NEW
Font size
WorksheetsBM TAHUN 5 TEMA 1 KELUARGA TERCINTA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
_____________ juadah telah terhidang di atas meja apabila kami sampai.
Para
Segala
Seluruh
Pelbagai
Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
bersuara
bertutur
berkata
bertitah
____________dinaikkan pangkat, Encik Hamidi tidak lagi menghadapi masalah kewangan.
Agar
Walaupun
Sejak
Tetapi
Abu Bakar meraut mata penselnya _________ sebilah pisau sehingga tajam.
pada
dengan
tentang
untuk
Rumput di halaman rumah Joshua sentiasa _______ supaya kelihatan cantik.
dipangkas
memangkas
pemangkas
berpangkas
Kereta baharu itu _________ untuk abang sebagai hadiah kecemerlangannya dalam peperiksaan SPM yang diumumkan kelmarin.
adalah
tidak
ialah
bukan
Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
kasar
kesat
luas
licin
Berita penculikan itu menjadi __________ orang ramai.
buah tangan
buah mulut
buah hati
anak buah
__________ kamu berputus asa, kalah atau menang adalah adat bertanding.
Jemput
Tolong
Sila
Jangan
Mary akan sentiasa berada di _________ ibu apabila ada tetamu datang ke rumah.
bawah
atas
sisi
hujung
Murid-murid Tahun Lima Merah mengadakan latihan memukul gendang setiap petang untuk __________ pada Hari Guru nanti.
percantuman
persembahan
pembatasan
perhimpunan
Beberapa _________ gigi adik telah rosak dan perlu dicabut.
papan
rangkap
batang
butir
Sesiapa yang mendapat markah ________ tinggi dalam peperiksaan akan menerima hadiah daripada cikgu.
nian
agak
sekali
paling
Suet Ni mengajak rakan-rakannya datang ke majlis hari jadinya. Perkataan seerti bagi mengajak ialah
melarang
menyuruh
mempelawa
menegur
Nasihat yang diberi oleh emak kepada adik _________ kerana adik tidak ingin menuruti kata-kata emak.
bagai kacang lupa akan kulit
bagai tikus membaiki labu
bagai kaca jatuh ke batu
bagai mencurah air di daun keladi
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Lain kali kamu tidak boleh lagi ponteng sekolah ,” kata Cikgu Chong kepada Pui Kwan.
Pui Kwan dinasihati supaya tidak lagi ponteng sekolah cikgunya.
Cikgu Chong dinasihati Pui Kwan supaya tidak lagi ponteng sekolah.
Cikgu Chong menasihati Pui Kwan supaya tidak lagi ponteng sekolah.
Pui Kwan dinasihati oleh Cikgu Chong kerana tidak ponteng sekolah.
Pilih ayat yang betul.
Kempen membaca mendapat sambutan yang lesu dari orang ramai.
Penduduk di Taman Megah hidup aman dan damai.
Pendapat bulanan peniaga itu sungguh lumayan
Semua murid-murid diminta menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Menurut akhbar yang saya baca, enam orang mangsa telah terkorban dalam kebakaran itu.
Akhbar manakah yang menerbitkan berita tentang kebakaran itu?
Berapakah jumlah rumah yang telah musah dalam kebakaran itu?
Bagaimanakah kamu mendapat berita tentang kebakaran itu?
Berapakah jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu?
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?
Makanlah makanan yang berkhasiat supaya badan kita menjadi sihat.
Cikgu selalu menasihati kami supaya menggosok gigi.
Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.
Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Soalan 20 berdasarkan Gambar.
Mak Piah menjemur kain baju yang telah dicucinya tadi. Perkataan berlawan bagi menjemur ialah
merendam
membilas
membasuh
mengering
