Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Modul 3 MPV L&N: Penanaman & Penyelenggaraan Tanaman

Total questions: 30

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Bekas tanaman yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah dari jenis___________________________

a)

bekas plastik

b)

bekas seramik

c)

bekas tanah liat

d)

bekas daripada konkrit

2.

Gambar menunjukkan bekas tanaman yang dibuat daripada kayu. Apakah kelemahan bekas tanaman jenis ini?

a)

Warna mudah pudar

b)

Mahal dan sukar dialih

c)

Mudah pecah dan mudah kotor

d)

Mudah reput dan mudah diserang anai-anai

3.

Antara berikut yang manakah BUKAN faktor pemilihan bekas tanaman?

a)

Harga berpatutan dan mudah didapati

b)

Mudah dibersihkan

c)

Ringan dan mudah dialihkan

d)

Cantik dan tidak mempunyai lubang saliran

4.

Antara berikut yang manakah BUKAN medium tanpa tanah?

a)
b)
c)
d)
5.

Antara berikut, pilih NISBAH medium campuran tanah yang TEPAT dalam menghasilkan medium penanaman di dalam bekas tanaman.

a)

7 : 3 : 2

b)

3 : 2 : 1

c)

2 : 1 : 1

d)

4 : 3 : 2

e)

7 : 3 : 1

6.

Berikut adalah CIRI campuran medium tanaman yang BAIK KECUALI.....

a)

Dapat membekalkan nutrien yang mencukupi

b)

Mempunyai pengudaraan yang baik

c)

Dapat memegang akar pokok dengan baik

d)

Dapat menakung air secara maksimum

7.

Pilih waktu yang sesuai untuk aktiviti MENYIRAM tanaman.

a)

Awal Pagi

b)

Tengahari

c)

Awal Petang

d)

Lewat Petang

e)

Tengah Malam

8.

Aktiviti membekalkan bahan nutrien ke dalam tanah dipanggil sebagai aktiviti _____________________

a)

menggembur tanah

b)

merumpai

c)

membaja

d)

memasu semula

9.

Elemen makro adalah elemen yang diperlukan dalam kuantiti yang besar oleh tumbuhan untuk membesar. Antara unsur berikut, pilih unsur elemen MAKRO nutrien.

a)

N : Nitrogen

b)

P: Phosphorus @ Fosforus

c)

K : Kalium @ Potassium

d)

Cu : Kuprum

e)

Mn : Mangan

10.

Antara unsur-unsur makro nutrien berikut, yang manakah yang memainkan peranan penting dalam merangsang PERTUMBUHAN AKAR?

a)

N : Nitrogen

b)

P: Fosforus

c)

K : Kalium / Potassium

d)

Mg : Magnesium

11.

Baja yang dihasilkan daripada sisa tumbuhan, najis haiwan, bahan mineral atau kompos dinamakan ___________________

a)

Baja Kimia

b)

Baja Campuran

c)

Baja Organik

d)

Baja Sintetik

12.

Berikut adalah kelebihan baja organik KECUALI _________________

a)

Perlepasan nutrien secara perlahan dan konsisten

b)

mampu memperbaiki struktur tanah

c)

meningkatkan kandungan bahan organik dan nutrien semulajadi dalam tanah

d)

lebih mudah larut berbanding baja kimia

13.

Berikut adalah bentuk baja KECUALI

a)

Cecair

b)

Debu

c)

Butiran @ Granul

d)

Hablur

e)

Bongkah

14.

Baja Tunggal merupakan baja ________________________________

a)

yang mempunyai satu jenis unsur sahaja

b)

yang terdiri daripada beberapa jenis baja tunggal yang dicampur secara fizikal.

c)

yang telah diproses secara kimia dan terdiri daripada beberapa unsur yang diperlukan oleh tanaman.

d)

yang dihasilkan oleh syarikat milikan tunggal untuk pekebun-pekebun yang merupakan anak tunggal.

15.

