wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN SELARAS 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perktaan لا تأكلوا

a)

Jangan kamu makan

b)

Jangan kamu minum

c)

jangan kamu berdiri

d)

jangan kamu kunyah

2.

Allah melarang manusia mengambil harta orang lain dengan cara berikut kecuali

a)

menipu

b)

judi

c)

Meminta izin

d)

mrompak

3.

Rasuah ialah sebarang __________________ atau suapan yang bertujuan untuk memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan

a)

pemberian

b)

gantian

c)

cadangan

d)

keperluan

4.

Perkataan با الباطل bermaksud

a)

dengan cara yang betul

b)

dengan cara yang salah

c)

dengan cara main-main

d)

dengan cara-cara

5.

Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Rasulullah SAW ________________ orang yang memberikan dan menerima rasuah". (Riwayat at-Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

a)

melaknat

b)

membenci

c)

menyayangi

d)

menyukai

6.

Surah apakah yang menceritakan tentang larangan rasuah ini?

a)

Surah Al An'am

b)

Surah Al Baroqah

c)

Surah Al Baqarah

d)

Surah An Nisa'

7.

Mengapakah berdosa jika kita menerima rasuah?

a)

Allah dan rasul suka orang menerima dan memberi rasuah

b)

Allah dan rasul melaknat orang yang menerima dan memberi rasuah

c)

Kes jenayah akan menurun

d)

Ekonomi akan berkembang

8.

Antara bentuk kesalahan rasuah ialah

a)

menyalahgunakan kedudukan atau jawatan untuk kepentingan tertentu

b)

membeli barangan menggunakan duit syarikat

c)

memberi hadiah kepada majikan

d)

meminjamkan wang ringgit

9.

Berikut merupakan peranan kerajaan dalam membanteras perbuatan rasuah kecuali

a)

mengetatkan undang-undang

b)

menyediakan tempat-tempat menuntut ilmu agama yang betul

c)

menjatuhkan hukuman berat terhadap pemberi dan penerima rasuah

d)

meningkatkan keimanan dan ketakwaan

10.

Bagaimanakah contoh memalsukan kebenaran?

a)

memberi rasuah agar kebenaran tidak dibongkar

b)

memberi rasuah agar kebenaran dibongkar

c)

meluluskan tender

d)

menutup peluang orang lain yang lebih layak

11.

، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ

Berikan maksud kalimah di atas?

a)

memberi perlindungan kepada anak yatim

b)

menjaga harta anak yatim

c)

makan harta anak yatim

12.

وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ

Berikan maksud kalimah di atas?

a)

menuduh perempuan solehah berzina

b)

menuduh perempuan solehah mencuri

c)

memelihara maruah peempuan solehah

13.

Di antara contoh syirik jali ialah

a)

Riak

b)

Tidak mengakui balasan di akhirat

c)

Menyembah bulan, bintang atau matahari

d)

Membuang ancak bagi menghalau hantu

14.

Orang yang mengamalkan perbuatan syirik dinamakan

a)

Kafir

b)

Munafik

c)

Murtad

d)

Musyrik

15.

Syirik khafi ialah syirik yang dilakukan

a)

Secara terbuka

b)

Secara sembunyi

c)

Secara bertafakur

d)

Secara terang-terangan

16.

Berikut adalah kesan amalan sihir kepada masyarakat kecuali

a)

Menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

b)

Memecahbelahkan masyarakat

c)

Menimbulkan pergaduhan

d)

Mendatangkan fitnah

17.

Antara berikut yang manakah hikmah diharamkan riba.

a)

Mewujudkan semangat rajin bekerja dalam masyarakat

b)

Membanteras kezaliman dalam masyarakat

c)

Membangunkan ekonomi sesebuah negara

d)

Mewujudkan masyarakat yang prihatin

18.

Yang mana satukah dosa besar yang tidak disebut di dalam hadith?

a)

membunuh

b)

sihir

c)

makan riba

d)

mengumpat

19.

Antara berikut yang manakah perbuatan memakan harta anak yatim secara batil?tidak sah

a)

Salman menggunakan harta pusaka anak saudaranya sebagai modal membesarkan syarikatnya

b)

Sulaiman mengambil harta pusaka anak saudaranya untuk keperluan asasnya

c)

Rahman mengambil harta pusaka anak saudaranya untuk perbelanjaan sekolah mereka

d)

Ikman mengambil harta pusaka anak saudaranya untuk membayar pengasuh yang menjaga mereka.

