Font size
WorksheetsPJK WEEK 10 K3 ( KEKELUARGAAN )
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Mengapakah keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam masyarakat?
Kepincangan sesebuah keluarga akan menyumbang kepada keretakan sesebuah masyarakat.
Keluaraga yang harmoni akan melahirkan insan yang bertanggungjawab terhadap diri dan insan lain.
Keluarga merupakan penyumbang kepada akhlak yang baik.
Institusi keluarga adalah penyumbang kepada sifat kebertanggungjawaban.
Berikut merupakan individu yang terdapat dalam sesebuah keluarga kecuali?
Bapa
Ibu
Rakan
Adik
Berikut merupakan kemahiran keibubapaan kecuali?
Kemahiran insaniah
Kemahiran menulis
Kemahiran berbincang
Kemahiran berkomunikasi
Beri peluang kepada anak-anak untuk memberi idea dan pandangan mereka. Perkara ini merujuk kepada kemahiran?
Kemahiran insaniah
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran mendengar
Kemahiran berbincang
Bapa anda cuba untuk berdiam diri dan memahami situasi anda ketika anda menceritakan tentang masalah anda. Apakah kemahiran keibubapaan yang sedang bapa anda lakukan?
Kemahiran berbincang
Kemahiran menulis
Kemahiran mendengar
Kemahiran membimbing
Ibu bapa perlu pandai menggunakan ketegasan dalam situasi yang berbeza, dan mereka juga perlu mengetahui situasi yang memerlukan kelembutan dan kasih sayang. Perkara ini merujuk kepada?
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran insaniah
Suri teladan kepada anak-anak
Kemahiran mendengar
Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah keluarga itu gagal?
Memberikan implikasi negatif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.
Mewujudkan keluarga yang bahagia.
Memberikan implikasi yang positif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.
Mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat.
Berikut merupakan cara ibu bapa berbincang dengan anak-anak dengan baik kecuali...
A. Tidak menggunakan kekerasan semasa berbincang dengan anak.
B. Mendengar pendapat anak sehingga selesai tanpa memotong percakapan anak
C. Berbicang dalam keadaan rasional dan tidak beremosi.
D. Menjerit menggunakan kata-kata kesat ketika anak berbuat salah.
Mengapakah ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak?
A. Kerana ibu bapa lebih berpengalaman dan lebih lama hidup.
B. Anak-anak atau remaja yang sedang meningkat usia cenderung mencontohi kelakuan ibu bapa.
C. Kerana anak-anak harus menghormati ibu bapa
D. Supaya anak-anak menjadi sama seperti ibu bapa
Terdapat beberapa ibu bapa yang sering bersikap tidak adil terhadap anak-anak. Apakah kesan buruk daripada sikap ibu bapa tersebut?
A. Wujud perasaan dengki antara adik-beradik.
B. Ibu bapa dapat mengawal anak dengan baik.
C. Anak-anak tidak akan mementingkan diri sendiri.
D. Anak-anak akan mengikut kata ibu-bapa
Pilih pernyataan yang benar tentang cara ibu bapa untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak?
Membawa anak-anak berkelah pada waktu cuti sekolah.
Sentiasa bertanyakan keadaan anak-anak
Lebih memberikan tumpuan kepada telefon bimbit semasa anak bertanyakan sesuatu
Membiasakan anak-anak untuk makan malam bersama keluarga
Berikut adalah antara punca konflik dalam keluarga KECUALI
Kurang faham tanggungjawab masing-masing
Kurang bijak mengurus masa
Terabainya pendidikan agama
Ekonomi keluarga yang mantap
Perkara-perkara yang membahagiakan dalam keluarga adalah
Rezeki yang halal
Anak-anak yang baik
Suami isteri yang berpendapatan tetap
Teman sepergaulan yang baik-baik
Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada golongan tua dan muda untuk merapatkan jurang generasi?. Berikan pendapat anda.
Adakah ketegasan penting dalam membentuk sahsiah anak-anak?
Ya
Tidak
Antara ciri-ciri keluarga yang cemerlang ialah :-
I selalu menghadapi masalah
II bekerjasama dan bertanggungjawab
III ikatan perhubungan keluarga yang erat
IV saling bantu membantu antara satu sama lain
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Keluarga bahagia ialah
asas kepada pembentukan masyarakat penyayang.
asas kepada pembentukan diri yang penyayang.
Kemahiran yang tidak tersenarai dalam kemahiran keibubapaan ialah
suri teladan kepada anak-anak
Kemahiran rohaniah
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berbincang
Kemahiran membimbing
Kesan kurang kemahiran keibubapaan ialah
Merapatkan lagi hubungan antara anak-anak dan ibu
Anak-anak mempunyai sifat asertif
Anak-anak lebih kerap meluahkan perasaan di media sosial
Perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak lebih mesra
Anak-anak lebih bertanggungjawab dan matang
Memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik merujuk kepada?
Kemahiran mendengar
Suri teladan kepada anak-anak
Kemahiran insaniah
Kemahiran berkomunikasi
Apakah yang dimaksudkan dengan keluarga?
Satu institusi yang amat penting dalam masyarakat.
Satu institusi yang menjaga kebajikan masyarakat.
Satu institusi yang tidak penting di mata masyarakat.
