wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Melayu

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

BAHAGIAN A - MORFOLOGI


Yang manakah kumpulan kata yang kesemuanya kata nama ?

a)

A. Denai, kudrat, tenang

b)

B. Sendiri, luas, kawasan

c)

C. Damai, kekabu, pendiam

d)

D. Kekasih, semangat, belantara

2.

Yang manakah kumpulan kata yang kesemuanya kata nama ?

I. Keruping, jejentik, kebersihan

II. Pengintip, gementar, penemuan

III. Telunjuk, tandatangan, tambahan

IV. Kebaratan, nyaman, antarabangsa

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

3.

Badannya bertambah sihat sejak dia berkebun sayur.


Yang manakah pernyataan yang paling tepat tentang jenis kata kerja yang terdapat dalam ayat di atas ?

a)

A. Kata kerja tak transitif berpenerang dan kata kerja tak transitif berpelengkap

b)

B. Kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpenerang

c)

C. Kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap

d)

D. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpenerang

4.

Yang manakah ayat yang kata kerjanya merupakan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ?

a)

A. Kami sekeluarga hanya berpegang pada janji mulutnya sahaja.

b)

B. Amar kerap bersiar-siar di tepi pantai dengan rakan-rakannya.

c)

C. Dia bersujud kepada tuhan dengan penuh kesyukuran.

d)

D. Mereka bergurau senda di beranda rumah.

5.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja transitif ?

a)

A. Berita itu merupakan khabar angin semata-mata.

b)

B. Murid-murid menyumbang tenaga dalam program itu.

c)

C. Kejadian tanah runtuh semalam menjadi tajuk utama akhbar itu.

d)

D. Kejadian rompakan itu memeningkan kepala pasukan penyiasat.

6.

Yang manakah ayat yang mempunyai kata kerja berpenerang ?


I. Cincinnya itu bersalut emas 18 karat.

II. Budak itu berjaya merenangi sungai itu.

III. Abang beroleh pendapatan yang lumayan.

IV. Lelaki yang lumpuh sebelah kaki itu bertongkat rotan.

a)

A. I dan III

b)

A. I dan IV

c)

A. II dan III

d)

A. II dan IV

7.

Ayat yang manakah yang mempunyai kata kerja dengan dua objek ?

a)

A. Model cilik itu berbajukan kertas yang kalis air.

b)

B. Nenek memasakkan kami gulai ayam kampung semalam.

c)

C. Puan Laila membeli set meja makan baharu untuk hari raya nanti.

d)

D. Kini, kebanyakan orang kampung tidak lagi menanam sayur di belakang rumah.

8.

8. Yang manakah ayat yang kata adjektifnya membawa maksud ukuran ?

a)

A. Buku tebal itu mahal harganya.

b)

B. Muka ibu dan kakak sama-sama bujur.

c)

C. Hubungan Ali dan abangnya rapat sekali.

d)

D. Masa untuk menyiapkan kerja itu sudah hampir.

9.

Yang manakah ayat yang menunjukkan penggunaan kata sampai sebagai kata sendi nama ?

a)

A. Pendapatannya tidak sampai RM1000 sebulan.

b)

B. Hampir setiap hari pelajar itu sampai lewat ke sekolah.

c)

C. Anak-anaknya belajar sampai peringkat menara gading.

d)

D. Galah itu tidak sampai untuk menjolok buah mempelan yang tinggi itu.

10.

Yang manakah kata yang boleh berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata hubung ?

a)

A. Untuk

b)

B. Tentang

c)

C. Manakala

d)

D. Sementara

11.

Yang manakah ayat yang menggunakan kata hubung gabungan ?

a)

A. Bagi menyelesaikan masalah itu, kami perlu bersatu.

b)

B. Sementara menunggu ibu diperiksa doktor, saya menelefon rakan saya.

c)

C. Lantaran tidak mempunyai pekerjaan tetap, dia terpaksa berjimat cermat.

d)

D. Walaupun cuaca tidak terlalu panas, remaja itu tetap berendam di dalam kolam.

12.

Yang manakah kata terbitan yang kata dasarnya terdiri daripada kata tugas ?

a)

A. Merupai

b)

B. Meyakini

c)

C. Mengenai

d)

D. Menyudahi

13.

Yang manakah ayat yang menggunakan kata bantu lalu sebagai kata tugas ?

a)

A. Dia selalu lalu di hadapan rumah saya.

b)

B. Pelajar berdiri tegak lalu menyanyikan lagu kebangsaan.

c)

C. Kesesakan lalu lintas semakin serius di bandar raya utama.

d)

D. Mereka bertolak ke pusat peranginan itu dua hari yang lalu.

14.

Yang manakah ayat yang menggunakan kata bantu aspek dan kata bantu ragam ?

a)

A. Sejak menjadi pemandu berlesan, saya belum pernah disaman polis.

b)

B. Beliau masih belum bersara daripada penglibatan dalam bidang politik.

c)

C. Kami percaya bahawa kamu harus dapat mengatasi masalah pekerja itu.

d)

D. Ayah kami masih boleh mengangkat bakul yang berat itu walaupun kurang sihat.

15.

