wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT TINGKTAN 1 BAB 2 PENGURUSAN PROJEK (2.1.5- 2.1.7)

Total questions: 21

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

2.1.6 Penyediaan Anggaran Kos


Penyediaan anggaran kos ialah ....................

a)

satu proses wajib dilakukan oleh pengurus projek yang bertindak sebagai tempat rujukan kepada perunding bahan.

b)

satu proses utama yang dilakukan oleh pereka bentuk yang bertindak sebagai tempat rujukan kepada pelanggan.

c)

satu proses yang wajib dilakukan oleh perunding bahan yang bertindak sebagai tempat rujukan kepada pihak pelanggan.

2.

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos iaitu.....................dan..................... .


(2 jawapan)

a)

Kaedah unit/kuantiti

b)

Kaedah kuantiti/kualiti

c)

Konsep pengeluaran seunit

d)

Konsep SMART

3.

Pernyataan berikut adalah benar mengenai Kaedah unit/kuantiti.


(3 jawapan)

a)

Kaedah ini dikenali sebagai anggaran mengikut kuantiti barangan atau perkhidmatan

b)

Cara pengiraannya adalah

Kos Penyediaan Seunit + Jumlah Unit Yang Dikeluarkan

c)

Kaedah ini mudah difahami dan pantas tetapi ia tidak begitu tepat dan tidak mengambil kira keseluruhan kos barangan yang terlibat seperti kos pengangkutan.

d)

Anggaran kos disediakan berdasarkan bilangan unit pengguna.

4.

Maklumat di bawah berkaitan penyediaan anggaran kos bagi kasut.


Kos penyediaan RM100

Jumlah barang 200 kasut


Berapakah kos yang diperlukan mengikut kaedah unit?

a)

RM 200

b)

RM 2 000

c)

RM 20 000

d)

RM 200 000

5.

Aplikasi SMART iaitu

a)

Specify, Measurable, Aplicable, Realistic dan Time

b)

Specify, Measurable, Attainable, Reasonable dan Time-Bound

c)

Specify, Meaning, Aplicable, Realistic dan Time-Bound

d)

Specify, Measurable, Attainable, Realistic dan Time-Bound

6.

Berikut adalah penerangan yang benar mengenai konsep SMART kecuali

a)

Specify ~ penetapan tujuan atau objektif projek.

b)

Measurable ~ pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang tidak terlibat.

c)

Attainable ~ bermaksud projek itu boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja.

d)

Realistic ~ kesesuaian dengan kehendak pengguna dan dianalisis sama ada kehendak mereka mencapai tujuan projek.

e)

Time-bound ~ masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek itu.

7.

Kos upah dikira dengan...........

a)

Bilangan pekerja x masa x kadar upah sejam

b)

Bilangan pekerja x kadar upah sejam

c)

Bilangan pekerja x kadar upah sehari x bilangan unit yang dikeluarkan

d)

Bilangan pekerja x masa x kadar upah sejam x bilangan hari

8.

Kirakan kos upah untuk soalan ini.


5 orang pekerja telah bekerja selama 6 jam sehari selama 3 hari dengan kadar upah RM3.00 sejam.

a)

RM27.00

b)

RM17.00

c)

RM2700.00

d)

RM270.00

9.

Berikut merupakan beberapa jenis belanja yang diambil kira semasa mengira Kos Overhed kecuali...

a)

Bil telefon

b)

Bil air

c)

Upah

d)

Bil elektrik

10.

Kos modal dikira dengan.................

a)

Kos Jualan + Untung Yang dijangkakan + Kos Upah

b)

Kos Bahan x Kos Upah x Kos Overhed

c)

Kos Upah + Kos Tambang + Kos Jualan

d)

Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhed

11.

Kos modal dikira dengan.................

a)

Kos Jualan + Untung Yang dijangkakan + Kos Upah

b)

Kos Bahan x Kos Upah x Kos Overhed

c)

Kos Upah + Kos Tambang + Kos Jualan

d)

Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhed

12.

i. Kos Jualan dikira dengan..............


ii. Kirakan kos jualan untuk sepasang seluar jeans jika

kos modal yang digunakan untuk menghasilkan

sepasang seluar jeans adalah RM50 dengan keuntungan

keuntungan yang dijangkakan ialah 30%.


