wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Marathon Integriti 2021

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah maksud integriti individu menurut Pelan Integriti Nasional (PIN), kecuali

a)

Keselarasan antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya

b)

Keselarasan antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang.

c)

Keselarasan antara niat dan tingkahlaku

d)

Keselarasan antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.

2.

Menurut Sistem Integriti Nasional, kakitangan Kerajaan hendaklah mentadbir organisasi mereka dengan mengamalkan tiga (3) prinsip perkhidmatan awam seperti berikut, kecuali

a)

Akauntabiliti kakitangan Kerajaan terhadap menteri mereka.

b)

Akauntabiliti ketua jabatan Kerajaan terhadap kakitangan bawahan masing-masing

c)

Kewajipan kakitangan Kerajaan melaksanakan fungsi awam sewajarnya, dan semasa melaksanakan fungsi tersebut, memelihara pentadbiran keadilan dan mematuhi undang-undang.

d)

Kewajipan kakitangan Kerajaan untuk mematuhi standard etika yang mengawal profesion tertentu.

3.

Apakah yang bakal berlaku di dalam komuniti kita sekiranya rasuah telah menjadi budaya?


i. Komuniti tertindas dan bermasalah

ii. Ketirisan dalam pembangunan atau bantuan

daripada Kerajaan kepada pihak yang memerlukan

iii. Golongan miskin bertambah miskin, kaya

bertambah kaya

iv. Komuniti hidup dalam keadaan yang aman dan damai

a)

i & ii

b)

i, ii & iii

c)

iii & iv

d)

Semua diatas

4.

Apakah yang akan terjadi kepada ahli politik jika integriti menjadi budaya di negara ini dalam masa 10 tahun akan datang?

a)

Politik wang menjadi berleluasa

b)

Tiada ketirisan dan penyelewengan yang diamalkan oleh pemimpin yang dipilih

c)

Menjadikan politik sebagai batu loncatan untuk kaya

d)

Pemimpin politik menjadikan rasuah sebagai senjata utama mereka dalam mengekalkan kuasa mereka

5.

Senario berikut akan terjadi sekiranya penguatkuasa undang-undang menjadikan integriti sebagai budaya, kecuali

a)

Penguatkuasa menguatkuasa undang-undang tanpa rasa takut dan tidak pilih kasih.

b)

Masyakarat takut untuk melanggar undang-undang.

c)

Wujudnya ketidakadilan dalam penguatkuasaan undang-undang.

d)

Masyarakat rasa selesa dan berpuas hati dengan Kerajaan.

6.

Antara contoh-contoh kes pelanggaran integriti berikut, yang manakah melibatkan pelanggaran kes-kes tatatertib:


i. Mengemukakan tuntutan perjalanan palsu

ii. Meniru tandatangan ketua jabatan

iii. Lawatan ke luar negara tanpa kebenaran

iv. Tidak mematuhi peraturan kewangan

a)

i & ii

b)

ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

Semua diatas

7.

Berikut adalah kesan rasuah ke atas ekonomi, kecuali:

a)

Merencatkan pertumbuhan ekonomi.

b)

Mengendurkan daya keusahawanan sejati.

c)

Mengekang pelaburan.

d)

Merapatkan jurang sosial masyarakat

8.

Yang mana satu antara berikut merupakan kesan rasuah ke atas politik?

a)

Pemimpin politik melaksanakan amanah dan tanggungjawab tanpa melibatkan politik wang.

b)

Kepercayaan masyarakat terhadap pemimpin politik merosot.

c)

Kepedulian masyarakat terhadap undang-undang meningkat.

d)

Pelanggaran undang-undang oleh pemimpin politik semakin berkurangan.

9.

Berikut adalah merupakan peranan penjawat awam dalam membudayakan integriti seperti yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, kecuali;

a)

Jangan suka berhutang di luar kemampuan.

b)

Jangan cemarkan imej perkhidmatan awam.

c)

Elakkan membuat kepututusan terhadap orang yang ada kepentingan peribadi.

d)

Mengurus dan berbelanja secara berhemah.

10.

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan yang melibatkan Akta SPRM 2009, kecuali

a)

Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah.

b)

Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan.

c)

Mengemukakan tuntutan palsu.

d)

Tidak menggunakan jawatan / kedudukan sebagai pegawai badan awam untuk suapan.