wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ LITERASI KEWANGAN 2021

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara cara mudah mengurus simpanan kewangan adalah dengan menggunakan perkhidmatan perbankan secara dalam talian.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Daripada jumlah pendapatan yang diperoleh, berapa peratus yang digalakkan untuk simpanan?

a)

5%

b)

10%

c)

20%

d)

1%

3.

Baki yang positif hasil daripada pendapatan tolak perbelanjaan menunjukkan sikap yang baik individu terhadap kewangan. Adakah benar pernyataan ini?

a)

Betul

b)

Salah

4.

Kenalpasti matlamat kewangan jangka pendek berdasarkan senarai dibawah:

a)

Membeli telefon

b)

Membeli komputer riba

c)

Membeli rumah berkembar

d)

Simpanan untuk pendidikan

e)

Bercuti ke Langkawi

5.

Berikut perkara yang perlu dinilai sebelum individu membeli kereta

a)

Nilai trade in

b)

Komitmen yang sedia ada

c)

Kuasa enjin

d)

Pakej terbaik

e)

Semua di atas

6.

Berikut adalah asas meminjam yang perlu diambil kira oleh individu kecuali

a)

Sejarah kredit

b)

Tujuan produktif

c)

Tanggungjawab moral

d)

Mengikut kemampuan

7.

Bayaran tanggungan pinjaman melebihi 60% daripada pendapatan yang dimiliki adalah tanda individu mempunyai masalah kewangan.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Peminjam digalakkan membayar hutang kad kredit dengan bayaran kadar minima.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Antara tujuan utama individu melabur adalah untuk melindungi dari inflasi. Apakah maksud inflasi?

a)

Kenaikan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi dari semasa ke semasa

b)

Kenaikan dan penurunan harga barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi dari semasa ke semasa

c)

Penurunan harga barang dan perkhidmatan dalam ekonomi dari semasa ke semasa

d)

Semua di atas

10.

Apabila seseorang itu melabur, mereka perlu mengetahui mengenai risiko dan pulangan. Biasanya lebih tinggi risiko, lebih tinggi pulangan pelaburan yang boleh diharapkan. Apakah yang dimaksudkan dengan risiko dalam pelaburan?

a)

Kemungkinan menanggung kerugian daripada pelaburan

b)

Terdedah kepada kemiskinan

c)

Kebarangkalian ditahan pihak berkuasa

11.

Wang yang dikumpul perlu dilaburkan untuk memastikan nilainya tidak mengecil dan jumlahnya terus bertambah. Katakan anda melabur RM1000 dalam XYZ dan menerima dividen 5% selepas setahun. Berapakan jumlah dividen yang anda terima?

a)

5

b)

30

c)

25

d)

50

12.

Berikut ialah cara untuk membina tabungan lebih pantas dalam jumlah lebih besar kecuali:

a)

Melabur secara konsisten setiap bulan ke dalam instrumen pelaburan seperti unit amanah.

b)

Simpan wang dalam akaun simpanan di bank

c)

Tidak mengeluarkan wang pelaburan sesuka hati sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan

13.

Apakah 2 elemen dalam pengurusan aliran tunai?

a)

Perbelanjaan dan perniagaan

b)

Perniagaan dan pendapatan

c)

Pendapatan dan perbelanjaan

d)

Pendapatan aktif dan pendapatan pasif

14.

Antara berikut adalah benar kecuali

a)

Kelebihan membuat bajet boleh mendidik individu hidup mengikut kemampuan

b)

Membuat bajet boleh menambah nilai harta bersih individu

c)

Bajet adalah satu cara untuk menilai aliran tunai individu

15.

Apakah kepentingan merancang ketidaktentuan (risiko)? Jawapan lebih dari 1

a)

Mengawal perbelanjaan

b)

Aliran tunai yang baik

c)

Kelangsungan hidup

d)

Mengawal hutang