Font size
WorksheetsUlangkaji K1
Total questions: 40
Worksheet time: 42mins
Antara berikut manakah organisasi yang bermotifkan untung (OBU)?
Majlis Kanser Negara (MAKNA)
Rumah Kebajikan Sinar Harapan
Persatuan Pengguna Negeri Sembilan
Perniagaan Dobi Taman Indah
Apakah tujuan Borang A digunakan dalam perniagaan milikan tunggal?
Memperbaharui pendaftaran perniagaan
Memohon kelulusan nama perniagaan
Mendaftar penubuhan perniagaan
Mengubah maklumat perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah kelebihan perkongsian?
[PILIH 2 JAWAPAN]
Risiko perniagaan dapat disebarkan
Kebebasan membuat keputusan
Perniagaan kekal berterusan
Mudah ditubuhkan
Maklumat berikut berkaitan kelemahan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
o Tiada pengkhususan atau pembahagian kerja
o Menanggung liabiliti yang tidak terhad
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
Milikan tunggal
Syarikat Awam Bhd
Syarikat Sdn. Bhd
Koperasi
Antara borang berikut, manakah digunakan semasa prosedur pendaftaran milikan tunggal?
[PILIH 2 JAWAPAN]
Borang A
Borang B
Borang 13A
Borang PNA42
Apakah bayaran yang diterima oleh francaisor daripada francaisi?
Faedah
Komisen
Royalti
Dividen
Pernyataan manakah yang menunjukkan kelebihan perniagaan francais kepada francaisi?
Menjual barang yang dikeluarkan sendiri
Menggunakan jenama yang sudah terkenal
Menaikkan harga berdasarkan permintaan pasaran
Mengubah suai premis mengikut cita rasa pelanggan
Apakah sektor primer?
Memproses bahan mentah menjadi barang separa siap
Menukarkan bahan mentah menjadi barang siap
Mengeluarkan bahan mentah dari sumber alam
Memasang barang separa siap dan barang siap
Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor tertier?
Penternakan
Pembinaan
Perlombongan
Perhotelan
Maklumat berikut berkaitan seorang pengusaha yang memerlukan perkhidmatan sebuah agensi.
"Encik Azirul seorang pengusaha cenderamata daripada kayu getah yang terkenal di Malaysia. Beliau bercadang untuk meluaskan pasarannya ke Eropah. "
Apakah agensi yang boleh membantu Encik Azirul?
Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA)
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (MATRADE)
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai.
-> Syarikat yang menyertai promosi oleh kerajaan
->Dikecualikan cukai selama lima tahun
Apakah bentuk pelepasan cukai tersebut?
Elaun cukai pelaburan
Taraf Perintis
Pengecualian cukai
Potongan cukai
Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi?
Kenaikan harga yang berlaku secara berterusan
Jumlah permintaan barang yang tidak mencukupi
Permintaan pasaran melebihi penawaran barang
Fenomena kejatuhan harga yang berlaku secara berterusan
Maklumat yang berikut berkaitan suatu gaya pengurusan.
➢ Majikan bertindak tegas
➢ Pekerja patuh dengan arahan majikan
➢ Menimbulkan rasa tidak puas hati pekerja
Apakah gaya pengurusan tersebut?
Gaya pengurusan sederhana
Gaya pengurusan demokratik
Gaya pengurusan laissez-faire
Gaya pengurusan autokratik
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Farah.
" Farah memulakan perniagaan kek lapis secara kecil-kecilan di Rembau. Dia menanggung kos tetap seperti sewa premis dan gaji pekerja sebanyak RM12 000 sebulan. Kek lapis dijual dengan harga RM70 sebiji. Kos berubah sebiji yang ditanggung ialah RM30."
Berapakah biji kek lapis yang perlu dijual oleh Farah setiap bulan untuk mendapat pulang modal?
120 biji
170 biji
300 biji
400 biji
Bahagian fungsian manakah berperanan untuk menerima tempahan daripada pengguna?
Bahagian fungsian jualan
Bahagian fungsi pemasaran
Bahagian fungsian pengeluaran
Bahagian fungsian khidmat pelanggan
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian.
• Mengurus program berkaitan seminar dan mesyuarat
• Menyimpan dan menerima rekod
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Bahagian pengeluaran
Bahagian pentadbiran
Bahagian pembelian
Bahagian pengagihan
Situasi manakah sesuai menggunakan saluran pengagihan pengeluar → pengguna?
Syahmi menggunting rambut di Salun Azad
Azura mendapatkan barang keperluan di Pasar Raya Bestari
Fatihah membeli polisi insurans nyawa daripada Syarikat Takaful
Azza membeli peralatan komputer di Global H’Tech Sdn Bhd
Antara yang berikut, manakah aktiviti bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan?
[PILIH 2 JAWAPAN]
Menukarkan input kepada output
Menambah baik produk sedia ada
Membangunkan produk baharu
Meluaskan pasaran perniagaan
Antara berikut, manakah yang benar tentang peranan francaisi?
Memberi hak untuk menggunakan jenama dan imej
Membayar fi yang telah ditetapkan dalam perjanjian
Menyediakan khidmat bimbingan dan kursus
Menjalankan aktiviti promosi bersepadu
Rajah menunjukkan skala perniagaan. Pernyataan manakah benar tentang X?
Pasaran barang dan perkhidmatan di kawasan tertentu
Pasaran barang dan perkhidmatan keseluruhan negeri
Pasaran barang dan perkhidmatan seluruh negara
Pasaran barang dan perkhidmatan secara global
Encik Wan bekerja di kilang membuat sarung tangan. Setiap bulan majikan akan membuat potongan wajib ke atas gaji yang beliau akan terima.
