Font size
WorksheetsPJPK TING 3: LATIH TUBI 3
Total questions: 45
Worksheet time: 23mins
Gambar berikut menunjukkan fasa melepasi pagar (kaki belakang) dalam acara lari berpagar. Apakah peranan kaki belakang semasa fasa melepasi pagar?
Untuk meminimumkan ketinggian melepasi pagar dan bersedia untuk mendarat dengan cepat.
Untuk mengoptimum dan meminimumkan masa di udara.
Untuk menarik badan dan paha ke sisi selari dengan pagar.
Untuk memudahkan badan dicondongkan ke hadapan yang disesuaikan mengikut ketinggian pagar.
Antara berikut yang manakah bukan langkah-langkah pencegahan dan menghindari seks sebelum kahwin?
A. Mengamalkan pergaulan bebas
B. Menambahkan pengetahuan agama
C. Meningkatkan ilmu mempertahankan diri
D. Menambahkan pengetahuan tentang pendidikan seksualiti
Berikut yang manakah bukan ciri keluarga bahagia
A. Menghindari aktiviti berkeluarga
B. Mengimbangi kerjaya dan keluarga
C. Mengamalkan kasih sayang dan kemesraan
D. Mempunyai interaksi dan komunikasi efektif
Apakah maksud perkahwinan?
A. Keinginan untuk hidup berpasangan
B. Keinginan untuk membina keluarga bahagia
C. Ikatan yang dipersetujui oleh pasangan masing-masing
D. Ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan mengikut hukum dan undang-undang yang ditetapkan
Institusi keluarga boleh dikategorikan kepada dua iaitu:
A. Keluarga kecil dan keluarga besar
B. Keluarga asas dan keluarga luas
C. Keluarga kecil dan keluarga asas
D. Keluarga luas dan keluarga besar
Siapakah tonggak pembentukan keluarga?
I. Ibu
II. Ayah
III. Kakak
IV. Nenek
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Pernyataan manakah menerangkan tentang Permainan Aci Sep ?
juga dikenali sebagai Aci Cup atau Aci Lup Sep
Permainan ini bertujuan menguji ketangkasan dan kecekapan pengejar menyentuh pemain lain yang cuba mengelak daripada disentuh olehnya
Pemain yang dikejar boleh berehat atau menyelamatkan
diri dengan mencangkung dan menyebut “cup”
Jika semua pemain telah "cup" dan tidak disepkan, pengejar akan membilang 1, 2, 3 dan pemain yang terakhir berdiri akan menjadi pengejar baharu.
Aktiviti rekreasi dan kesenggangan biasanya dilakukan pada waktu ___________ .
tertentu
makan
lapang
terindah
Berikut merupakan antara aktiviti rekreasi dan kesenggangan KECUALI
aktiviti pandu arah
permainan hidup mati
permainan libat
olahraga
Aktiviti apakah yang paling kamu suka lakukan pada waktu lapang?
Bermain telefon bimbit
Bersukan
Tidur
Membaca atau mengulangkaji pelajaran
Berikut merupakan nama lain bagi permainan Gelap Cerah, kecuali :
Dam Aji
Permainan Toi
Galah Panjang
Gelap Cerah
Berapakah ukuran gelanggang permainan Gelap Cerah :
10 m lebar
6-9 m panjang & 2-3 m lebar
2-3 m panjang & 6-9 m lebar
10 km
Pada situasi bilakah permainan ini lazimnya diadakan?
hari perayaan
hari jadi saya
waktu pj sekolah
Antara berikut yang manakah BUKAN tujuan aktiviti rekreasi dan kesenggangan :
Keseronokan
Ketenangan minda
Merehatkan badan
Pertandingan
Negeri manakah yang mendominasi permainan ini?
Perlis
Melaka
Terengganu
Sarawak
Berapa bilangan pemain yang diperlukan dalam permainan ini?
11 orang
2 orang
12 orang
6 orang
Siapakah yang memperkenalkan permainan bola keranjang?
Chin Peng
Dr James Naismith
Alfred McMillan
Ian Smith
Kemahiran berikut diperlukan di dalam sukan bola keranjang;
Menghantar bola
Menerima Bola
Tackle
Menjaring
Menanduk
Berikut merupakan peralatan sofbol
Bat
Helmet
Bola
Glove
Visor
Pitcher bertugas sebagai;
Pemukul
Pembaling bola mula
Penjaga base
Pembuat air
Berikut adalah posisi dalam permainan sofbol;
Fielder
Pitcher
Catcher
Keeper
Batter
Mengapakan glove dipakai pada tangan bukan dominan?
Tangan dominan untuk melempar bola
Tangan dominan tidak kuat untuk menangkap bola
Tiada model glove untuk tangan kanan
Menyamaratakan peluang semua pemain
Apakah maksud Homerun?
