Font size
WorksheetsNOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Total questions: 25
Worksheet time: 11mins
Siapakah nama pengarang novel ini?
Abdul Latif Talib
Abdul Talib Latif
Abdul Latib Talib
Abdul Latip Talib
Tema novel ini ialah
Keberanian seorang lelaki mempertahankan tanah air
Keberanian seorang lelaki yang mempunyai semangat patriotisme
Keberanian seorang anggota tentera mempertahankan tanah air
Keberanian dan kemuliaan seorang anggota tentera mempertahankan tanah air
Siapakah watak utama novel ini?
Adnan bin Saidi
Adenan bin Saidi
Adnan bin Saidin
Leftenan Adnan bin Saidi
Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
Nyatakan nilai bagi peristiwa di atas.
(a)
Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.
Kampung Sungai Ramal
Kem Sungai Besi Kuala Lumpur
Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.
Masyarakat yang mementingkan ilmu dan pendidikan
Masyarakat yang bertanggungjawab
Masyarakat yang penyayang
Masyarakat kampung
Sahabat baik Leftenan Adnan.
Menyertai pasukan askar Melayu.
Setiakawan
Nordin
Sophia
Mamat
Budin
Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
Seorang yang penyayang
Seorang yang lembut hati
Seorang yang kecewa
Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.
Seorang anak yang rajin membantu ayahnya.
Seorang anak yang taat kepada ibu bapa
Seorang anak yang bertanggungjawab
Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.
(a)
Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Nilai keberanian
Nilai patriotisme
Nilai ketaatan
Nilai keinsafan
Pilih teknik plot yang betul.
Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.
Imbas kembali
Imbas muka
Kejutan
Dialog
Pilih binaan plot bagi peristiwa di bawah.
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.
Perkembangan
Perumitan
Peleraian
Klimaks
Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, KECUALI ...
Kita janganlah mengejek atau menghina rakan yang kurang berkemampuan
Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Kita perlu berani dalam menentang musuh.
Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, KECUALI ...
Masyarakat kampung
Masyarakat yang golongan berpendidikan tinggi
Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
Masyarakat yang bijaksana
Manakah berikut BUKAN Persoalan dalam novel Leftenan Adnan
Persoalan pandangan jauh seorang ketua keluarga. Pak Saidi berpandangan bahawa anak-anaknya perlu menyambung pelajaran ke sekolah menengah dan sekolah tinggi.
Persoalan harapan seorang ayah terhadap anaknya. Pak Saidi mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.
Persoalan minat dan kecenderungan seseorang sukar diubah. Sejak kecil Adnan menanam minat untuk menjadi askar. Minat beliau dalam bidang ketenteraan tidak pernah padam.
Persoalan sikap cemburu dan panas baran membawa penyesalan. Zahid cemburu akan isterinya, Waheeda kerana kerap berurusan dengan lelaki lain semasa bertugas.
Padanan Nilai dan Huraian yang betul dalam novel Leftenan Adnan ialah:
I. Nilai keberanian - Contohnya Leftenan Adnan mempunyai sifat keberanian yang luar biasa
II. Nilai Cinta akan Negara - Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatan guru demi menjadi askar dan bertujuan mempertahankan negara
III. Nilai Ketabahan - Adnan rajin membantu ibu bapanya menoreh getah, bersawah dan menjaga kebun durian.
IV. Nilai Rasional - Sophia bersikap rasional apabila taat mengikuti suaminya yang mahukan dia dan anak-anak pulang ke kampung.
I dan II
I, II, dan III
II,III dan IV
Semua Jawapan di atas
Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.Plot bahagian
Permulaan
Perkembangan
Klimaks
Peleraian
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adnan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Permulaan
Perkembangan
Klimaks
Peleraian
Akibat kehabisan peluru, askar Melayu sanggup bertempur dari jarak dekat dengan menggunakan ?
PEDANG SAMURAI
BAYONET
MOKTAR
KERIS
Bukit (a)
Contoh peristiwa : Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri. Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.
Leftenan Adnan mempunyai darah pahlawan. Moyangnya _______________________ pernah membantu Dato Dol Said dalam Perang Naning menentang Inggeris.
Dato Bahaman
Dato Maharajalela
Dato Siamang Gagap
Tok Janggut
Pak Saidi digambarkan sebagai seorang rajin . Manakah antara peristiwa berikut ialah bukti pernyataan tersebut?
Pak Saidi turun menoreh getah pada waktu pagi dan kemudian mengerjakan sawah atau ke dusun pada waktu petang.
Pak Saidi menoreh getah dan mengambil upah mengerjakan sawah penduduk kampung.
Pak Saidi mengerjakan sawah pada setiap pagi dan menoreh getah ketika petang
Pak Saidi membuka warung kopi dengan bantuan isterinya Mak Milah.
P1 : Pak Saidi sangat bijak apabila menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris kerana dia berfikiran jauh bahawa anaknya akan mendapat pendidikan yang berbeza, tambahan lagi ilmu agama sudah diajar sejak anak-anaknya kecil.
P2: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika cubaan menyerang pasukan askar Melayu di Bukit Candu.
Daripada kedua-dua peristiwa ini , latar masyarakat yang dapat dirumuskan ialah ________________________
Masyarakat yang berpandangan positif.
Masyarakat yang berfikir-fikir masak sebelum membuat keputusan.
Masyarakat yang bijak membuat keputusan.
Masyarakat yang penyayang.
Pak Saidi dan Mak Milah pasrah akan kehilangan dua orang anak mereka yang mati dalam pertempuran dengan tentera Jepun, iaitu Adnan dan Ahmad. Sophia juga reda dengan kematian suaminya, Leftenan Adnan kerana dia tahu bahawa dia tidak dapat menghalang ketentuan Tuhan andai itu sudah tertulis pada takdir-Nya.
Pengajaran yang dapat kita peroleh daripada peristiwa-peristiwa ini ialah ____________________
Kita mesti berani menghadapi cabaran hidup.
Kita mesti pasrah dan menerima takdir dengan reda.
Kita tidak boleh berputus asa untuk terus berjuang.
Kita mestilah sentiasa prihatin akan nasib pejuang-pejuang negara.