(2 jawapan)

a)

Kos modal x peratus keuntungan

b)

Kos modal + peratus keuntungan

c)

RM50 x 30%=RM15.00

d)

RM50+30%= RM50+RM15=RM65

13.

Maklumat di bawah berkaitan projek 100 frame hari guru.


Kos bahan RM250.00

Kos upah untuk 5 orang RM400.00

Kos overhed RM25.00


Berapakah kos pengeluaran untuk sebuah frame hari guru tersebut?

a)

RM 5.65

b)

RM 6.75

c)

RM 7.65

d)

RM 8.75

14.

Jika Kos Jualan sesuatu produk ialah RM10.00 dan Kos modalnya RM6.00, berapakah keuntungan yang diperolehi.

a)

RM16.00

b)

RM4.00

c)

RM60.00

d)

RM1.67

15.

2.1.7 Pembentukan Kumpulan Kerja Berdasarkan Tugas dan Peranan


Tandakan penyataan berikut adalah benar mengenai kumpulan kerja.


(3 jawapan)

a)

Setiap ahli pasukan haruslah membantu dan bekerjasama, berkongsi maklumat, mempunyai matlamat yang sama dan berkomunikasi di kalangan mereka.

b)

Kumpulan kerja ialah ahli pasukan dalam sesuatu unit organisasi.

c)

Kumpulan kerja haruslah berusaha menuju matlamat demi memperolehi ganjaran yang akan diberikan.

d)

Setiap ahli pasukan juga harus mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing demi membina kumpulan kerja yang cemerlang.

16.

Yang manakah antara berikut kelebihan pembentukan kumpulan kerja kepada individu?


(3 jawapan)

a)

Tanggungjawab akan dikongsi

b)

Hasil yang optimum

c)

Penghargaan dan iktiraf dikongsi bersama.

d)

Komunikasi terbuka

e)

Ahli pasukan berkeupayaan mempengaruhi ahli lain.

17.

Berikut adalah penyataan kelebihan pembentukan kumpulan kerja bagi individu.


(3 jawapan)

a)

Komunikasi secara terbuka

b)

Pengumpulan sumber dan memanfaatkannya secara maksimum.

c)

Tekanan dalam aspek pekerjaan dapat dikurangkan.

d)

Pengalaman dan pengetahuan ahli pasukan boleh dikongsi bersama.

e)

Kejelekatan(hubungan yang rapat dan mesra) sesama ahli.

18.

Sebagai seorang pengurus, 2 perkara yang perlu diberi perhatian semasa menubuhkan satu pasukan kerja yang effisien.


(2 jawapan)

a)

Tugasan yang diberikan kepada ahli pasukan haruslah mencabar.

b)

Tugasan yang diberikan haruslah mudah ditangani oleh ahli pasukan.

c)

Menentukan pembentukan individu dengan melalui proses pemilihan, latihan dan ganjaran.

19.

Di dalam pembentukan individu dalam sesuatu pasukan kerja, latihan yang diberikan haruslah....

a)

tersusun, terancang dan terkawal bagi meningkatkan kemahiran setiap individu di dalam pasukan kerja.

b)

terancang rapi bagi meningkatkan keberkesanan perjalanan operasi sesuatu organisasi.

c)

terancang bagi meningkatkan kemahiran, komunikasi, dan kemahiran yang diperlukan.

20.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi membentuk pasukan yang berkesan kecuali.....

a)

Kepelbagaian ahli dalam pasukan dan bilangan ahli pasukan tidak terlalu besar.

b)

Sistem ganjaran yang sistematik dan mempunyai pengukur prestasi yang sesuai.

c)

Pemilihan ahli dilakukan dengan teliti dan memberi latihan yang berterusan.

d)

Melaksanakan aktiviti pembentukan pasukan dan menggalakkan penyertaan ahli pasukan.

e)

Matlamat pasukan tidak perlu jelas untuk mengelakkan kekeliruan ahli pasukan.

21.

Penyataan berikut adalah berkaitan dengan sistem ganjaran disediakan dalam sesebuah pasukan kerja kecuali....

a)

Menggalakkan persaingan sihat.

b)

Ganjaran boleh diberi dalam bentuk kenaikan gaji atau pangkat.

c)

Ganjaran juga boleh diberikan mengikut kemahiran dan kemampuan sesebuah pasukan kerja

d)

Ganjaran juga boleh diberikan dalam bentuk pengiktirafan kepada pasukan kerja ataupun individu.