NEW
Font size
WorksheetsKATA KERJA
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Pilih ayat aktif tak transitif yang salah.
Nina sedang mandi di bilik air.
Nina sedang berasa.
Nina sedang mandi.
Pilih ayat aktif tak transitif yang betul.
Adik Amin sedang bermain di belakang rumah.
Abang sedang membersihkan halaman rumah sejak pagi tadi.
Aminah suka mengganggu kakaknya yang sedang tekun belajar.
Pilih ayat pasif yang betul.
Bola itu ditendang oleh abang dengan kuat.
Abang menendang bola itu dengan kuat.
Bola itu ditendang dengan kuat abang.
Pilih ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif yang betul.
Aina telah membaca novel-novel itu setahun yang lalu.
Novel-novel itu telah dibaca setahun yang lalu Aina.
Novel-novel itu telah dibaca oleh Aina setahun yang lalu.
Pilih ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif yang betul.
Budak-budak nakal itu membuli kucing itu di sekolah.
Kucing itu dibuli oleh budak-budak nakal di sekolahnya.
Kucing itu dibuli di sekolahnya budak-budak nakal.
Pilih ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif yang betul.
Batu yang berat itu terangkat oleh Badang dengan mudah.
Batu yang berat itu terangkat badang dengan mudah.
Batu yang berat itu dengan mudah terangkat Badang.
Pilih ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif yang betul.
Buku Haziq terambil saya tanpa sengaja.
Buku Haziq terambil oleh saya tanpa sengaja.
Buku Haziq tanpa sengaja terambil saya.
Pilih ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif yang betul.
Soalan yang mudah itu mesti terjawab oleh kamu esok.
Soalan yang mudah itu mesti terjawab kamu esok.
Soalan yang mudah itu mesti esok kamu terjawab.
Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
Saya telah memulangkan buku itu dua hari yang lalu.
Buku itu telah saya pulangkan dua hari yang lalu.
Telah dipulangkan saya buku itu dua hari yang lalu.
Pemulangan buku itu dua hari yang lalu.
Pilih ayat yang betul .
Zakiah sedang pandang lukisan yang cantik itu.
Zakiah sedang memandang lukisan yang cantik itu.
Zakiah pandang lukisan yang cantik itu.
Pilih ayat yang betul.
Kamarul memahami kehendak kakaknya.
Kamarul memahami akan kehendak kakaknya.
Kamarul memahamkan kehendak kakaknya.
Pilih ayat yang betul.
Hidayah akan berjumpa Cikgu Ali.
Hidayah akan berjumpa dengan Cikgu Ali.
Hidayah berjumpa Cikgu Ali.
Pilih ayat yang betul.
Perompak itu bersenjatakan dengan sebilah pisau.
Perompak itu bersenjatakan sebilah pisau.
Perompak itu bersenjata sebilah pisau.
Pilih ayat yang salah.
Dengan berpandukan peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar dari kawasan hutan itu.
Dengan berpandu peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar dari kawasan hutan itu.
Dengan berpandu pada peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar dari kawasan hutan itu.
Pilih ayat yang salah.
Puan Nurin Alia sedang menerangkan tentang persediaan untuk menduduki peperiksaan yang akan bermula esok.
Puan Nurin Alia sedang menerangkan persediaan untuk menduduki peperiksaan yang akan bermula esok.
Puan Nurin Alia sedang membuat penerangan tentang persediaan untuk menduduki peperiksaan yang akan bermula esok.
Pilih ayat yang salah.
Pendapat yang disuarakan oleh pemuda itu berdasarkan bukti yang sahih.
Pendapat yang disuarakan oleh pemuda itu berdasar pada bukti yang sahih.
Pendapat yang disuarakan oleh pemuda itu berdasarkan pada bukti yang sahih.
Pilih ayat yang betul.
Semua aktiviti yang dijalankan di kawasan persekitaran sekolah perlu berteras pada peraturan sekolah.
Semua aktiviti yang dijalankan di kawasan persekitaran sekolah perlu berteraskan pada peraturan sekolah.
Semua aktiviti yang dijalankan di kawasan persekitaran sekolah perlu berteras peraturan sekolah.
Pilih ayat yang betul.
Ahli perniagaan itu bercerita mengenai kesengsaraan yang dialaminya ketika beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Ahli perniagaan itu berceritakan mengenai kesengsaraan yang dialaminya ketika beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Ahli perniagaan itu bercerita kesengsaraan yang dialaminya ketika beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Pilih ayat yang salah.
Yasmin bertanyakan khabar keluarganya di kampung melalui aplikasi WhatsApp.
Yasmin bertanya tentang khabar keluarganya di kampung melalui aplikasi WhatsApp.
Yasmin bertanyakan tentang khabar keluarganya di kampung melalui aplikasi WhatsApp.
Pilih ayat yang salah.
Cikgu Zuraini bertanya kepada murid-muridnya tentang pengalaman mereka pada cuti sekolah yang lalu.
Cikgu Zuraini bertanyakan murid-muridnya tentang pengalaman mereka pada cuti sekolah yang lalu.
Cikgu Zuraini menanyai murid-muridnya tentang pengalaman mereka pada cuti sekolah yang lalu.
