NEW
Font size
WorksheetsPecutan Akhir T5
Total questions: 30
Worksheet time: 17mins
Pernyataan manakah benar tentang faktor pengeluaran?
Usahawan adalah individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara fizikal dan mental
Tanah merupakan sumber yang diekstrak dari bumi dan lautan
Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output
Modal mempunyai penawaran yang terhad yang menyebabkan harganya meningkat secara berterusan
Gaji terhad tetapi kehendak tidak terhad.
Siapakah yang mungkin menghadapi masalah ekonomi di atas?
Pemilik Zulaika Enterprise
Syarikat Silika Sdn Bhd
Encik Hashim
Jabatan Pengangkutan Jalan
Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme pasaran untuk menentukan jenis barang yang dikeluarkan?
Sistem ekonomi campuran & Sistem ekonomi ‘laissez-faire’
Sistem ekonomi campuran & Sistem ekonomi sosialis
Sistem ekonomi sosialis & Sistem ekonomi perancangan pusat
Pernyataan manakah benar tentang konsep penawaran?
Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang ingin dikeluarkan oleh firma pada satu tingkat harga
Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan oleh firma pada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu
Keluk penawaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang ingin dikeluarkan oleh firma pada satu tingkat harga
Apakah kesan kepada pasaran sesuatu barang jika permintaannya bertambah tetapi penawarannya adalah tetap?
Wujud lebihan penawaran & Harga keseimbangan meningkat
Harga keseimbangan meningkat & Kuantiti keseimbangan meningkat
Harga cenderung menurun & Kuantiti keseimbangan meningkat
Nilai keanjalan
R = 5/10
S = 20/5
pilih pernyataan yang betul.
Jenis keanjalan barang R ialah anjal
Pengeluar perlu menurunkan harga barang S untuk memaksimumkan hasil
Apabila harga barang R naik sebanyak 2%, kuantiti diminta turun sebanyak 4%
Contoh barang S ialah minyak masak
Sesuatu barang mempunyai keanjalan harga penawaran anjal jika barang tersebut
2 jawapan
dikeluarkan dalam jangka masa panjang & boleh ditambahkan pengeluarannya dengan kos yang sedikit
dikeluarkan oleh sebuah firma sahaja dalam pasaran & memerlukan faktor pengeluaran yang sukar diperoleh
dikeluarkan dalam jangka masa panjang & dikeluarkan oleh sebuah firma sahaja dalam pasaran
Puan Zahirah adalah seorang Pengurus Bahagian Sumber Manusia di Syarikat Suria Sdn.Bhd. Setiap bulan beliau akan membuat bayaran gaji kepada pekerja syarikat tersebut seramai 1000 orang.
Perkhidmatan bank perdagangan manakah yang sesuai digunakan oleh Puan Zahirah?
Perintah sedia ada
Pindahan kredit
Draf bank
Debit langsung
Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik a ke titik b?
Citarasa pengguna terhadap telefon bimbit OPPAH meningkat
Jangkaan harga masa depan telefon bimbit jenama OPPAH menurun
Kecanggihan teknologi dalam pembuatan telefon bimbit jenama OPPAH
Harga telefon bimbit OPPAH menurun
Apakah harga keseimbangan pasaran jika kuantiti permintaan pasaran ialah sebanyak 220 helai?
RM 20
RM30
RM 40
RM 50
Apakah input tetap yang terlibat dalam proses tersebut?
Ikan,tepung dan mesin
Ikan, tepung dan pekerja
Pekerja dan mesin
Mesin
Proses pengeluaran adalah dalam jangka masa pendek
Proses pengeluaran adalah dalam jangka masa panjang
Keluaran marginal untuk input berubah ke- 9 ialah 600 unit
Mengapakah kerajaan bukan sahaja menyediakan barang awam di bandar dan di luar bandar?
Meningkatkan kebajikan rakyat
Kos pengeluaran yang murah
Meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar
Mewujudkan persaingan antara penduduk dengan luar bandar
Pernyataan manakah yang betul tentang pasaran monopoli semula jadi?
