wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM EKONOMI

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi sebuah negara.

· Wujud persaingan antara firma

· Kerajaan mengawal melalui sistem cukai dan subsidi

a)

Pasaran Bebas

b)

Campuran

c)

Perancangan pusat

2.

Antara berikut, yang manakah benar tentang sistem ekonomi campuran?

a)

Sumber ekonomi dimiliki oleh sektor swasta

b)

Kebajikan masyarakat diutamakan

c)

Persaingan sihat antara pengeluar

3.

Persamaan antara sistem ekonomi campuran dengan sistem sosialis ialah

a)

kaedah pengeluaran untuk kebajikan masyarakat

b)

penentu kehendak melalui mekanisme harga

c)

kuasa beli mempengaruhi corak agihan barang

4.

Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem pasaran bebas kerana

a)

pilihan pengguna bebas

b)

mengutamakan keuntungan

c)

campur tangan kerajaan mengurangkan pembaziran sumber ekonomi

5.

*Mengimbangi motif keuntungan dan kebajikan

*Menggalakkan persaingan sihat

Apakah sistem ekonomi tersebut?

a)

Pasaran bebas

b)

Campuran

c)

Perancangan pusat

6.

Kerajaan menyelesaikan semua masalah asas ekonomi. Antara sistem ekonomi berikut, yang manakah melaksanakan kaedah tersebut?

a)

Perancangan pusat

b)

Kapitalis

c)

Campuran

7.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri sistem ekonomi Islam?

a)

Kerajaan menentukan pengeluaran barang untuk mengelakkan penyelewengan

b)

Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat

c)

Menyediakan barang awam demi meningkatkan kebajikan masyarakat

8.

Negara P - Pengeluar menjalankan sistem catuan dalam pengagihan barang.

Negara Q - Pengeluar mengeluarkan barang untuk memaksimumkan keuntungan dan kebajikan masyarakat.

Tentukan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara tersebut.

a)

P - Pasaran Bebas Q - Perancangan Pusat

b)

P - Perancangan Pusat Q - Campuran

c)

P - Pasaran Bebas Q - Campuran

9.

Pernyataan yang manakah menggambarkan sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Pilihan individu terhad

b)

Wujud sektor kerajaan dan sektor swasta

c)

Harga faktor ditentukan oleh mekanisme harga

10.

Encik Ali hanya dibenarkan menjual barang-barang yang halal sahaja di kedainya.

Sistem ekonomi yang diamalkan di negara Encik Ali ialah

a)

campuran

b)

Islam

c)

pasaran bebas