wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KIMIA T5/B2

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.
Nyalaan daripada sebuah pelita berisi heksana didapati mengeluarkan banyak jelaga. Antara yang berikut yang manakah boleh digunakan sebagai ganti heksana dalam pelita itu untuk mengurangkan jelaga?
a)
A. Propanol
b)
B. Heptana
c)
C. Heptena
d)
D. Sikloheksena
2.
Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi tindak balas yis dengan larutan glukosa. Apakah hasil yang diperoleh dalam kelalang kon selepas beberapa hari?
 
a)
A. Etanol dan etana
b)
B. Asid etanoik dan air
c)
C. Karbon dioksida dan air
d)
D. Karbon dioksida dan etanol
3.
Antara bahan berikut yang manakah, yang manakah boleh mengalami tindak balas pendehidratan?
a)
A. Etanol
b)
B. Metana
c)
C. Metanol
d)
D. Asid etanoik
4.
Antara yang berikut, yang manakah hidrokarbon tepu?
a)
A. Alkana
b)
B. Alkena
c)
C. Alkohol
d)
D. Asid karboksilik
5.
Rajah menunjukkan formula struktur bagi satu molekul ester. Apakah nama molekul ester itu?
a)
A. Butil etanoat
b)
B. Propil etanoat
c)
C. Propil butanoat
d)
D. Butil propanoat
6.
Apakah hasil yang terbentuk apabila etena dibakar dalam udara?
a)
A. Etana dan air
b)
B. Karbon dan hidrogen
c)
C. Karbon dioksida dan air
d)
D. Karbon dioksida dan hirogen
7.
Rajah menunjukkan formula molekul yang mewakili satu sebatian organik. Apakah nama sebatian organik itu?
a)
A. Etil etanoat
b)
B. Etil metanoat
c)
C. Metil etanoat
d)
D. Metil metanoat
8.
Apakah formula am bagi alkana?
a)
A. CnH2n
b)
B. CnH2n+2
c)
C. CnH2n+1 OH
d)
D. CnH2n+1 COOH
9.
Jika satu sebatian organik mengalami tindak balas penambahan, sebatian itu tergolong dalam kumpulan sebatian yang dinamakan
a)
A. Alkana
b)
B. Alkena
c)
C. Alkohol
d)
D. Asid organik
10.
Antara berikut , yang manakah benar bagi sebatian yang mempunyai formula molekul C2H6?
a)
A. Ia larut dalam air.
b)
B. Ia boleh disediakan dengan cara pendehidratan etanol.
c)
C. Ia terbakar dalam udara menghasilkan karbon dioksida dan air.
d)
D. Ia boleh menyahwarnakan larutan kalium manganat (VII) berasid.
11.
Apabila cecair X direfluks bersama asid propanoik dan beberapa titis asid sulfurik pekat untuk beberapa jam, satu cecair yang berbau wangi terhasil. Cecair X mungkin
a)
A. Propanol
b)
B. Asid etanoik
c)
C. Sikloheksena
d)
D. Etil propanoat
12.
Asid fosforik boleh bertindak sebagai agen pendehidratan. Apabila cecair Q dipanaskan  dengan asid fosforik pekat, satu gas yang menyahwarnakan larutan kalium manganat (VII) berasid. Antara yang berikut, yang manakah mungkin formula bagi Q?
a)
A. C6H14
b)
B. CH3COOH
c)
C. CH3COOC2H6
d)
D. CH3CH2CH2OH
13.
Antara yang berikut, yang manakah polimer semula jadi?
a)
A. Politena
b)
B. Polistirena
c)
C. Poliisoprena
d)
D. Polivinilklorida
14.
Mengikut sistem IUPAC nama kimia bagi sebatian organik yang mempunyai formula struktur seperti berikut ialah
a)
A. 2- metilbutan-1-ol
b)
B. 3- metilbutan-1-ol
c)
C. 1,3- dimetilbutanol
d)
D. 3,3- dimetilbutan-1-ol
15.
Apabila X dipanaskan dengan larutan kalium manganat (VII) berasid, didapati larutan kalium manganat (VII) dinyahwarnakan. Formula molekul X ialah
a)
A. CCl4
b)
B. C2H5OH
c)
C. CH3COOH
d)
D. CH3COOC2H5
16.
(i) Pembakaran lengkap menghasilkan gas karbon dioksida dan air.
(ii) Sangat terlarutkan dalam air.
(iii) Boleh disediakan daripada alkena.
Maklumat di atas adalah berkenaan sebatian Y. Siri homolog bagi sebatian Y adalah
a)
A. Alkana
b)
B. Alkohol
c)
C. Asid karboksilik
d)
D. Ester
17.
Apakah bahan yang perlu diletakan ke dalam lateks bagi mengelakkan lateks daripada menggumpal?
a)
A. Etanol
b)
B. Larutan natrium klorida
c)
C. Larutan ammonia
d)
D. Asid etanoik
18.

Antara pernyataan tentang lemak berikut, yang manakah BENAR?

a)

A. Lemak ialah sejenis polimer.

b)

B. Lemak dapat dihidrolisiskan kepada asid lemak dan gliserol.

c)

C. Lemak tepu dapat menjalani proses penghidrogenan.

d)

D. Molekul lemak juga dikenali sebagai tetragliserida.

19.
Kelebihan minyak kelapa sawit berbanding minyak sayuran yang lain termasuklah
i. mempunyai vitamin E semula jadi
ii. mengurangkan risiko serangan sakit jantung
iii. memberikan kurang kesan lekit pada dinding dapur
iv. meningkatkan aras kolestrol LDL dalam darah
a)
A. i sahaja
b)
B. ii dan iii
c)
C. i,ii dan iii
d)
D. i, ii dan iv
20.
Antara bahan yang berikut, yang manakah membantu penoreh getah mempercepatkan pembekuan lateks?
a)
A. Asid asetik
b)
B. Larutan ammonia
c)
C. Larutan natrim klorida
d)
D. Larutan natrium nitrat