Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 1: Reka Bentuk Mekanikal

Total questions: 17

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud reka bentuk mekanikal ?

a)

Gabungan beberapa komponen mekanikal bagi menjalankan sesuatu fungsi atau tugas yang dikehendaki.

b)

Gabungan dua komponen mekanikal bagi menghasilkan sebuah produk

c)

Sesuatu komponen mekanikal yang menjalankan tugas yang dikehendaki

d)

Sesuatu komponen mekanikal yang menjalankan tugas dalam sesebuah produk

2.

Mekanikal terbahagi kepada berapa komponen

a)

8

b)

9

c)

10

d)

11

3.

Pilih yang tidak benar mengenai pergerakan mekanikal

a)

Pergerakan mekanikal boleh dijalankan secara manual, enjin atau motor elektrik

b)

Pergerakan mekanikal boleh dihasilkan melalui motor dan elektrik sahaja

c)

Pergerakan mekanikal membolehkan sesuatu peralatan berfungsi, bergerak atau berputar

4.

Manakah antara berikut bukan komponen mekanikal

a)

Takal

b)

Rantai

c)

Enjin

d)

Galas bebola

5.

Gear digunakan untuk memindahkan kuasa. Benar atau salah

a)

Benar

b)

Salah

6.

Bindu digunakan bersama dengan mesin gerudi. Manakah antara berikut merupakan fungsi bindu.

a)

Sebagai pengantara bagi objek yang berputar

b)

Sebagai pengantara bagi penghantaran kuasa antara dua gear

c)

Sebagai pengurang geseran bagi menggerakkan sesuatu komponen

d)

Untuk memegang dan mencengkam mata gerudi

7.

Pasangan manakah yang salah ?

a)

takal - flying fox

b)

bindu - cordless screwdriver

c)

pautan - pintu

d)

aci engkol - mesin jahit

8.

Antara berikut yang manakah merupakan gear taji?

a)
b)
c)
d)
9.

Gambar di atas menunjukkan sistem tuas. Apakah kelas bagi sistem tuas itu?

a)

Kelas 1

b)

Kelas 2

c)

Kelas 3

d)

Kelas 4

10.

Rajah di atas menunjukkan sejenis komponen mekanikal. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar mengenai komponen ini?

a)

Digunakan pada roda basikal

b)

Mengurangkan geseran dan melancarkan pergerakan

c)

Berfungsi sebagai penghantar kuasa antara dua gear

d)

Mengurangkan geseran untuk menggerakkan sesuatu komponen

11.

Apakah nama komponen mekanikal di atas

a)

Rantai

b)

Bindu

c)

Aci sesendol

d)

Takal

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis komponen meknikal.


  • terdapat dalam bongkah enjin
  • Menukarkan gerakan linear kepada gerakan putaran
a)

tuas

b)

takal

c)

aci engkol

d)

aci sesondol

13.

Sistem yang berkaitan dengan daya, beban dan fulkrum ialah ........

a)

tuas

b)

takal

c)

bindu

d)

gear

14.

Pautan atau linkage berfungsi sebagai...........

a)

pengantara bagi penghantaran kuasa antara dua gear

b)

penghubung sesuatu komponen atau bahan bagi melengkapkan suatu sistem.

15.

Apakah perbezaan tali sawat dengan rantai?

a)

Tali sawat adalah pendek manakala rantai adalah panjang

b)

Tali sawat dipasang pada motor elektrik manakala rantai dipasang antara dua gear

c)

Tali sawat digunakan pada basikal manakala rantai digunakan pada motosikal berkuasa besar

d)

Tali sawat berbentuk komponen kecil yang disambungkan manakala rantai berbentuk tali

16.

Bagi tuil dan tuas Kelas 2, susunan yang betul adalah :

a)

Daya, Fulkrum, Beban

b)

Daya, Beban, Fulkrum

c)

Fulkrum, Daya, Beban

d)

Beban, Daya, Beban

17.

Rajah menunjukkan sejenis gear. Apakah gear tersebut ?

a)

Gear serong

b)

Gear belitan

c)

Gear rak dan pinan

d)

Gear taji