WorksheetsSET 33
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Matlamat Malaysia menyertai Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara adalah untuk
Menjaga kepentingan negara-negara membangun
Mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal negara lain
Menyertai pakatan ketenteraan untuk menangani ancaman militan
Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan serta kebudayaan serantau
Yang manakah benar tentang Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara?
(Pilih 2 jawapan paling tepat)
Menubuhkan INNOTECT
Mewujudkan pusat kajian Bahasa Inggeris
Memeterai perjanjian penyelidikan berkaitan bahasa
Mengadakan hubungan persahabatan melalui perkongsian maklumat pendidikan
Apakah faedah yang diperoleh Malaysia dengan menganggotai Komuniti Ekonomi ASEAN?
Pemindahan teknologi industri automobil
Penurunan kadar kemiskinan dan buta huruf
Peningkatan kemasukan pelaburan dari negara maju
Perluasan peluang baharu bagi kerjasama perdagangan
Masalah berkaitan ekonomi rantau Asia Tenggara dalam kalangan negara anggota ASEAN dibincangkan dalam
Mesyuarat ASEAN + 3
Forum Serantau ASEAN
Sidang Kemuncak ASEAN
Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN
Yang manakah tindakan Malaysia dalam menangani isu berkaitan etnik Rohingya?
(Pilih 2 jawapan paling tepat)
Mengiktiraf status pelarian Rohingya
Menerima semua pelarian yang datang ke Malaysia
Mengendalikan sebuah hospital lapangan di Cox's Bazar
Mengutuk kezaliman yang berlaku di peringkat antarabangsa
Malaysia telah mengambil langkah berikut dalam menghadapi kesukaran memasuki pasaran negara maju
Meningkatkan industri hiliran
Meliberalisasikan ekonomi negara
Mengadakan pembelian timbal balik
Bekerjasama dengan pengusaha industri lain
Yang manakah menggambarkan penglibatan Malaysia dalam menyertai misi keamanan PBB dengan menghantar tentera di bawah panji PBB?
Melobi jawatan di agensi PBB
Memenuhi tuntutan keanggotaan dalam PBB
Menyokong usaha menegakkan keamanan dunia
Meningkatkan pengalaman dan keupayaan tentera Malaysia
Yang manakah peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali?
(Pilih 2 jawapan paling tepat)
Merangsang perpaduan dan penyatuan sesama negara anggota
Memberi penekanan kepada isu pembangunan sosial terutama kemiskinan
Memajukan penggunaan sains dan teknologi dalam kalangan negara anggota
Mengadakan program latihan dan bantuan mengurus syarikat-syarikat insurans
-Menghapuskan jurang perbezaan negara membangun dengan negara maju-
Bagi mencapai matlamat di atas, negara-negara Selatan telah mengusulkan pembentukan
Order Baru Ekonomi Dunia
Perundingan Ekonomi Asia Timur
Suruhanjaya Kerjasama Utara-Selatan
Perjanjian am tentang tarif dan perdagangan
Faedah yang diperoleh Malaysia dengan menganggotai pertubuhan Komanwel adalah untuk
Mendapat bantuan ketenteraan
Memeterai perjanjian pertahanan dengan negara-negara anggota
Menikmati keistimewaan perdagangan dengan negara-negara anggota
Menjadi anggota dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Yang manakah benar tentang tindakan Malaysia dalam hal ehwal diplomatik serantau dan antarabangsa?
(Pilih 2 jawapan paling tepat)
Menyertai misi pengaman PBB di Lubnan
Mengutuk pencerobohan Israel di Tebing Barat dan Gaza
Mencadangkan sekatan ekonomi terhadap negara Myanmar
Mendesak pemerintah negara Thailand supaya menamatkan konflik di Selatan Thailand
Yang manakah penglibatan Malaysia dalam isu politik antarabangsa?
Menghantar tentera pemerhati ke Palestin
Mencari penyelesaian konflik yang berterusan di Timur Tengah
Memberi bantuan menjaga keamanan wilayah selatan Thailand yang bergolak
Menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Moro
- Menggalakkan kerjasama dalam bidang perdagangan, penyelidikan, ekonomi dan sosial
- Memberi bantuan kemudahan penyelidikan dan biasiswa
Pernyataan di atas merujuk kepada objektif penubuhan
Suruhanjaya Selatan-Selatan
Pertubuhan Negara-Negara Komanwel
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam
Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengadili kes berkaitan
(Pilih 2 jawapan paling tepat)
Penghapusan etnik
Pertindihan wilayah
Pencerobohan ketenteraan
Pertikaian pemilihan ketua negara
- Penipisan lapisan ozon
- Penghapusan bahan Ozonsphere
Pernyataan di atas terkandung dalam
Protokol Kyoto
Protokol Madrid
Protokol Montreal
Protokol Cartagena
