wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa

Total questions: 30

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Kata prafrasa terdiri daripada berikut kecuali

a)

A. Kata bantu

b)

B. Kata Pemeri

c)

C. Kata Penguat

d)

D. Kata Pembeda

2.

Kata bantu terdiri daripada berikut :


i. Kata bantu aspek

ii. kata bantu ragam

iii. kata bantu am

iv. kata sendi nama

a)

A. i dan ii

b)

B. i dan iii

c)

C. ii dan iii

d)

D. iii dan iv

3.

hendak, mahu, harus, mesti, boleh


Berikut merupakan contoh kata bantu. Kategori apakah yang ditunjukkan oleh contoh perkataan tersebut ?

a)

A. Kata bantu aspek

b)

B. Kata bantu ragam

c)

C. Kata sendi nama

d)

D. Kata keinginan

4.

Ayat yang manakah mengandungi kata bantu?

a)

A. Jangan membuang sampah ke dalam sungai.

b)

B. Dia juga membeli cenderahati di kedai itu.

c)

C. Kanak-kanak itu enggan memakai kasut.

d)

D. Ambil baju di ampaian.

5.

SOALAN UMUM

Lengkapkan teks di bawah dengan kata bantu yang sesuai.


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Meranti ……(1)……. mengadakan Program Penjagaan Kesihatan pada hujung minggu ini. Pelbagai persiapan ………(2)……. diatur bagi menjayakan program tersebut. Pihak sekolah ………(3)…… memohon bantuan daripada Pejabat Kesihatan daerah untuk turut sama menjayakan program ini dengan menyediakan penceramah dan bahan pameran untuk orang ramai. Pihak sekolah juga turut mendapatkan bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang ……(4)………membuat pemeran.

Pihak sekolah …..(5)…….seramai mungkin pelajar menyertai program itu. Oleh itu, pihak sekolah telah memaklumkan program ini kepada pelajar untuk diuar- uarkan sejak sebulan yang lalu. Para pelajar yang ……(6)……….. menyertai program ini diminta datang lebih awal dengan pakaian yang sesuai.

Pihak sekolah berharap program ini ……(7)……… meninkatkan kesedaran para pelajar tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri dan keluarga bagi mewujudkan kehidupan yang sihat, selamat, dan bahagia.

a)

A. akan, telah, akan, boleh, mahu, akan, dan dapat

b)

B. akan, telah, boleh, akan, mahu, dapat dan akan

c)

C. sedang, akan, dapat, mahu, boleh, enggan dan mungkin

d)

D. akan, dapat, mahu, boleh, enggan, mungkin dan akan

6.

Jenis kata penguat terbahagi kepada tiga jenis iaitu


i) kata penguat hadapan

ii) kata penguat tengah

iii) kata penguat belakang

iv) kata penguat bebas

a)

i, iii dan iv

b)

i, ii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

ii, iii dan iv

7.

Walaupun _____ bekerja sebagai pemandu lori, Encik Johar mampu membesarkan anak-anaknya sehingga berjaya mencapai cita-cita masing-masing.

a)

juga

b)

memang

c)

hanya

d)

sahaja

8.

Adik _____ gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya.

a)

hampir-hampir

b)

terbahak-bahak

c)

benar-benar

d)

agak-agak

9.

Kelakuan pelajar itu baik sekali. Beliau sering dipuji oleh guru dan rakan- rakannya kerana sikap suka tolong menolong dan beradab apabila berbicara dengan orang disekeliling.

Berdasarkan contoh ayat di atas, tentukan kategori jenis kata penguat bagi perkataan “sekali” ,

a)

Kata penguat bebas

b)

Kata penguat belakang

c)

Kata penguat tengah

d)

Kata penguat hadapan

10.

Suraya _________ keberatan hendak ke rumah kawannya untuk meminjam alatan melukis kerana hari sudah lewat.

a)

sekali

b)

paling

c)

agak

d)

kurang

11.
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
a)
tengik amat
b)
busuk sekali
c)
hapak sungguh
d)
hanyir sekali
12.

Razif merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.

a)

paling amat lewat

b)

paling-paling lewat

c)

paling lewat

d)

paling teramat lewat sekali

13.
Pemandangan di kawasan sawah itu ______ pada waktu pagi.
a)
nian indah
b)
indah nian
c)
sungguh indah nian
d)
sungguh indah sekali
14.

Latihan tatabahasa itu ______ disiapkan oleh Farhah semasa rehat tadi.

a)

pernah

b)

masih

c)

akan

d)

telah

15.

Surat kebenaran daripada ibu dan bapa kamu ______ dihantar kepada pihak sekolah sebelum pertengahan bulan hadapan.

a)

sedang

b)

pernah

c)

mesti

d)

telah

16.

Bahasa Melayu _______ bahasa kebangsaan di negara Malaysia.

a)

Ialah

b)

Adalah

17.

Kenyataan yang diberikan oleh pemuda itu _____ benar.

a)

Ialah

b)

Adalah

18.

Kota Bharu _______ ibu negeri Kelantan.

a)

Ialah

b)

Adalah

19.

Maklumat saksi pembunuhan itu ________ tidak benar setelah disiasat oleh pihak polis.

a)

tetapi

b)

biar

c)

adalah

d)

ialah

20.

ialah

a)

Kata nafi

b)

Kata pemeri

c)

Kata penguat

d)

Kata arah

e)

Kata bilangan

21.

Novel yang berjudul “Di Atas Sayap-sayap Malaikat" itu __________ novel terbaru penulis wanita itu.

a)

hanya

b)

ialah

c)

adalah

d)

juga

22.

Khabar angin yang disampaikan oleh pemuda itu ________ tidak benar.

a)

tetapi

b)

biar

c)

adalah

d)

ialah

23.

Kata pemeri

a)

tidak

b)

bukan

c)

ialah

d)

adalah

24.
Tuduhan itu ialah palsu.
a)
Betul
b)
Salah
25.

Encik Badri _______ Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Chempaka.

a)

ialah

b)

adalah

26.
Proton yang berada di tepi jalan itu ___________ kereta Proton Saga.
a)
adalah
b)
ialah
27.
Pilih ayat yang betul.
A. Tujuan program ini adalah membantu murid-murid Linus.
B. Tujuan program ini ialah untuk membantu murid-murid Linus.
C. Tujuan program ini adalah untuk membantu murid-murid Linus.
D. Tujuan program ini ialah membantu murid-murid Linus.
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
28.

Kuih bulan adalah sejenis kuih tradisional masyarakat Cina.

a)

betul

b)

salah

29.
Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu __________ tidak tepat.
a)
adalah
b)
ialah
30.

Pilih ayat yang salah


A. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kelas tambahan pada hari esok telah dibatalkan.

B. Dengan ini dimaklumkan bahawa kelas tambahan pada hari esok telah dibatalkan.

a)

A

b)

B