Antara yang berikut, manakah potongaan wajib tersebut?
[PILIH 2 JAWAPAN]
Ansuran pinjaman perumahan
Caruman kepada KWSP
Caruman kepada PERKESO
Potongan insurans berkelompok
Maklumat berikut berkaitan kelebihan sejenis sumber pembiayaan.
->Cepat memperolehi bayaran hutang
-> Melalui jualan surat hutang atau invois
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
Overdraf
Ar-Rahnu
Pajakan
Pemfaktoran
Pernyataan manakah menerangkan Titik Pulang Modal (TPM)?
Jumlah hasil jualan melebihi jumlah kos
Jumlah hasil jualan dan jumlah kos malar
Jumlah kos menyamai jumlah hasil jualan
Jumlah kos melebihi jumlah hasil jualan
Antara yang berikut, manakah merupakan sumber fizikal?
[PILIH 2 JAWAPAN]
Perisian teknologi maklumat
Bangunan dan kemudahan
Kemahiran teknologi maklumat komunikasi
Kemahiran dan pengalaman
Apakah jenis akaun yang membolehkan pelanggan memohon overdraf?
Akaun semasa
Akaun simpanan
Akaun pelaburan
Akaun simpanan tetap
Antara yang berikut, yang manakah kelebihan memperolehi jentera melalui sumber pembiayaan pajakan?
[PILIJH 2 JAWAPAN]
Digunakan tanpa mengeluarkan modal yang tingg
Dapat menjana sumber pendapatan
Dimiliki selepas tamat tempoh pajakan
Dibaiki oleh penyewanya sekiranya rosak
Antara berikut, manakah item penerimaan yang terdapat dalam Penyata Aliran Tunai?
Pinjaman
Insurans
Belian
Jualan
Siapakah yang menggunakan maklumat dalam penyata kewangan sebagai rujukan untuk mengetahui kemampuan membayar hutang dan kredit?
Pembekal
Pelabur
Pembiaya
Pemilik
Maklumat berikut berkaitan dengan spesifikasi tugas.
· Memastikan keperluan stok sentiasa mencukupi
· Memastikan operasi penghasilan produk berjalan lancar
Apakah jawatan yang berkaitan dengan spesifikasi tugas tersebut?
Pengurus kewangan
Pengurus pengeluaran
Pengurus pentadbiran
Pengurus sumber manusia
Padanan akta pendaftaran manakah yang benar bagi bentuk pemilikan perniagaan.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Liyana ialah seorang usahawan batik yang mempunyai kilang membuat batik di Bandar Tampin. Antara yang berikut, manakah kelebihan Liyana kepada masyarakat?
[PILIH 2 JAWAPAN]
Meningkatkan taraf hidup penduduk Tampin
Mengeluarkan batik Tampin secara besar-besaran
Memangkin pertumbuhan ekonomi negeri sembilan
Mewujudkan peluang pekerjaan di sekitar Tampin
Encik Shah telah bekerja lebih masa setiap hari bagi memastikan perniagaannya beroperasi dengan berjaya di peringkat awal memulakan perniagaan masakan “western food”.
Apakah ciri keperibadian seorang usahawan yang ada pada Encik Shah?
Kreatif dan inovatif
Berani untuk gagal
Yakin dan optimstik
Komitmen yang tinggi
Barang manakah merupakan stok bergerak pantas?
Kereta
Perabot
Gula pasir
Barang kemas
Antara berikut, pemilikan perniagaan manakah yang tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?
Klinik Gigi Dr. Tehah
Air Asia Berhad
Wira Digital Sdn Bhd
Tenaga Nasional (TNB)
Antara berikut manakah tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh seorang usahawan setelah mendaftarkan perniagaan?
Menyimpan lesen perniagaan ditempat yang selamat
Memasukkan sijil pendaftaran perniagaan dalam album
Membuat salinan photostat lesen untuk kegunaan sendiri
Mempamerkan Borang D di premis perniagaan
Rajah di bawah menunjukkan elemen dalam campuran pemasaran.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan elemen yang bertanda X?
Keluaran mestilah diperkenalkan kepada pelanggan
Keluaran mestilah mampu bersaing di pasaran
Keluaran mestilah memenuhi cita rasa pengguna
Keluaran mestilah dapat dipasarkan dengan segera
Antara berikut yang manakah kepentingan rancangan perniagaan?
Menunjukkan keuntungan perniagaan yang bakal diperolehi
Mempastikan risiko kerugian perniagaan tidak akan berlaku
Meyakinkan pelanggan untuk membuat pelaburan
Menganggarkan keperluan sumber perniagaan
Maklumat di bawah berkaitan jenis penggajian yang diberikan kepada pekerja.
# Bayaran tambahan yang dibayar kepada pekerja
# Bergantung kepada jenis jawatan yang dipegang
Apakah jenis penggajian tersebut?
Komisen
Bonus
Elaun
Gaji
Antara yang berikut, agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam memberi bantuan pembiayaan?
[PILIH 2 JAWAPAN]
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Negara (MATRADE)
Maklumat berikut berkaitan sejenis kaedah promosi.
❖ Satu cara galakan atau tarikan untuk menarik pelanggan
❖ Melalui pemberian insentif seperti sampel percuma, cabutan bertuah.
Apakah jenis kaedah promosi tersebut?
Publisiti
Pengiklanan
Promosi jualan
Jualan langsung
