NEW
Font size
WorksheetsPengenalan kepada kimia
Total questions: 19
Worksheet time: 10mins
Pernyataan manakah yang menghuraikan kimia dengan betul?
Kimia ialah kajian tentang komposisi, struktur, sifat dan interaksi jirim.
Kimia ialah kajian tentang organisma hidup.
Kimia ialah kajian tentang keadaan fizikal alam sekitar.
kKimia ialah kajian tentang kaedah saintifik.
Cabang kimia yang membuat kajian sebatian karbon ialah...
Kimia organik
Kimia polimer
Kimia tak organik
Kimia industri
Pembelajaran kimia adalah penting dalam kehidupan harian kita kerana
i) kita dapat meramalkan kadar suatu tindak balas kimia.
ii) kita boleh mencipta senjata pemusnah secara besar-besaran.
iii) kita dapat memahami kegunaan bahan kimia.
iv) kita dapat mempelajari fungsi sistem badan kita.
ii, iii dan iv
i, ii dan iii
i, ii dan iv
i, iii dan iv
Seorang pelajar ingin mengetahui hubungan antara suhu dan keterlarutan natrium klorida dalam air. Antara berikut yang manakah benar?
Pemboleh ubah manipulasi : Suhu air
Pemboleh ubah bergerak balas : Isipadu air
Pemboleh ubah malar : Jisim natrium klorida yang terlarut
Pemboleh ubah manipulasi : Isipadu air
Pemboleh ubah bergerak balas : Suhu air
Pemboleh ubah malar : Jisim natrium klorida yang terlarut
Pemboleh ubah manipulasi : Jisim natrium klorida yang terlarut
Pemboleh ubah bergerak balas : Suhu air
Pemboleh ubah malar : Isipadu air
Pemboleh ubah manipulasi : Suhu air
Pemboleh ubah bergerak balas : Jisim natrium klorida yang terlarut
Pemboleh ubah malar : Isipadu air
Maklumat berikut menunjukan empat langkah yang penting dalam kaedah saintifik.
I) Merancang eksperimen
II) Mentafsir data
III) Mengenal pasti masalah
IV) Mengenal pasti pemboleh ubah
I,II, IV dan III
II, I, IV dan III
III, IV, I dan II
IV, III, II dan I
Antara berikut yang manakah benar tentang pemboleh ubah yang dimalarkan?
Suatu faktor yang ditetapkan sepanjang eksperimen.
Pemboleh ubah yang berubah dengan pemboleh ubah yang dimanipulasikan.
Kesimpulan yang diperolehi daripada keputusan eksperimen.
Faktor yang diubah semasa eksperimen dijalankan.
Apakah yang di maksudkan dengan hipotesis?
Pernytaan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.
Pemerhatian tentang suatu keadaan.
Satu prinsip yang telah dibuktikan benar.
Kesimpulan suatu kajian
Antara pernyataan berikut yang manakah merupakan pemerhatian bagi tindak balas antara asid dengan zink karbonat?
Zink klorida terbentuk
Gas karbon dioksida dibebaskan
Gas tanpa warna dibebaskan
Larutan bertukar menjadi hijau
Antara sikap berikut yang manakah harus ada untuk menjadi ahli kimia yang baik?
Berfikir secara kritis dan analitis
Menjadi pendengar yang cekap
Berhujah dengan berkarisma
Menggunakan pemikiran logik untuk membuat keputusan
Natrium klorida ialah bahan kimia yang selalu digunakan dalam kehidupan harian. Antara berikut yang manakah natrium klorida?
Kapur
Cuka
Garam makanan
Mononatrium glutamat
Urea adalah salah satu produk industri berasaskan kimia. Antara yang berikut, bidang manakah yang menggunakan urea?
Pembuatan ubat-ubatan
Pembuatan makanan
Pembuatan tekstil
Pembuatan baja
Satu eksperimen dijalankan untuk menentukan kesan suhu ke atas keterlarutan garam dalam air. Apakah pembolehubah yang bergerak balas dalam eksperimen ini?
Suhu air
Isi padu air
Saiz garam
Jisim garam yang dilarutkan
Antara yang berikut, yang manakah tidak patut dilakukan semasa menjalankan satu penyiasatan saintifik supaya mendapat keputusan yang lebih memuaskan?
Mengubah jenis radas yang digunakan
Mengubah bahan yang digunakan
Mengubah kaedah yang dirancangkan
Mengubah keputusan yang direkodkan
Antara yang berikut, yang manakah adalah tujuan penulisan laporan selepas satu penyiasatan saintifik?
I Mendokumenkan kegagalan
II Berkomunikasi dengan ahli sains yang lain
III Membuat kesimpulan dan menamatkan kajian selanjutnya dalam topik yang sama
IV Menggalakkan perbincangan dengan penyelidik lain
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara sikap-sikap berikut, yang manakah patut diamalkan semasa menjalankan penyelidikan saintifik?
Sistematik
Tamak
Berat sebelah
Mementingkan diri sendiri
Apabila suatu campuran oksigen dan hidrogen dibakar, suatu cecair tidak berwarna terbentuk. Antara yang berikut, yang manakah merupakan inferens berdasarkan pemerhatian itu?
I Oksigen telah bertindak balas dengan hidrogen
II Air terbentuk
III Cecair itu menukarkan kertas kobalt klorida biru menjadi merah jambu
IV Cecair itu mendidih pada 100oC
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara berikut, yang manakah tidak wajib dipakai murid apabila menjalankan eksperimen dalam makmal?
Sarung tangan
Baju makmal
Kasut kulit
Kaca mata keselamatan
Antara berikut, yang manakah adalah langkah yang betul untuk membuang sisa asid cair selepas menjalankan eksperimen dalam makmal?
Curah asid kepada air yang sedang mengalir daripada air paip dalam singki.
Curah asid ke dalam singki diikuti dengan air paip.
Curah asid ke dalam longkang di luar makmal
Curah asid kepada tanah di luar makmal.
bagaimanakah mata perlu dirawat sekiranya percikan bahan kimia masuk ke dalamnya? Pilh tindakan yang betul.
Tutup mata selama 30 minit.
Letakkan kain lembap pada mata yang tertutup.
Bilas mata dengan air di stesen pencuci mata
Basuh mata di stesen pancuran kecemasan
