wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KETAATAN MALAIKAT T2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Malaikat merupakan makhluk Allah SWT yang dijadikan daripada ______________.

a)

cahaya

b)

tanah

c)

angin

d)

api

2.

Pilih pernyataan yang betul mengenai tugas malaikat Jibril.

a)

Mencatat amalan baik manusia

b)

Mencatat amalan jahat manusia

c)

Menyampaikan wahyu kepada para rasul

d)

Menyoal orang yang telah meninggal dunia

3.
  • Menguruskan rezeki
  • Menurunkan hujan

Pernyataan di atas merujuk kepada tugas malaikat______________.

a)

Izrail

b)

Malik

c)

Israfil

d)

Mikail

4.

Antara berikut, yang manakah tugas lain malaikat?

I Menanggung Arasy

II Bertasbih kepada Allah

III Mendoakan keburukan kepada orang Islam yang tidak taat

IV Membisikkan keburukan ke dalam hati manusia

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

5.

Ciri-ciri berikut berkaitan dengan sifat malaikat kecuali ____________.

a)

tidak makan dan minum

b)

tidak mati hingga kiamat

c)

sentiasa taat perintah Allah

d)

tidak suka kepada arahan Allah SWT

6.

Tugas malaikat Munkar dan Nakir ialah ______________.

a)

Meniup sangkakala

b)

Mencatat amalan baik

c)

Mencabut nyawa semua makhluk

d)

Menyoal orang yang telah meninggal dunia

7.

Antara yang berikut, manakah bukan tanggungjawab malaikat?

I Sentiasa mengharapkan balasan daripada setiap tindakan

II Sentiasa taat perintah Allah SWT

III Menjalankan tanggungjawab tanpa balasan pahala

IV Mentaati perintah Allah apabila mendapat arahan Allah SWT

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

8.

Apakah hukum beriman kepada malaikat ?

a)

Harus

b)

Sunat

c)

Wajib

d)

Makruh

9.

Tugas lain malaikat ialah....

a)

Menanggung Arasy

b)

Menghamparkan sayap kepada orang yang menuntut ilmu

c)

Membisikkan kejahatan ke hati manusia

d)

Bertasbih memuji Allah SWT

e)

Mengingkar arahan Allah SWT

10.

Dalil naqli kewajipan beriman kepada malaikat Allah berfirman :


لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِر وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ

Potongan ayat ini dari ___________.

a)

Surah Qaf ayat 18

b)

Surah Al-Baqarah ayat 177

c)

Surah At-Tahrim ayat 6

d)

Surah An-Nisa' ayat 136

11.

Antara ciri fizikal malaikat :

a)

Tidak berjantina

b)

Diciptakan daripada api

c)

Memiliki sayap

d)

Berjantina

e)

Diciptakan dari cahaya

12.

Antara ciri sifat malaikat :

a)

Makan dan minum

b)

Tidak mati hingga qiamat

c)

Tdak bernafsu

d)

Berkahwin

13.

Antara hikmah beriman kepada malaikat ialah.....

a)

Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT kerana menyedari kehebatanNya menciptakan malaikat.

b)

Tidak menggalakan seseorang supaya sentiasa memperbanyakkan amal soleh.

c)

Menjadikan seseorang sentiasa berwaspada kerana kerana setiap amalan akan dicatat oleh malaikat.

d)

Menggalakkan seseorang supaya sentiasa memperbanyak amalan soleh kerana yakin bahawa malaikat mencatat segala amalan baik.

e)

Menjaga kesucian dan kemulian agama kerana mematuhi segala perintah dan larangan Allah SWT.

14.
Antara tugas umum malaikat ialah memohon supaya di _________i dosa orang Mukmin yang menuntut ilmu.
a)
ampun
b)
maaf
c)
kasihan
d)
rahmat
15.

Berikut merupakan sifat-sifat malaikat, KECUALI :

a)

Tidak berjantina

b)

Tidak pernah mengantuk

c)

Taat kepada Allah

d)

Perlu kepada makan dan minum

16.
Sesiapa yang mengingkari kewujudan malaikat maka _________ keimanannya.
a)
berkurang
b)
bertambah
c)
rosak
d)
batal
17.
Malaikat ialah makhluk unik ciptaan Allah SWT yang _________
a)
hebat
b)
indah
c)
bersayap
d)
boleh terbang
18.
Berikut merupakan BENAR tentang pernyataan mengenai malaikat. KECUALI :
a)
Boleh menjelma dalam pelbagai bentuk
b)
bersayap
c)
mendapat ganjaran pahala
d)
dicipta daripada cahaya.
19.
Malaikat dicipta daripada _____________
a)
air
b)
api
c)
tanah
d)
cahaya
20.
Malaikat Jibrail ditugaskan untuk menyampaikan_____________ kepada para rasul dan nabi.
a)
kitab
b)
cinta
c)
wahyu
d)
al-Quran