NEW
Font size
WorksheetsPerniagaan K1 (T)
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Aktiviti perniagaan dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?
A Pembuatan
B Pengilangan
C Pembinaan
D Pengangkutan
Gambar di atas berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.
Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?
A Liabiliti terhad
B Hayat perniagaan berterusan
C Proses penubuhan rumit
D Bebas menguruskan perniagaan
Antara yang berikut, pernyataan manakah benar tentang ciri-ciri perniagaan francais?
I Francaisi perlu membayar fi kepada francaisor
II Francaisor menyediakan latihan pengurusan kedai
III Francaisor dan francaisi menjalankan perniagaan secara bersama
IV Francaisor kehilangan hak pemilikan perniagaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Antara yang berikut, kriteria yang manakah menentukan saiz perniagaan?
I Jumlah keuntungan tahunan
II Jumlah jualan tahunan
III Bilangan pekerja tetap
IV Jumlah modal dilaburkan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Perniagaan manakah merupakan perniagaan berskala global?
A Kedai Perabot Mega
B Syarikat Penerbangan Air Asia
C Pasar Raya Nirwana
D Kilang Kek Merry
Gambar di atas berkaitan dengan sebuah agensi kerajaan.
Pernyataan yang manakah merupakan peranan agensi kerajaan di atas?
A Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan
B Mempromosikan aktiviti perniagaan di Malaysia
C Membuat penyelidikan dan pembangunan produk
D Menjamin kedudukan kewangan pencarum pada usia tua
Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan pusat dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan?
A Pelepasan cukai
B Promosi perniagaan
C Latihan dan pembangunan
D Penggubalan undang-undang
Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani inflasi?
I Melalui dasar kerajaan
II Meningkatkan permintaan barang
III Meningkatkan pengimportan barang
IV Meningkatkan kadar faedah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Gaya pengurusan yang manakah menunjukkan tindakan majikan yang tegas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan?
A Gaya pengurusan sederhana
B Gaya pengurusan sokongan
C Gaya pengurusan autokratik
D Gaya pengurusan laissez-faire
Maklumat berikut berkaitan dengan SWOT.
Faktor dalaman yang membawa kesan negatif kepada Perniagaan Enak Rasa Sdn. Bhd. ialah dari segi pengurusan pekerja.
Apakah ciri SWOT tersebut?
A Peluang
B Ancaman
C Kekuatan
D Kelemahan
Pernyataan yang manakah benar tentang objektif perniagaan?
A Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
B Dicapai dalam jangka masa setahun
C Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi
D Terdiri daripada objektif jabatan dan fungsian
Antara yang berikut,yang manakah merupakan organisasi bermotifkan untung?
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat di bawah berkaitan dengan objektif sebuah restoran masakan kampung.
Restoran D’ Kampung ingin meningkatkan jualan sebanyak 30% dalam masa setahun
Apakah ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran D’Kampung?
A Realistik
B Boleh dicapai
C Munasabah
D Boleh diukur
Maklumat di bawah berkaitan dengan Syarikat Maju Sdn. Bhd. yang mengeluarkan sabun pencuci pakaian.
Harga sebotol RM 20
Kuantiti dijual 1000 unit
Kos tetap RM3 000
Kos berubah RM1 000
Hitungkan jumlah hasil Syarikat Maju Sdn. Bhd.?
A RM16 000
B RM17 000
C RM19 000
D RM20 000
Syarikat Kayu Jati Sdn.Bhd. terpaksa menilai semula objektif syarikat ketika penularan wabak covid -19.
Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?
A Kewangan
B Pemasaran
C Demografi
D Undang-undang
Maklumat di atas berkaitan dengan peranan bahagian fungsian X dalam Syarikat Ceria Sdn. Bhd.
Apakah bahagian fungsian x?
A Pentadbiran
B Pengeluaran
C Pengurusan sumber manusia
D Pemasaran
Pernyataan yang manakah tepat tentang tujuan bahagian fungsian sumber manusia?
A Menyelesaikan masalah pelanggan
B Memastikan bahan mentah mencukupi
C Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang mencukupi
D Menyediakan pakar untuk memberikan maklumat mengikut kehendak pelanggan
Gambar di atas menunjukkan satu bahagian fungsian dalam sebuah organisasi perniagaan.
Apakah bahagian fungsian tersebut?
A Jualan
B Pemasaran
C Khidmat Pelanggan
D Teknologi maklumat dan komunikasi
Antara yang berikut, organisasi luar yang manakah mempunyai hubungan dan interaksi dengan sesebuah organisasi?
I Pembekal
II Kerajaan
III Peguam
IV Perunding insurans
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Mengapakah penggunaan e-mel sangat penting kepada sesebuah organisasi?
A Meningkatkan komunikasi di kalangan pekerja
B Maklumat yang disampaikan lebih tepat
C Mengurangkan gangguan dalam penyampaian maklumat
D Maklumat perniagaan boleh dihantar dengan mudah dan cepat
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kemahiran kebolehkerjaan sumber manusia?