Ayat yang manakah yang mengandungi kata terbitan yang kata dasarnya terdiri daripada kata tugas ?

a)

A. Ayam serama itu mengais-ngais makanannya.

b)

B. Dia berceramah dengan penuh bersemangat.

c)

C. Dia sememangnya budak yang pandai.

d)

D. Anak itu membesar dengan sihat.

16.

Ayat yang manakah yang menggunakan kata sejak sebagai kata hubung ?

I. Dia kelihatan murung sejak kehilang burung peliharaannya.

II. Ahmad tidak pergi ke sekolah sejak dua minggu lalu.

III. Bayi itu tidak mahu tidur sejak tengah malam tadi.

IV. Zulaikha bertambah sihat sejak rajin bersenam.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

17.

Dalam ayat yang manakah perkataan untuk tergolong sebagai kata sendi nama ?

a)

A. Dia datang untuk mendengar ceramah.

b)

B. Abang meminang gadis itu untuk anaknya.

c)

C. Untuk dia mengatasi masalah itu bukanlah mudah.

d)

D. Untuk membantu pelajar itu kami mengumpul dana.

18.

Yang manakah ayat yang kata keterangannya menerangkan kata kerja ?

a)

A. Ibu selalu memasak masakan tradisional.

b)

B. Polis menangkap penjenayah itu semalam.

c)

C. Ayah kadang-kadang ke kebun dengan ibu.

d)

D. Rumah orang-orang tua itu dikunjungi oleh wakil rakyat.

19.

Yang manakah ayat yang menunjukkan penggunaan kata sendiri nama dengan tepat ?

a)

A. Cara bertindaknya lain dari yang lain.

b)

B. Berita itu telah sampai ke pihak polis.

c)

C. Tentang perkara itu, kami perlu berbincang dahulu.

d)

D. Di antara perkara yang dibincangkan ialah masalah remaja.

20.

Yang manakah ayat yang menggunakan kata sendi nama dengan betul ?

a)

A. Jambangan bunga itu hendak diberikan pada siapa ?

b)

B. Adik menendang bola dari penjuru kiri padang terus ke dalam gol.

c)

C. Ramai pelancong tertarik dengan keindahan pusat peranginan di negeri itu.

d)

D. Kita hendaklah bergotong-royong membersihkan sungai ini demi untuk kepentingan penduduk.

21.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata adjektif yang menjadi subjek dalam ayat ?

a)

A. Besar tidak semestinya kuat.

b)

B. Nyaman udara di kampungnya.

c)

C. Sunyi sepi suasana di rumahnya.

d)

D. Cantik rumah usahawan muda itu.

22.

Semasa musim perayaan, banyak kes kemalangan jalan raya dilaporkan di negara ini.


Subjek bagi ayat di atas ialah

a)

A. semasa musim perayaan

b)

B. banyak kes kemalangan jalan raya

c)

C. banyak kes kemalangan jalan raya dilaporkan

d)

D. semasa musim perayaan banyak kes kemalangan jalan raya dilaporkan

23.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa sendi nama?

I. baju kurung sekolah adik ada pada emak.

II. Majlis itu berlangsung seperti yang dirancang.

III. Kami belum lahir semasa peristiwa itu berlaku.

IV. Anis menghantar surat permohonan biasiswa melalui pengetua.

a)

A. I dan III

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. II dan IV

24.

Kata kerja transitif + objek tepat + objek sipi + frasa keterangan


Yang manakah predikatnya menepati binaan di atas ?

a)

A. Perempuan itu membekalkan nasi goreng untuk anaknya.

b)

B. Adik membalut buku teks Sejarah dengan pembalut plastik.

c)

C. Amirul memperisteri anak ketua kampung pada minggu lalu.

d)

D. Cikgu Aminah mengajari kamu Bahasa Melayu sejak tahun lalu.

25.

Pokok rambutan gading di belakang rumah kami berbuah lebat.


Apakah binaan frasa nama yang berhuruf condong dalam ayat di atas ?

a)

A. Inti + penerang nama jenis

b)

B. Inti + penerang nama milik

c)

C. Inti + penerang nama perkara

d)

D. Inti + penerang nama kegunaan

26.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa adjektif ?

I. Pergerakan pesilat itu pantas seperti kilat.

II. Budak itu berteduh di bawah pokok yang rendang.

III. Ayahnya ke sawah setiap hari pada musim menuai.

IV. Hasil kerja tangan oleh ahli pasukan itu mendapat sambutan.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

27.

Inti + penerang I (perkara) + penerang II


Yang manakah frasa nama yang menepati binaan di atas ?

a)

A. ikan air tawar

b)

B. telefon mini pintar

c)

C. mangga harum manis

d)

D. tokoh sejarah tersohor

28.

Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif


Yang manakah ayat yang mengandungi binaan di atas ?

a)

A. Buah nangka itu belum masak benar.

b)

A. Ketibaan rombongan itu agak terlalu awal.

c)

C. Adik saya tetap riang gembira walaupun letih.

d)

D. Abang memang sungguh sibuk dengan perniagaannya.

29.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja tanpa pelengkap ?

a)

A. Kami kerap bertemu semasa tinggal sekampung.

b)

B. Karim tidak mahu bertentang mata dengan orang itu.

c)

C. Salleh berkirim salam kepada rakannya melalui saya.

d)

D. Maria bertambah kurus setelah sebulan mengamalkan diet.

30.

Yang manakah ayat yang tidak mengandungi frasa kerja yang diikuti oleh keterangan hal ?

a)

A. Beliau telah membuat catatan ringkas mengenasi tugasannya.

b)

B. Tembakan pemburu binatang itu kebiasaannya tepat mengenai sasaran.

c)

C. Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mengenai dasar cukai negara.

d)

D. Mereka membuat aduan mengenai gangguan bekalan elektirk kepada pihak Tenaga Nasional Berhad.

31.

Yang manakah ayat yang mengalami pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai frasa keterangan ?

a)

A. Dari seberang laut agaknya barang itu.

b)

B. Masih ada pada saya buku Matematik itu.

c)

C. Pada waktu lapang abang suka melukis pemandangan.

d)

D. Masih bersedih keluarga nahas pesawat itu sejak semalam.

32.

Kerajaan membina rumah teres untuk rakyat.


Jenis penerang dalam binaan frasa nama objek dalam ayat di atas ialah

a)

A. penerang jenis

b)

B. penerang tempat

c)

C. penerang perkara

d)

D. penerang kegunaan

33.

Yang manakah ayat aktif transitif berpenerang ?

a)

A. gadis itu berasal dari Negeri Sembilan.

b)

B. Dia sanggup berkorban untuk adik-adiknya.

c)

C. Mereka berbincang tentang hal itu semalaman.

d)

D. Adik bongsu kesayangannya berbaju kebaya merah jambu.

34.

· Boleh menjadi predikat dalam ayat

· Terdiri daripada dua perkataan atau lebih

· Tidak mempunyai unsur inti yang dapat mewakili seluruh binaannya


Pernyataan di atas adalah tentang

a)

A. frasa nama

b)

B. frasa kerja

c)

C. frasa adjektif

d)

D. frasa sendi nama

35.

Kata bantu + kata kerja tak transitif + pelengkap + keterangan


Ayat yang manakah yang frasa kery=janya menepati binaan di atas ?

a)

A. Ibu masih bersedih sejak pemergian ayah.

b)

B. Ekonomi negara itu semakin merosost sejak kebelakangan ini.

c)

C. Kehilangan budak itu masih menjadi tanda tanya banyak orang.

d)

D. Keputusan peperiksaan adik sudah bertambah baik sejak penggal lepas.

36.

Yang manakah ayat yang terhasil daripada binaan dua klausa ?

I. Padi itu saya jemus supaya kering.

II. Kebiasaannya orang berilmu dihormati ramai.

III. Pada tahun hadapan, kami akan berpindah ke Kuala Lumpur.

IV. Petani itu menebang pokok rambutan dengan menggunakan gergaji.

a)

A. I dan III

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. II dan IV

37.

Ayat : klausa bebas + klausa tidak bebas


Yang manakah ayat yang menepati susunan binaan klausa di atas ?

a)

A. Dia berani tetapi abangnya penakut.

b)

B. Mereka rajin kerana mereka diberi upah.

c)

C. Oleh sebab mereka pintar, mereka telah diculik.

d)

D. Pokok durian sedang berputik manakala pokok rambutan sedang berbunga.

38.

Ayat yang manakah yang subjeknya terdiri daripada klausa tak bebas ?

a)

A. Yang miskin perlu sentiasa dibantu oleh masyarakat.

b)

B. Kami tahu bahawa di situ sering berlaku kemalangan.

c)

C. Banyak guru sekolah tidak tinggal di taman perumahan itu.

d)

D. Bapa mengharapkan agar keputusan peperiksaan adik lebih cemerlang.

39.

Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan;

Walau jauh beribu batu,

Hilang di mata di hati jangan.


Klausa tak bebas dalam pantun di atas terdapat pada baris

a)

A. kedua

b)

B. ketiga

c)

C. keempat

d)

D. pertama

40.

Klausa tak bebas + klausa bebas


Ayat yang manakah yang menepati susunan di atas ?

a)

A. Rakan lama saya mengacarakan majlis yang berprestij itu.

b)

B. Peserta itu melompat setinggi-tingginya untuk melepasi kayu galang itu.

c)

C. Dengan menggunakan teknologi terkini, kes plagiat dapat dikesan lebih awal.

d)

D. Pasangan suami isteri itu berpura-pura baik sewaktu berhadapan dengan ahli keluarga mereka.