wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah unsur-unsur yang membentuk karbohidrat kecuali

a)

karbon

b)

hidrogen

c)

oksigen

d)

nitrogen

2.

Glukosa+fruktosa =

a)

galaktosa

b)

sukrosa

c)

laktosa

d)

maltosa

3.

Monosakarida boleh bercantum untuk membentuk molekul panjang yang dikenali sebagai polisakarida menerusi proses

a)

Hidrolisis

b)

Kondensasi

c)

pengoksidaan

4.

Dipeptida+ Air ---> asid amino+ asid amino


Berikut adalah proses

a)

kondensasi

b)

hidrolisis

c)

pengoksidaan

5.

Antara yang berikut, yang manakah bukan sebatian organik dalam badan manusia?

a)

Air

b)

Protein

c)

Lipid

d)

Karbohidrat

6.

Sebatian manakah ialah karbohidrat?

a)

Glikogen dan trigliserida

b)

selulosa dan glikogen

c)

Fosfolipid dan kanji

d)

Steroid dan selulosa

7.

Antara karbohidrat berikut, yang manakah bukan monosakarida?

a)

Glukosa

b)

Fruktosa

c)

Laktosa

d)

Galaktosa

8.

Satu dipeptida dapat diuraikan kepada dua unit asid amino melalui proses

a)

Kondensasi

b)

Pemanasan

c)

Penambahan asid

d)

Hidrolisis

9.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang monosakarida ?

a)

Monosakarida juga dikenali sebagai gula penurun.

b)

Monosakarida boleh bergabung membentuk polimer melalui tindak balas hidrolisis.

c)

Monosakarida mempunyai kuasa penurunan iaitu berupaya memindahkan hidrogen kepada sebatian lain.

d)

Monomer karbohidrat iaitu unit karbohidrat yang paling ringkas.

10.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang polisakarida?

a)

Polisakarida tidak larut dalam air.

b)

Polisakarida mempunyai rasa manis.

c)

Polisakarida tidak menghablur.

d)

Polisakarida terdiri daripada rantaian panjang beratus-ratus monosakarida.

11.

Polisakarida boleh terurai melalui hidrolisis dengan bantuan faktor-faktor berikut kecuali

a)

Tindakan enzim

b)

Asid cair

c)

Pendidihan

d)

Kondensasi

12.

Air merupakan molekul berkutub dan pelarut universal bagi kebanyakkan molekul biologi. Berikut adalah kepentingan air kepada organisma hidup kecuali

a)

mengekalkan keseimbangan osmosis

b)

membantu mengekalkan keseimbangan suhu badan

c)

sebatian yang terdiri daripada unsur hidrogen dan karbon

d)

memberi kelembapan untuk alveolus

13.

Sebatian organik adalah sebatian yang mengandungi unsur

a)

hidrogen

b)

nitrogen

c)

karbon

d)

sulfur

14.

Rajah menunjukkan kepolaran bagi suatu molekul air.

Apakah kesan taburan cas-cas yang tidak sama?

a)

Molekul air dapat bertindak sebagai pelarut universal

b)

Air mempunyai ketumpatan yang sama dalam bentuk pepejal atau cecair

c)

Air tidak dapat melarutkan molekul berkutub yang lain, contohnya gula

d)

Air membentuk suatu medium untuk mengangkut darah

15.

Apakah sifat molekul air yang menjadikan air sebagai pelarut semesta?

a)

Daya lekitan

b)

Tindakan kapilari

c)

Molekul berkutub

d)

Muatan haba tentu

16.

Apakah maksud daya lekitan?

a)

Air menyerap banyak tenaga haba dengan kenaikan suhu yang kecil.

b)

Oksigen dan hidrogen tertarik satu sama lain.

c)

Molekul air melekat antara satu sama lain.

d)

Molekul air melekat pada dinding salur xilem.

17.

Kriteria yang manakah sangat penting dalam mengekalkan suhu badan sesuatu organisma.

a)

Kekutuban air

b)

Daya lekitan

c)

Kadar muatan haba

18.

Tiga jenis karbohidrat adalah...

a)

Monosakarida, Disakarida, Polisakarida

b)

Dipeptida, Polipeptida, Asid amino