Proses ini penting bagi menghindarkan pokok daripada bersaing dengan tumbuh-tumbuhan lain untuk mendapatkan keperluan tanaman (air, udara, nutrien dan ruang). Proses ini merujuk kepada aktiviti __________

a)

membaja

b)

menyiram

c)

merumpai

d)

memangkas

16.

Apakah teknik pemangkasan yang digunakan untuk menghasilkan bentuk pokok seperti gambar di atas?

a)

Pemangkasan Rutin

b)

Pemangkasan Pemulihan

c)

Pemangkasan Mengukir

d)

Pemangkasan Membentuk

17.

Membuang bahagian tumbuhan (batang,dahan atau ranting) yang tidak dikehendaki merujuk kepada aktiviti _________________________________

a)

Merumpai

b)

Memangkas

c)

Memasu semula

d)

Memancang

18.

Gambar di atas menunjukkan baja dalam bentuk

a)

Hablur

b)

Debu

c)

Butiran atau Granul

d)

Cecair

19.

Berdasarkan gambar di atas apakah teknik pemangkasan yang telah digunapakai untuk pokok ini?

a)

Pemangkasan Rutin

b)

Pemangkasan Membentuk

c)

Pemangkasan Pemulihan

d)

Pemangkasan Rapat

20.

Gambar di atas menunjukkan perbandingan kesan kelemahan salah satu aktiviti dalam menyenggara tanaman. Kesan yang di lihat adalah disebabkan kegagalan dalam aktiviti ________________.

a)

Membaja

b)

Merumpai

c)

Mengawal cahaya

d)

Menyiram

21.

Antara yang berikut yang manakah merupakan KELEMAHAN baja kimia @ sintetik?

a)

Bau yang kurang menyenangkan

b)

Terdapat risiko serangan patogen dan biji benih rumpai

c)

Tidak mesra alam dan sebabkan toksik pada tanah

d)

Komposisi nutrien dalam baja tidak sama

22.

Pilih ciri-ciri tanaman yang memerlukan aktiviti memasu semula dilakukan.

a)

Akar tanaman terkeluar dari bawah pasu

b)

Rumpai yang telah memenuhi permukaan medium dalam pasu

c)

Pasu tanaman retak atau telah pecah

d)

Air bertakung di permukaan medium tanaman

e)

Daun tanaman kelihatan agak layu

23.

Gambar di atas menunjukkan salah satu perosak tanaman. Pilih kaedah atau bahan yang sesuai mengawal perosak tersebut?

a)
b)
c)
d)
e)
24.

Antara yang berikut yang manakah BUKAN faktor BIOTIK penyakit tanaman?

a)

Virus

b)

Kulat

c)

Bakteria

d)

Suhu

25.

Kod Warna mewakili Kelas Racun Perosak dan Tahap Ketoksidan Racun Kimia. Apakah Kelas yang diwakili oleh tanda dan warna di atas?

a)

Kelas Ia

b)

Kelas Ib

c)

Kelas II

d)

Kelas III

e)

Kelas IV

26.

Pilih komponen-komponen ABIOTIK penyakit tanaman yang TEPAT

a)

Virus

b)

Suhu

c)

Bakteria

d)

Kelembapan

e)

Keracunan unsur nutrien

27.

Apakah alatan yang sesuai digunakan untuk kerja MEMANGKAS ?

a)
b)
c)
d)
e)
28.

Pilih alatan yang digunakan dalam aktiviti penyiraman.

a)

Sekop

b)

Tong Penyiram

c)

Hos Paip

d)

Sarung Tangan

e)

Apron

29.

Pilih Jenis Racun Perosak yang TEPAT

a)

Racun Organik dan Racun Kimia

b)

Racun Organik dan Racun Buatan

c)

Racun Sintetik dan Racun Komersial

d)

Racun Kimia dan Racun Biologi

30.

Apakah KELEBIHAN Baja Kimia?

a)

Cepat larut dan diserap oleh akar tanaman

b)

Tiada pencemaran alam

c)

Mengurangkan pembentukan kerak tanah

d)

Tingkatkan kecekapan tanah memegang air dan nutrien