20.

Penyataan manakah yang menerangkan maksud Qazaf

a)

menuduh wanita Islam yang baik berzina tanpa saksi

b)

menuduh wanita Islam melakukan maksiat

c)

menuduh wanita bukan Islam melakukan zina tanpa saksi

d)

menuduh wanita bukan Islam melakukan maksiat

21.

Manakah di antara berikut adalah akibat perbuatan syirik kepada individu?

a)

Mengurangkan iman

b)

Membatalkan akidah

c)

Hidup tidak tenteram

d)

Memutuskan silaturrahim

22.

Perkara di bawah adalah contoh sihir KECUALI....

a)

santau

b)

percaya azimat

c)

pukau

d)

minyak pengasih

23.

Riba adalah............

a)

duit yang diberikan sebagai tanda penghargaan

b)

pertambahan bayaran kerana pertukaran barang dan hutang

c)

wang hasil daripada perniagaan

d)

wang yang tidak diyakini sumber perolehannya

24.

Al-Muntaqim ialah nama Allah yang bermaksud...........................

a)

Maha perkasa

b)

Maha Pembalas

c)

Maha Bijaksana

d)

Maha Kaya

25.

Al-Jabbar ialah nama Allah yang bermaksud.......

a)

Maha Gagah

b)

Maha Perkasa

c)

Maha berkuasa secara mutlak

d)

Maha Pembalas

26.

Allah al-Muntaqim akan menimpakan azab kepada orang yang................

a)

melampaui batas

b)

ingkar

c)

melakukan maksiat

d)

derhaka

27.

Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai nama Allah al-Muntaqim.

a)

Balasan neraka diberi kepada orang yang menolak peringatan al-Quran

b)

Penentang agama ciptaan manusia setelah adanya Rasul akan mendapat balasan Allah

c)

Allah tidak boleh dipersoal perbuatan-Nya

d)

Semua makhluk dalam pemerintahan Allah

28.

Allah menimpakan azab dalam peristiwa ............ iaitu kaum Quraisy ditimpakan dengan kemarau panjang sehingga debu seperti asap menutup mereka kerana mereka menolak dakwah Rasulullah.

a)

al-Ifk

b)

dukhan

c)

dajjal

d)

dahsyat

29.

Pilih kenyataan yang tepat tentang al-Jabbar

a)

Allah SWT memberikan pembalasan dengan seksaan neraka kepada orang kafir

b)

Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam

c)

Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa al-Dukhan

d)

Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan penentang agama-Nya

30.

Manakah ayat yang menunjukkan nama Allah Maha Pembalas.

a)

فَٱسۡتَمۡسِكۡ بِٱلَّذِىٓ أُوحِىَ إِلَيۡكَ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (43

b)

يَنَّكَ ٱلَّذِى وَعَدۡنَـٰهُمۡ فَإِنَّا عَلَيۡہِم مُّقۡتَدِرُونَ(42

c)

(فَإِمَّا نَذۡهَبَنَّ بِكَ فَإِنَّا مِنۡہُم مُّنتَقِمُونَ (41

d)

وَإِنَّهُ ۥ لَذِكۡرٌ۬ لَّكَ وَلِقَوۡمِكَ‌ۖ وَسَوۡفَ تُسۡـَٔلُونَ (44

31.

Berikut adalah kefahaman mengenai nama Allah SWT al-Muntaqim KECUALI .....

a)

Allah memberikan pembalasan dengan siksaan terhadap orang yang menolak peringatan al-Quran

b)

Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa al-Dukhan, iaitu kaum Quraish ditimpakan dengan kemarau panjang sehingga debu seperti asap menutupi mereka kerana menolak dakwah Rasulullah SAW

c)

Allah SWT tidak memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang agamanya setelah diutuskan rasul dan diberi keterangan yang jelas

d)

Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang agamanya setelah diutuskan rasul dan diberi keterangan yang jelas

32.
Pengertian umrah dari segi bahasa ialah
a)
Ziarah
b)
Bersiar-siar
c)
Melawat
d)
Berjalan-jalan
33.

Antara berikut adalah syarat-syarat wajib haji kecuali

a)

Islam

b)

Berakal

c)

Suci dari hadas

d)

Berkemampuan

34.