Bola dipukul kuat, keluar dari padang pertandingan
Batter gagal memukul sebanyak 3 kali
Bola ditangkap tanpa lantunan
Lari balik ke rumah
Dua alat di atas adalah antara peralatan penting dalam permainan sofbol. Apakah kegunaan “pitcher plate”
Tempat melakukan pukulan
Tempat melakukan lemparan
Tempat melakukan lontaran
Tempat melakukan tampanan
Apakah fungsi “home plate” dalam permainan sofbol
Tapak memulakan “run”
Tapak mendapat “strike”
Tapak melakukan “pitching”
Tapak memperolehi “run”
Glove catcher juga dikenali sebagai
Glove Kitt
Glove Litt
Glove Mitt
Glove Nitt
Jumlah pemain bagi permainan sofbol adalah
6 orang
7 orang
8 orang
9 orang
■ Windmill
■ sling shot
Rajah di atas merujuk kepada kemahiran X dalam pemainan softball iaitu
Kemahiran memukul
Kemahiran menampan
Kemahiran melempar
Kemahiran membaling
Pemukul akan terkeluar atau dikira “mati” jika
Mendapat tiga larian base
Mendapat tiga strike
Mendapat empat ball
Mencecah base sebelum di tag
Antara berikut, kecederaan manakah yang sesuai menggunakan prosedur R.I.C.E?
Bengkak
Patah kaki
Dipatuk ular
Luka terbuka
Berikut merupakan faedah kita mengetahui prosedur R.I.C.E kecuali
Menambah pengalaman
Membantu menyelamatkan nyawa
Mencuba sesuatu yang baharu
Membantu pihak petugas kecemasan
Yang manakah pernyataan berikut adalah benar tentang pertolongan cemas?
Pertolongan cemas ialah bantuan perubatan.
Pertolongan cemas menggunakan bahan yang ada di sekitar.
Pertolongan cemas mengutamakan keselamatan mangsa.
Pertolongan cemas perlu diberikan untuk semua kecederaan sebelum mangsa dihantar ke hospital.
Tujuan pertolongan cemas bukan untuk...
menyelamatkan nyawa
memastikan mangsa selamat
menyembuhkan kecederaan
memberi keselesaan kepada mangsa
R mewakili rest. Apakah yang dimaksudkan dengan rest dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E?
Meninggikan bahagian yang cedera
Merehatkan bahagian yang cedera
Meletakkan beg ais ke atas bahagian yang cedera dengan segera
Tuaman dengan balutan anjal ke atas bahagian yang cedera
I mewakili ice . Apakah yang dimaksudkan dengan Ice dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E?
Membawa mangsa ke tempat yang selesa dan selamat
Meletakkan beg ais ke atas bahagian yang cedera selama 2 jam
Membalut bahagian yang cedera dengan menggunakan bandage
Meletakkan beg ais ke atas bahagian yang cedera dengan segera
C mewakili compression. Apakah yang dimaksudkan dengan compression dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E
Tuaman dengan balutan anjal ke atas bahagian yang cedera
Meletakkan minyak panas di bahagian yang cedera
Meletakkan ais pada bahagian yang cedera
Merehatkan bahagian yang cedera
E mewakili elevation. Apakah yang dimaksudkan dengan elevation dalam prinsip dan prosedur R.I.C.E
Merendahkan bahagian yang cedera
Meletakkan ais pada bahagian yang cedera
Meninggikan kedudukan kaki yang cedera melebihi paras jantung
Membalut bahagian yang cedera dengan menggunakan kain
Kecederaan tisu lembut boleh dirawat dengan menggunakan prinsip dan prosedur R.I.C.E.
Betul
Salah
Dimanakah tempat yang sesuai untuk menyimpan Peti Pertolongan Cemas?
Berdekatan alat pemadam api
Tempat yang mudah dilihat dan mudah dicapai
Dalam almari yang bertutup dan berkunci
Tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak
Prinsip apakah yang digunakan untuk merawat luka tertutup?
3C
DRCAB
RICE
Prinsip rukun negara
Definisi pertolongan cemas?
Pertolongan cemas adalah rawatan kecemasan yang diberikan kepada orang yang tercedera atau jatuh sakit secara tiba-tiba sebelum kedatangan pakar perubatan
Pertolongan cemas adalah rawatan kecemasan yang diberikan kepada orang kurang upaya secara tiba-tiba sebelum kedatangan pakar
Pertolongan cemas adalah rawatan kecemasan yang diberikan kepada orang yang tercedera semasa aktiviti sukan
Apakah talian kecemasan yang boleh dihubungi apabila berlaku sesuatu kecemasan ?
993
990
999
919
Antara berikut yang manakah simptom kecederaan fruktur?
sakit pada bahagian perut
melecur pada bahagian mulut
hilang daya pergerakan pada bahagian yang cedera
otot-otot pada bahagian muka dan leher kelihatan tegang
Pertolongan cemas dapat membantu mangsa daripada mengalami ______________ yang lebih teruk sebelum dirawat oleh doktor.
kesihatan
kemalangan
kecederaan
kecacatan