Berlaku kebebasan keluar masuk pasaran
Keluaran firma mempunyai pengganti yang hampir
Harga barangan ditentukan kerajaan
Bagaimanakah pelaksanaan cukai karbon oleh kerajaan dapat mengawal selia pengeluar?
Mengurangkan modal pengeluar
mengawal kuantiti barang yang dijual
Mengawal kualiti barang yang dikeluarkan
Mengawal kadar pencemaran dalam pengeluaran
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan rajah di atas?
Inflasi Tolakan Kos
Inflasi Tarikan Permintaan
Inflasi Sederhana
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai progresif?
Kadar cukai semakin meningkat apabila pendapatan meningkat
Contoh cukai progresif adalah cukai pendapatan syarikat
Jumlah cukai yang dibayar adalah sama bagi setiap pembayar cukai
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pelaburan langsung asing?
Melabur dalam bursa saham tempatan
Membina kemudahan pengeluaran di negara sendiri
Membuka subsidiari
Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan
Apakah kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa kepada negara?
Meningkatkan peluang pekerjaan
Menambah penawaran barangan import
Mengurangkan permintaan barangan tempatan.
Mengurangkan eksport
Situasi manakah yang direkod dalam Akaun Perkhidmatan?
Pelabur Malaysia meningkatkan pelaburan dalam sektor pembinaan di India
Kerajaan Malaysia memberi sumbangan kewangan kepada mangsa gempa bumi di pakistan
Pasukan bola sepak Terengganu menggunakan khidmat jurulatih dari England
Firma Bersatu Berhad mengeksport buah buahan segar ke Timur Tengah
Pendapatan sekunder terdiri daripada
sewa
untung
dividen
derma
Situasi manakah yang menyebabkan berlakunya permintaan terhadap Ringgit Malaysia?
Pelancong Timur Tengah melawat Malaysia dengan menggunakan Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghantar pelajar jurusan ekonomi melanjutkan pelajaran ke Jepun.
China meningkatkan penghantaran komponen komponen elektronik ke kilang di Shah Alam.
Apakah yang ditunjukkan oleh tanda negatif pada keanjalan harga permintaan?
Hubungan positif antara harga dengan kuantiti diminta
Hubungan mutlak antara harga dengan kuantiti diminta
Hubungan langsung antara harga dengan kuantiti diminta
Hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta
Antara yang berikut, yang manakah akan mempengaruhi keanjalan permintaan televisyen?
Kadar faedah
Bilangan barang pengganti
Tarikh pengeluaran televisyen
Perubahan cita rasa pengguna
Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri keanjalan harga penawaran yang anjal?
Nilai keanjalan adalah kurang daripada satu
Peratus perubahan harga melebihi peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan
Kuantiti ditawarkan bagi barang adalah sangat sensitif terhadap perubahan harga
Apabila harga menurun banyak, kuantiti yang ditawarkan akan berkurang sedikit sahaja
Antara yang berikut, barang yang manakah mempunyai pekali keanjalan harga penawaran kurang daripada satu?
Kereta
Komputer
Televisyen
Kelapa sawit
Konsep keanjalan harga permintaan penting untuk ...
mengira kadar inflasi
mengenalpasti jenis kos pengeluaran firma
mengira pendapatan boleh guna masyarakat
mengenalpasti corak perubahan perbelanjaan pengguna
Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi pengeluaran jangka panjang?
Input tetap dan input berubah tidak digunakan pada output sifar
Input tetap berubah secara langsung dengan peningkatan output
Input tetap tidak berubah walaupun output meningkat
Pernyataan manakah yang betul tentang input tetap?
Berhubung secara langsung dengan tingkat output
Masih ada keluaran sifar
Wujud dalam jangka panjang
Penggunaan tenaga elektrik
Berikut ialah kos yang ditanggung oleh seorang pengusaha dalam pengeluaran jangka pendek.
> sewa kilang
>Pembelian mesin
Tentukan jenis kos tersebut.
Kos tetap
kos purata
kos sut
kos berubah