Dilaksanakan selepas selesai melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 zulhijjah, dalam keadaan suci dari hadas dan menutup aurat.

a)

wukuf

b)

tawaf

c)

sa'ie

d)

bercukur

35.
Jelaskan hukum haji dan umrah
a)
Sunat muakkad
b)
Wajib bagi yang mampu
c)
Harus
d)
Haram 
36.
Tawaf mengelilingi ________ ialah salah satu daripada rukun haji
a)
Bir Ali
b)
Masjid Nabawi
c)
Masjidil Haram
d)
Kaabah
37.

Ibadah umrah berbeza dengan ibadah Haji kerana ...

a)

mempunyai ibadah Wukuf.

b)

mempunyai larangan Ihram.

c)

tiada ibadah Wukuf.

d)

boleh dilakukan pada bulan-bulan tertentu.

38.
Bermalam di Muzdalifah merupakan perkara
a)
Rukun Haji
b)
Rukun Umrah
c)
Wajib Haji
d)
Wajib Umrah
39.

Di dalam ibadah haji dikenal istilah miqat zamani. Menurut bahasa miqat zamani berarti

a)

Batas wilayah

b)

Batas tanah suci

c)

Sempadan tempat

d)

Sempadan waktu

40.

Bilakah Hari Tasyrik?

a)

11, 12 dan 13 zulhijjah

b)

10, 11 dan 12 zulhijjah

c)

12, 13 dan 14 zulhijjah

41.

Apakah yang dilakukan oleh jemaah haji ini?

a)

Tawaf

b)

Wuquf di Padang Arafah

c)

Sa'ie

d)

Melontar

42.

Waktu bagi wuquf di Arafah ialah tergelincir matahari pada _____________ hingga terbit fajar pada ______________.

a)

10 Zulhijjah , 11 Zulhijjah

b)

9 Zulhijjah , 11 Zulhijjah

c)

9 Zulhijjah , 10 Zulhijjah

d)

11 Zulhijjah , 12 Zulhijjah

43.

Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullah sebanyak ________ kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

a)

5

b)

3

c)

7

d)

11

44.

Gambar berikut menunjukkan jemaah haji sedang melakukan Sa'ie. Sa'ie dimulakan daripada bukit apa?

a)

Bukit Marwah

b)

Bukit Uhud

c)

Bukit Jabbal Rahmah

d)

Bukit Safa

45.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan maksud yang tepat ibadah Haji pada Istilah?

a)

Mengunjungi Baitillahil Haram pada bulan-bulan Haji.

b)

Mengunjungi Baitillahil Haram untuk mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa.

c)

Mengunjungi Baitillahil Haram pada bulan-bulan Haji untuk mengerjakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

d)

Mengunjungi Baitillahi Haram untuk melakukan ibadah haji pada bulan Haji.

46.

Apa hukumnya jika seseorang itu terlupa atau meninggalkan salah satu rukun haji?

a)

Sah hajinya

b)

Sah hajinya tetapi wajib bayar dam

c)

Tidak sah hajinya dan hendaklah ditunaikan sekali lagi pada tahun akan datang

d)

Tidak sah hajinya tetapi wajib bayar dam

47.

Di bawah ini adalah tempat untuk miqat bagi penduduk luar Mekah, KECUALI ____________ .

a)

Qarnul Manazil

b)

Yalamlam

c)

Juhfah

d)

Zul hajarul aswad

48.

Berikut adalah wajib haji kecuali

a)

Niat Ihram di miqat

b)

Bermalam di Muzdalifah

c)

Bermalam di Mina

d)

Berwukuf di Arafah

49.

Di manakah jemaah Malaysia akan berniat ihram sekiranya mereka terus ke Madinah untuk beberapa hari ,kemudian mereka bergerak ke Mekah

a)

Juhfah

b)

Qarnil Manazil

c)

Zul Hulaifah /Bir Ali

d)

Zat iraq

50.

Berikut ialah perkara -perkara wajib haji

i Niat ihram di Miqat

ii bermalam di Mina

iii meninggalkan larangan

iv melontar jamratul Aqabah dan ketiga-tiga jamrah

a)

i,dan ii

b)

i,ii dan iii

c)

ii,iii dan iv

d)

semua di atas