wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 dan 2

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Dalam struktur pemerintahan negeri-negeri Melayu, pentadbiran peringkat daerah atau jajahan diurus tadbir oleh

a)

penghulu

b)

pembesar

c)

biro daerah

d)

ketua kampung

2.

Pilih hasil galian yang banyak terdapat di negeri-negeri Melayu.

a)

Bijih timah, emas dan perak

b)

Mutiara, rumpai laut dan bijih timah

c)

Buah-buahan, rempah-ratus dan emas

d)

Kapur barus, damar dan getah jelutung

3.

Pelabuhan di negeri-negeri Melayu diuruskan oleh

a)

Bendahara

b)

Syahbandar

c)

Laksamana

d)

Temenggung

4.

Pilih pernyataan yang merujuk kepada sistem pendidikan formal dalam masyarakat Melayu.

a)

Bermatlamat agar melahirkan individu yang berdikari apabila mencapai usia dewasa

b)

Pendidikan turut disampaikan melalui cerita berbentuk teladan dan memberi pengajaran

c)

Diajari kemahiran bersawah, bertukang, berburu, memancing dan menyumpit

d)

Dilaksanakan di masjid, surau, madrasah dan istana

5.

Apakah faktor kedatangan kuasa Barat ke Alam Melayu pada abad ke-16?

a)

Mahu menyebarkan agama Kristian

b)

Desakan Revolusi Perindustrian

c)

Perkembangan industri motokar

d)

Pembukaan Terusan Suez

6.

Pada abad keberapakah Revolusi Perindustrian berlaku di Britain?


a)

Abad ke-16

b)

Abad ke-17

c)

Abad ke-18

d)

Abad ke-19

7.

Permintaan bahan mentah seperti getah telah meningkat di Eropah. Mengapakah berlaku keadaan demikian?

a)

Getah merupakan bahan terpenting dalam bidang perubatan

b)

Perkembangan industri motokar dan perusahaan penebat barang elektrik

c)

Tanah di Eropah tidak sesuai untuk dijadikan ladang tanaman getah

d)

Komoditi utama seperti kelapa sawit dan padi mengalami kejatuhan harga

8.

Kuasa Barat manakah yang berhasrat untuk mendapatkan Pulau Langkawi?

a)

Rusia

b)

Jerman

c)

Portugis

d)

Sepanyol

9.

Pada tahun 1763, berlaku peperangan antara Belanda dengan angkatan Selangor dan Rembau. Apakah punca yang menyebabkan tercetusnya peperangan tersebut?

a)

Selangor mempertahankan haknya di wilayah naungannya

b)

Belanda mengamalkan dasar monopoli dalam industri bijih timah

c)

Belanda bimbang penguasaan Selangor terhadap Selat Melaka

d)

Wujud perselisihan faham berkaitan dengan isu perdagangan

10.

Apakah strategi British untuk mendapatkan Pulau Pinang?

a)

Pakatan

b)

Perjanjian

c)

Manipulasi

d)

Tipu helah

11.

Apakah pelabuhan pertama yang dibuka oleh orang Melayu Sumatera di Pulau Pinang?

a)

Pelabuhan Perai

b)

Pelabuhan Penang

c)

Pelabuhan Batu Uban

d)

Pelabuhan Georgetown

12.

Melaka (1641−1824) merupakan tanah jajahan ________ yang dijadikan pusat pengumpulan bijih timah dari negeri-negeri Melayu.

a)

Portugis

b)

Belanda

c)

Perancis

d)

Amerika Syarikat

13.

Pilih tujuan British menguasai Pulau Pinang.

I Sebagai pelabuhan persinggahan

II Pusat pemprosesan hasil bumi

III Pusat pentadbiran di Alam Melayu

IV Sebagai pangkalan tentera

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Sultan Abdullah (1778−1798) menawarkan Pulau Pinang sebagai syarat mendapatkan bantuan ketenteraan daripada SHTI. Apakah situasi yang menyebabkan baginda bertindak sedemikian?

a)

Mendapat ancaman daripada kerajaan Majapahit

b)

Tercetus peperangan antara kerajaan Kedah dengan kerajaan Acheh

c)

Kerajaan Siam menuntut supaya Kedah menghantar bunga emas

d)

Melindungi negeri daripada serangan kuasa Eropah yang lain

15.

Bagaimanakah British memperoleh Seberang Perai?

a)

Ugutan

b)

Perjanjian

c)

Tipu helah

d)

Manipulasi politik

16.

Perjanjian London, 1824 bertujuan menjaga kepentingan British dan Belanda. Apakah kesannya terhadap Alam Melayu?

a)

Menjadi tanah jajahan British

b)

Sistem pentadbiran di Alam Melayu semakin tersusun dan sistematik

c)

Terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh Barat

d)

Selat Melaka dikuasai oleh Belanda sepenuhnya

17.

Apakah tujuan penggabungan Negeri-Negeri Selat?

a)

Menjimatkan perbelanjaan

b)

Memperkukuh pertahanan

c)

Menguasai Selat Melaka

d)

Melindungi pedagang

18.

Apakah faktor yang menyebabkan pemindahan pentadbiran Negeri-Negeri Selat ke Pejabat Tanah Jajahan London?

a)

Negeri-Negeri Selat mahu dijadikan pusat buangan banduan

b)

Pejabat India menguasai kekayaan Negeri-Negeri Selat sepenuhnya

c)

Sistem pentadbiran kerajaan Negeri- Negeri Selat di India tidak sistematik

d)

Pejabat India tidak mengendahkan keadaan di Negeri-Negeri Selat

19.

Apakah status wilayah dalam Negeri-Negeri Selat pada 1 April 1867?

a)

Tanah jajahan British

b)

Negeri naungan British

c)

Negeri-negeri Bersekutu

d)

Negeri-negeri Tidak Bersekutu

20.

Nama pelabuhan yang paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi pedagang Arab ialah

a)

Batu Uban

b)

Butterworth

c)

Pangkalan Weld

d)

Dermaga Swettenham