wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Aplikasi Asas Syariah (Munakahat)

Total questions: 11

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Anisah baru kematian suami 4 bulan 10 hari. Beberapa hari kemudian Anisah dipinang oleh Ali. Apakah hukum Anisah berkahwin sekiranya ia bersetuju?

a)

Harus

b)

Sunat

c)

Haram

d)

Makruh

2.

Munakahat ialah suatu peraturan atau hukum yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan dan kekeluargaan seperti ___________

a)

kesederhanaan

b)

syarat-syarat saksi

c)

berbuat baik terhadap semua makhluk

d)

perihal perbuatan atau tindakan yang ditegah oleh syara’

3.

Hukum asal perkahwinan adalah harus, tetapi menjadi sunat apabila seseorang itu memenuhi syarat-syarat berikut, KECUALI

a)

mempunyai kemampuan untuk berkahwin

b)

mencukupi syarat yang ditetapkan oleh syarak

c)

mempunyai keinginan untuk mendapatkan zuriat

d)

seseorang itu telah mempunyai ikatan pertunangan

4.

Manakah di antara kenyataan berikut adalah BENAR berkaitan munakahat?

a)

Perselisihan suami isteri lebih baik diakhiri dengan perpisahan

b)

Suami hendaklah memberi nafkah mengikut semua kehendak isteri

c)

Nafkah zahir meliputi penyediaan tempat tinggal, makanan dan pakaian

d)

Dalam sebuah rumahtangga, semua tanggungjawab dipikul oleh suami

5.

Antara tujuan perkahwinan dalam Islam ialah:


i. memelihara kesinambungan bangsa

ii. menghindarkan berbagai-bagai penyakit kelamin

iii. menghasilkan ikatan kasih sayang dan ketenangan jiwa

iv. menghindarkan masyarakat daripada masalah keruntuhan akhlak

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

6.

Manakah antara berikut BUKAN asas penting dalam pembentukan rumahtangga?

a)

Memantapkan iman dan taqwa.

b)

Mewujudkan keadilan dalam rumahtangga.

c)

Melaksanakan amanah dan tanggungjawab

d)

Memilih pasangan yang berharta dan berkedudukan.

7.

"Seorang lelaki yang telah berkahwin didapati bersalah kerana melakukan perbuatan zina".

Apakah hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada lelaki tersebut menurut undang- undang Islam?

a)

Sebat 100 kali

b)

Dipancung sampai mati

c)

Rejam dengan batu sampai mati

d)

Sebat 100 kali dan buang daerah.

8.

- Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin

- Tidak mampu menyempurnakan kewajipan


Pernyataan diatas merujuk kepada hukum makruh dalam perkahwinan.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Hukum sunat berkawin untuk orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tiada perkara yang mengharamkannya.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Suami menyamakan sebahagian fizikal isteri dengan perempuan yang haram dikahwini.


Pernyataan diatas merujuk kepada konsep zihar.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Perceraian taklik merujuk kepada perceraian yang berlaku berdasarkan syarat yang dipersetujui.

a)

Betul

b)

Salah