wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PELAJARAN 5 MEMAHAMI SUNNATULLAH TINGKATAN 4 KSSM PEND ISLAM

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubahnya. Penyataan ini merujuk maksud...

a)

sunnah

b)

sunnatullah

c)

qadha'

d)

qadar

2.

Sebab Allah s.w.t menurunkan ayat 139 Surah Aali 'Imran ialah kerana

a)

tentera Islam mengalami kekalahan dalam Perang Uhud.

b)

memujuk tentera Islam agar tidak berdukacita.

c)

murka terhadap tentera Islam yang kalah dalam peperangan.

d)

balasan kepada tentera Islam yang kalah kepada kafir quraisy.

3.

Allah s.w.t menyebut "orang yang tinggi darjatnya ialah orang yang.........

a)

berani.

b)

beriman

c)

bertangguh

d)

bersungguh-sungguh.

4.

Peraturan dan ketetapan Allah s.w.t berlaku ........................ penciptaan manusia dan seluruh makhluk.

a)

sebelum

b)

selepas

c)

semasa

d)

di akhir

5.

Allah memerintahkan umat manusia mengembara di muka bumi untuk ...................

a)

memakmurkan bumi.

b)

melihat keindahan alam.

c)

memerhatikan kesudahan golongan pendusta.

d)

memerhatikan keadaan orang yang beriman.

6.

Penerangan untuk seluruh umat manusia tentang semua perkara kehidupan terkandung dalam ................

a)

al-Quran

b)

al-Hadis

c)

buku teks

d)

buku Tauhid

7.

Apakah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w apabila tentera Islam mengalami kekalahan dalam Perang Uhud?

a)

bersedih.

b)

bergembira.

c)

berdoa.

d)

menangis

8.

Perang yang berlaku pada tahun ketiga hijrah antara tentera Islam dengan kafir quraisy dinamakan

a)

perang bukit

b)

perang uhud

c)

perang khandak

d)

perang badar

9.

Ketetapan yang ditetapkan oleh Allah tidak boleh ..................... oleh sesiapa jua pun di kalangan makhluk.

a)

dirasai

b)

dihayati

c)

diubah

d)

dihalang

10.

Sebab dinamakan Perang Uhud

a)

perang antara kafir quraisy dengan orang Islam.

b)

tempat berlaku perang iaitu Bukit Uhud.

c)

memperjuangkan kekuatan umat Islam.

d)

memperjuangkan kesucian Islam.

11.

Sunnatullah bersifat tetap dan kekal dengan ......................... Allah s.w.t.

a)

kehendak

b)

izin

c)

keinginan

d)

ketentuan

12.

Sunnatullah merangkumi ...................... makhluk.

a)

segelintir

b)

sebahagian

c)

seluruh

d)

kehidupan

13.

Sunnatullah berasaskan kepada ..................... sebab, musabab dan akibat.

a)

syarat

b)

asas

c)

konsep

d)

ciri-ciri

14.

Umat Islam digalakkan mengkaji dan meneliti sejarah umat terdahulu supaya

a)

dapat mencontohi mereka.

b)

mengenal pasti sebab kejayaan mereka.

c)

mengelakkan peristiwa sama berlaku.

d)

menjadi contoh kepada mereka.

15.

Tujuan kita disuruh mempelajari kisah umat terdahulu seperti umat Nabi Soleh a.s ialah agar

a)

mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

b)

mengetahui sebab kemusnahan mereka.

c)

mengetahui sebab kejayaan mereka.

d)

mengetahui kisah perjalanan hidup mereka.

16.

Umat Islam perlu mengkaji dan mengambil iktibar daripada kisah umat terdahulu supaya

a)

menjadi umat cemerlang.

b)

berpegang teguh kepada aqidah yang benar.

c)

menjadi umat yang berakhlak mulia.

d)

menjadi umat yang disanjungi.

17.

Kesan baik memahami sunnatullah ialah

a)

melakukan semua perkara tanpa mengikut syariat.

b)

membentuk jati diri dan semangat jihad yang tinggi.

c)

mengkaji alam agar dapat membangunkan dan memajukan umat Islam.

d)

merancang strategi yang teliti untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

18.

Pili pengajaran ayat yang berkaitan dengan isi pelajaran.

a)

Kita mesti yakin Allah mengatur kehidupan manusia sesuai dengan peraturanNya.

b)

Kita mesti mengembara di muka bumi supaya darjat kita tinggi.

c)

Kita mesti mengkaji sejarah umat terdahulu supaya menjadi panduan hidup.

d)

Kita mesti yakin bahawa al-Quran adalah petunjuk ke arah kebenaran.

19.

Fenomena kerosakan alam seperti gempa bumi adalah untuk

a)

memusnahkan kehidupan manusia.

b)

mendidik manusia supaya kembali taat kepada Allah.

c)

menjadikan manusia menyedari kesilapan yang dilakukan.

d)

mengingatkan manusia tentang kekuasaan Allah.

20.

Ketika menerima ujian dalam kehidupan seorang yang beriman hendaklah

a)

mudah berputus asa.

b)

menerimanya dengan redha.

c)

membiarkan sahaja tanpa bertindak.

d)

menyelesaikannya mengikut hawa nafsu.