Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pantun Kiasan Tingkatan 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan tema bagi pantun kiasan.

a)

Selalu bersangka baik terhadap sesuatu perkara.

b)

Sindiran tentang pelbagai ragam dan sikap manusia dalam kehidupan seharian.

c)

Rajin berusaha menjadikan sesuatu yang tidak baik menjadi baik.

d)

Sikap seorang yang malas berfikir.

2.

Pilih persoalan yang tepat berdasarkan rangkap ke-9.

a)

Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.

b)

Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.

c)

Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.

d)

Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.

3.

Nyatakan persoalan bagi rangkap ke-17 berdasarkan gambar tersebut.

a)

Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.

b)

Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.

c)

Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa.

d)

Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.

4.

Pilih jawapan yang tepat dengan gaya bahasa sinkope.

a)

Hujan ribut gunung terbakar

b)

Nyawa menangis di pintu kubur

c)

Kilat memancar hujan tak lalu

d)

Macam melukut di tepi gantang

5.

Pilih jawapan yang tepat dengan gaya bahasa simile.

a)

Macam melukut di tepi gantang;

b)

Kilat memancar hujan tak lalu;

c)

Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung;

d)

Gila apakah ikan di laut.

6.

Nyatakan nilai bagi rangkap ke-16.

a)

Nilai berbudi bahasa

b)

Nilai kesabaran

c)

Nilai berjimat cermat

d)

Nilai keinsafan

7.

Berikan pengajaran yang sesuai merujuk kepada rangkap ke-8.

a)

Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila merantau ke tempat orang.

b)

Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.

c)

Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.

d)

Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan kemarahan dalam diri.

8.

Pantun mempunyai.....

a)

nada lagu

b)

bilangan baris yang panjang

c)

pembayang sahaja

d)

pembayang dan maksud

9.

Berikan maksud rangkap ke-4 pantun kiasan.

Pokok terap tumbuh di bukit,

Belat berbanjar panjang ke hulu;

Jangan diharap guruh di langit,

Kilat memancar hujan tak lalu.

a)

Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

b)

Berhajatkan sesuatu yang besar

c)

Menginginkan kehidupan yang senang

d)

Bercita-cita tinggi

10.

Nyatakan maksud bagi rangkap ke-5.

Limau Bentan di tepi tingkap,

Budak-budak melempar burung;

Harimau di hutan lagi kutangkap,

Kononlah pulak cicak mengkarung.

a)

Sikap seseorang yang gemar memarahi orang lain.

b)

Sikap seseorang yang suka mengejek orang lain.

c)

Sikap seseorang yang sombong dengan kebolehan diri serta memandang rendah terhadap orang lain.

d)

Sikap sambil lewa dalam pekerjaan.

11.

Pantun kiasan ini mempunyai...

a)

17 rangkap

b)

15 rangkap

c)

7 rangkap

d)

21 rangkap

12.

Pendirian manusia sering berubah-ubah.


Maksud rangkap ini merujuk kepada rangkap...

a)

Sangkut terendak dekat beranda,

Orang Papua anyam tak sudah;

Jika tidak ada berita,

Masakan tempua bersarang rendah.

b)

Air surut memungut bayam,

Sayur diisi ke dalam kantung;

Jangan diikut resmi ayam,

Bertelur sebiji riuh sekampung.

c)

Raut bilah pembatang taut,

Kail berada dalam raga;

Tidak sudah seluang melaut,

Akhirnya balik ke tepi juga

d)

Anak punai anak merbah,

Hinggap di tonggak mencari sarang;

Anak sungai lagi berubah,

Inikan pula hatinya orang.

13.

Antara persoalan pantun kiasan ialah

a)

Perasaan gembira apabila ibu telah pulang ke rumah.

b)

Sifat rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.

c)

Berbangga dengan kejayaan orang lain.

d)

Berbuat baik kepada ibu bapa.

14.

Contoh gaya bahasa repetisi dalam Pantun Kiasan ialah

a)

Tikar pucuk tikar mengkuang

b)

Budak-budak melempar burung

c)

Sungguh laksana bunga dedap

d)

Jangan diikut resmi ayam

15.

Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh gaya bahasa imej alam?

a)

ikan

b)

buah bacang

c)

gunung

d)

raga