WorksheetsSAJAK KIJANG YANG LELAH (WAN MARZUKI WAN RAMLI)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Berdasarkan rangkap kedua, apakah perasaan kijang dalam sajak ini?
Kijang berasa terharu mengenang kejayaan dalam hidupnya.
Kijang berasa resah dan sedih kerana semakin lemah.
Kijang masih berasa kuat walaupun sudah tua.
Berdasarkan rangkap keempat sajak, kijang bertekad untuk
tidak bertindak terburu-buru dalam meneruskan kehidupan.
mengharapkan bantuan haiwan lain untuk hidup.
tidak gentar menghadapi cabaran.
Apakah isu utama yang dikemukan oleh pengarang dalam sajaknya?
Kejayaan hidup seekor kijang tua.
Keperitan hidup seekor kijang tua.
Kebangaan seekor kijang tua mengharunngi hidup.
Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga
Maksud rangkap ketiga dalam Sajak Kijang Yang Lelah ialah
Kijang cuba membina kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupun berasa serik dan tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.
Kijang berasa terharu mengenang kejayaan dalam hidupnya.
Kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutan walaupun kudratnya lemah.
Mengapakah kijang berasa sedih?
Terkena penyakit yang sukar disembuhkan.
Mengenangkan nasibnya yang semakin tua dan akan mati tidak lama lagi.
Berasa sukar untuk mendapatkan makanan.
Baris sajak berikut menggambarkan " dia tidak lagi mampu menobat takhta"
tidak berkuasa lagi kerana dipinggirkan oleh haiwan lain.
tidak bertenaga untuk merampas takhta haiwan lain.
tidak mempunyai kekuatan untuk bermaharajalela di dalam hutan.
Apakah tema dalam sajak Kijang yang Lelah?
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.
Kebahagian hidup seekor kijang tua dalam kehidupannya.
Liku-liku kehidupan seekor kijang dalam hutan untuk meneruskan hidup.
Yang berikut merupakan persoalan dalam sajak tersebut kecuali
Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan
Sikap berhati-hati dalam melakukan tindakan.
Perlunya tindakan undang-undang dikenakan kepada pihak yang menebang hutan.
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang bentuk sajak Kijang yang Lelah.
berbentuk bebas.
terdapat 2 hingga 7 patah perkataan sebaris.
terdiri daripada 4 hingga empat belas suku kata sebaris.
Apakah unsur gaya bahasa untuk baris ayat berikut:
"sebak menyentap dahan kalbu"?
hiperbola
metafora
personifikasi
Pilih penggunaan gaya bahasa metafora yang terdapat dalam sajak dengan betul.
Dedaun resah
Menobat takhta
Diredah belantara
Diredah belantara yang mula teduh
Unsur bunyi yang terdapat dalam baris di atas ialah
simile
asonansi
sinkope
Apakah unsur bunyi yang terdapat dalam baris berikut?
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Aliterasi
Repetisi
Inversi
Yang manakah antara berikut BUKAN nilai yang terdapat dalam sajak "Kijang yang Lelah"
Ketabahan
Kebijaksanaan
Bertanggungjawab
Yang manakah antara berikut merupakan pengajaran yang diperoleh daripada sajak "Kijang Yang Lelah"?
Kita hendaklah menggunakan akal yang waras ketika membuat keputusan.
Kita perlulah menerima segala kritikan daripada masyarakat.
Kita mestilah mementingkan diri sendiri.
