NEW
Font size
WorksheetsPEERS : Kesihatan Diri Dan Reproduktif Ting 5
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Kesihatan reproduktif bermaksud
pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual sebagai asas kukuh kepada perkembangan insan.
keupayaan untuk menjalinkan kehidupan seksual yang selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.
keadaan individu yang sihat fizikal, mental dan sosial serta bebas daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.
kepentingan hak kesihatan reproduktif dan seksual dengan sebaik - baiknya sebelum menempuh alam dewasa.
Yang manakah merupakan hak untuk pendidikan reproduktif dan seksual?
wanita dan lelaki diberi peluang yang sama untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
kita berhak untuk hidup aman damai dan bergerak bebas.
seseorang pesalah perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan mengikut lunas undang - undang.
satu proses pembelajaran sepanjang hayat yang merangkumi aspek biologikal, sosiobudaya dan psikologikal.
Berikut adalah contoh hak kesihatan reproduktif dan seksual KECUALI
hak daripada perspektif keluarga
hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan
hak untuk kesamaan gender dan tidak mendiskriminasi
hak untuk bebas daripada penyeksaan, kekejaman atau menghukum
Konsep persamaan hak perlu diamalkan dalam kehidupan manusia yang terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa dan keturunan. Pernyataan ini adalah tergolong dalam
hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan
hak untuk kesamaan gender dan tidak mendiskriminasi
hak untuk kebebasan daripada penyeksaan, kekejaman atau menghukum
hak untuk perspektif masyarakat
Istilah remaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organization ) mentaksirkan
seseorang individu melalui masa peralihan dari alam kanak - kanak ke alam dewasa
seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 10 hingga 19 tahun.
seseorang remaja yang berubah bentuk fizikalnya.
seseorang individu yang akan datang akil baligh.
Berikut menrupakan hak kesihatan reproduktif dan seksual yang remaja perlu tahu iaitu
i hak daripada perspektif individu
ii hak daripada perspektif keluarga
iii hak daripada perspektif masyarakat
iv hak daripada perspektif agama
i, ii, iii dan iv
i, ii dan iv
ii, iii, dan iv
i, ii dan iii
Nilai - nilai murni dari agama perlu diterapkan sejak awal secara berterusan. Pernyataan ini tergolong dalam
hak daripada perspektif agama
hak daripada perspektif individu
hak daripada perspektif keluarga
hak daripada perspektif masyarakat
Dalam menangani isu penafian hak kesihatan reproduktif dan seksual dari sudut psikososial, mereka disarankan menggunakan pendekatan 4M. Apakah yang dikatakan 4M?
Membaca, Mendengar, Melindungi, Menjaga
Mendengar, Melindungi, Mendidik, Memerhati
Menjaga, Mendidik, Memerhati, Melindungi
Mendengar, Menghayati, Memerhati, Menjaga
Remaja diajar untuk mengenali sentuhan selamat dan tidak selamat serta berkata TIDAK terhadap perkara yang melanggar hak mereka. Pernyataan ini tergolong dalam 4M yang mana?
Mendengar
Menjaga
Melindungi
Mendidik
Berikut merupakan kaedah untuk penyebaran maklumat berhubung hak kesihatan reproduktif dan seksual KECUALI
Pendidikan formal
Pendidikan tidak formal
Teknologi maklumat
Media massa
