NEW
Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF TINGKATAN 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pemain yang __________ itu dikawal ketat oleh pihak lawan setiap kali dia menerima bola.
lembik
lincah
kecewa
kekok
Pemandu lori itu memandu lorinya dengan berhati-hati ketika melalui jalan yang berliku-liku dan ____________.
bengkak
besar
sempit
ketat
Fadil berasa amat ___________ dengan sikap kawannya yang suka menyebarkan berita yang tidak benar.
sedih
gembira
takut
kecewa
Oleh sebab terlalu _________ akan anak perempuan tunggal mereka, pasangan suami isteri itu sanggup memenuhi segala permintaannya.
sayang
garang
benci
geram
Perawakan Aini yang ___________ itu telah menarik minat orang untuk berkenalan dengannya.
gopoh
pendiam
lembut
hitam
Saufi sungguh ____________ kerana keputusan peperiksaan akhir tahun akan diumumkan esok.
cemas
gembira
susut
malu
Dahi Leha ___________ kerana terhantuk pada bucu meja makan pagi tadi.
bengkok
tebal
bengkak
luas
Muka Ali ___________ apabila terserempak dengan polis kerana dia menunggang motosikal tanpa lesen.
berseri
takut
putih
pucat
Lelaki ____________ yang beruban dan bongkok itu ialah datuk saya.
besar
kuat
tua
hitam
Air telaga itu sudah ___________ kerana musim kemarau yang berpanjangan.
kering
kosong
habis
banyak
Air sungai di belakang rumah Encik Hussin mengalir dengan ____________ selepas hujan lebat turun pagi tadi.
deras
cepat
Pengantin lelaki itu kelihatan sungguh ____________ apabila memakai sepersalinan songket.
comel
kacak
Biskut di dalam tin itu sudah ___________ kerana penutupnya tisak ditutup dengan rapat.
lemau
lembik
Shila berasa ___________ ketika berada dalam majlis yang penuh dengan adat istiadat dan dihadiri oleh orang kenamaan.
ganjil
kekok
Penduduk kampung memandang _____________ terhadap perbuatan tidak bermoral pemuda-pemuda yang sedang melepak itu.
condong
serong
Bunyi gesekan biola itu kurang merdu kerana talinya telah _____________.
kendur
bengkok
Mak Cik Ayu menghiris daging bakar yang __________ itu nipis-nipis sebelum dihidangkan kepada tetamu.
kenyal
kental
Nasi yang ___________ itu telah dibuang oleh emak ke dalam tong sampah.
basi
busuk
Suara Lina yang ___________ itu membolehkannya mendapat tempat pertama dalam pertandingan menyanyi yang disertainya.
merdu
serak
Baju yang baru dibelinya menjadi ______________ selepas dibasuh.
kendur
susut
