan

d)

Jumlah bahan mentah

38.

Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan ...

a)

Antara penduduk luar negara

b)

Antara satu negara dengan negara yang lain

c)

Antara penduduk dalam negara

d)

Dalam sempadan sesebuah negara

39.

Pernyataan yang manakah

benar tentang organisasi bermotifkan untung (OBU).

a)

Bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan percuma untuk ahli

b)

Menjual barang dan perkhidmatan pada harga kos sahaja

c)

Memaksimumkan keuntungan perniagaan

d)

Meminimakan keuntungan perniagaan

40.

Persamaan antara syarikat awam berhad dengan syarikat sendirian berhad ialah

a)

Liabiliti terhad

b)

Dimiliki oleh orang awam

c)

Hal ehwal syarikat dirahsiakan

d)

Modal diperoleh dari terbitan syer