I Kelayakan yang bersesuaian
II Kecekapan menjalankan tugas
III Tempat pengajian
IV Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Rajah di atas menunjukkan sejenis struktur organisasi.
Apakah jenis struktur organisasi di atas?
A Struktur organisasi berdasarkan produk
B Struktur organisasi berdasarkan fungsi
C Struktur organisasi berdasarkan pelanggan
D Struktur organisasi berdasarkan wilayah
Maklumat berikut menunjukkan faktor penentu sistem penggajian yang diamalkan oleh sebuah organisasi.
En. Zul telah bertugas sebagai pengurus pemasaran selama 5 tahun di Syarikat EZY Sdn. Bhd. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus cawangan di Kota Bharu dengan kenaikan gaji sebanyak 30%.
Apakah faktor penentu sistem penggajian yang diterima oleh En. Zul?
A Permintaan dan penawaran buruh
B Ganjaran yang dibayar pesaing
C Bentuk dan jenis tugas
D Kemampuan organisasi
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu sumber fizikal dalam sebuah organisasi.
Pemprosesan pesanan
Kawalan inventori
Pergudangan
Pengangkutan
Apakah sumber fizikal tersebut?
A Produk siap
B Stok
C Bahan mentah
D Produk separuh siap
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan sebuah agensi kerajaan.
-- Mengurus pendaftaran paten --
Apakah agensi kerajaan tersebut?
A MARA
B MATRADE
C SIRIM
D MyIPO
Antara yang berikut, yang manakah merupakan karya yang layak mendapat perlindungan di bawah Akta Hak Cipta 1987?
I Karya lagu
II Karya seni
III Karya muzik
IV Karya lirik
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jenis pembiayaan manakah yang boleh didapati daripada agensi kerajaan?
A Sewa beli
B Overdraf
C Pemfaktoran
D Geran Penyelidikan dan Pembangunan
Gambar di atas menunjukkan perbualan antara dua orang peniaga.
Apakah jenis pembiayaan X?
A Sewa beli
B Pajakan
C Pemfaktoran
D Syer
Maklumat berikut diperoleh daripada Kunci Kira-Kira Mouna Enterprise.
Apakah X?
A Ambilan
B Tunai
C Pinjaman
D Kenderaan
Jenis pembiayaan manakah sesuai dipilih oleh En. Amin yang ingin membuka gerai menjual jus buah-buahan?
A Sewa beli
B Pinjaman
C Simpanan peribadi
D Ar-Rahnu
Maklumat berikut berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 1000 unit produk Y.
Berapakah untung yang diperoleh daripada pengeluaran produk Y sekiranya harga jualan seunit ialah RM50?
A RM17 000
B RM25 000
C RM33 000
D RM50 000
Gambar di atas berkaitan dengan seorang usahawan.
Apakah kebolehan usahawan tersebut?
A Kebolehan merancang
B Kebolehan mengurus modal
C Kebolehan mengurus sumber manusia
D Kebolehan menentukan visi dan misi
Maklumat berikut berkaitan dengan jenama produk kecantikan yang dihasilkan oleh beberapa usahawan.
SimplySiti
Dnars
Sendayu Tinggi
Apakah kekuatan diri yang ada pada usahawan tersebut?
A Fokus tenaga dan tumpuan
B Keupayaan membina jenama
C Perhubungan baik dengan pasangan
D Kemahiran pembangunan karakter diri
Antara yang berikut, yang manakah merupakan keberuntungan perniagaan?
I Meluaskan pasaran
II Meningkatkan jualan
III Menikmati keuntungan
IV Memantapkan imej perniagaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah merupakan akta penubuhan perniagaan?
A Akta Kontrak 1950
B Akta Sewa Beli 1967
C Akta Perihal Dagangan 1972
D Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
36.
Rajah 2 berkaitan dengan dua entiti perniagaan.
A A-Perkongsian B-Koperasi
B A-Milikan Tunggal B-Syarikat Sdn. Bhd
C A-Milikan Tunggal B-Syarikat Berhad
D A-Syarikat Sdn. Bhd B-Syarikat Awam Berhad
Perniagaan Keropok Lekor Lazat mengalami masalah kurangan tunai. Apakah tindakan yang wajar diambil oleh pengurus?
A Menambah bilangan pekerja
B Meningkatkan promosi
C Mengurangkan kos operasi
D Membeli lebih banyak bahan mentah
Mengapakah rancangan perniagaan perlu disediakan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan?
A Menilai operasi perniagaan yang akan dijalankan
B Memberi gambaran tentang kedudukan kewangan
C Memberi gambaran tentang perniagaan yang dirancang
D Menjangka risiko yang akan berlaku
Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat yang perlu dimuatkan dalam ringkasan eksekutif?
I Nama perniagaan
II Modal permulaan
III Jenis perniagaan
IV Sasaran untung
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Pernyataan manakah yang merupakan maklumat dalam rancangan operasi?
A Susun atur ruang bangunan dan kilang
B Carta alir proses
C Senarai alatan pejabat
D Pembahagian tugas semua pekerja
