wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Konsep siasah

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Syura atau musyawwarah bermaksud

a)

perundingan, perbincangan atau nasihat.

b)

pemerintahan, ketelusan dan kebebasan.

c)

perbandingan, perbincangan atau nasihat

d)

kesamarataan, persamaan dan pengorbanan

2.

’Baitul Hikmah’ yang ditubuhkan pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah berperanan

a)

mengawal dan mengawasi institusi pentadbiran dan pemerintahan khalifah

b)

mengendalikan aktiviti mengumpul, menyimpan dan meminjamkan buku-buku

c)

mengendalikan perbicaraan yang melibatkan pelanggaran undang-undang Islam

d)

melahirkan pelajar-pelajar yang bergiat aktif dalam bidang falsafah dan perubatan Islam

3.

Siapakah khalifah Islam pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w?

a)

Saidina Ali b. Abi Talib

b)

Saidina Umar al-Khattab

c)

Saidina Uthman b. Affan

d)

Saidina Abu Bakar al-Siddiq

4.

Siasah Syar’iyyah ialah suatu sistem yang __________

a)

berkaitan dengan urusan pemerintahan negara

b)

berkaitan dengan peraturan dan undang-undang

c)

diwujudkan untuk mengawasi perkembangan ekonomi negara

d)

dilaksanakan untuk memelihara keharmonian masyarakat Islam

5.

Apakah langkah- langkah yang dijalankan oleh Rasulullah S.A.W dalam pentadbirannya di Madinah?


I. Mendirikan masjid

II. Membentuk majlis syura

III. Membaik-pulih bangunan

IV. Menyatupadukan penduduk Madinah

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

Semua jawapan diatas

6.

Khalifah adalah pemimpin negara yang perlu memastikan ___________

a)

kuasa pemerintahan adalah hak mutlak khalifah

b)

rakyat bertindak sejajar dengan perintah Allah dan Rasul

c)

pembangunan ekonomi menjadi agenda utama pemerintahan

d)

semua rakyat termasuk yang bukan Islam mengeluarkan zakat

7.

Berlandaskan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah, Islam telah menetapkan matlamat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran.


Matlamat utamanya ialah ________

a)

mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang

b)

mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu

c)

mengembalikan keagungan peradaban umat Islam

d)

melahirkan negara dan ummah yang ’mardhatillah’ (diredhai Allah)

8.

Berikut adalah tugas ahli syura kecuali ...

a)

Melakukan ijtihad

b)

Melucutkan jawatan khalifah

c)

Menguatkuasa undang-undang

d)

Memberi nasihat kepada kerajaan

9.

Konsep khilafah dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam membawa maksud _______

a)

Manusia mempunyai kuasa dalam menggubal undang-undang.

b)

Pemimpin bertanggungjawab mendaulatkan sistem pemerintahan Islam.

c)

Umat Islam adalah pemegang amanah atau wakil Allah di atas muka bumi.

d)

Setiap penduduk mempunyai pelbagai hak dan keistimewaan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam.

10.

Apakah sebab UTAMA golongan kafir zimmi perlu dijaga kebajikan mereka oleh kerajaan Islam?

a)

Disebabkan mereka turut sama mempertahankan negara Islam.

b)

Mereka tunduk kepada kerajaan Islam dengan membayar jizyah.

c)

Sebagai bukti pemerintahan Islam ditegakkan di atas dasar persamaan

d)

Menjadi tanggungjawab pemimpin Islam memberi perlindungan kepada rakyat.