NEW
Font size
WorksheetsSAINS DARJAH 6
Total questions: 28
Worksheet time: 56mins
Kemahiran saintifik terdiri daripada 12 jenis kemahiran. Rajah dibawah menunjukkan salah satu langkah dalam kemahiran saintifik. Nyatakan langkah kemahiran proses sains berdasarkan rajah dibawah ini
Memerhati
Mengukur masa
Meramal
Membuat hipotesis
Antara berikut, yang manakah PERNYATAAN MASALAH?
Adakah haba mempengaruhi jenis objek?
Haba ialah sejenis serangga.
Objek panas mengeluarkan haba.
Semakin panas objek, semakin besar saiznya.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'Pemboleh Ubah Bergerak Balas'?
Parameter yang diubah- ubah
Parameter yang diukur
Parameter yang ditetapkan
Parameter yang boleh diabaikan
Apakah kemahiran proses sains yang terlibat dalam PIDATO mengenai kesan pencemaran alam sekitar
Meramal
Membuat inferens
Membuat kesimpulan
Berkomunikasi
Berdasarkan rajah dibawah, apakah kemahiran manipulatif yang diaplikasikan oleh pelajar tersebut.
Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat
Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
Berikut merupakan satu pernyataan."Semakin tinggi suhu, semakin cepat gula melarut di dalam air."Apakah kemahiran proses sains yang terlibat dalam pernyataan di atas?
Mentafsir data
Memerhati
Meramal
Membuat hipotesis
Pernyataan di bawah menunjukkan satu tujuan penyiasatan."Menyiasat hubungan antara jisim bola dengan ketinggian lantunan"Apakah pemboleh ubah dimanipulasi dalam penyiasatan ini?
Ketinggian lantunan
Saiz bola
Jisim bola
Tempoh masa bola melantun
Apakah peraturan Bilik Sains yang perlu dipatuhi oleh pelajar?
Murid tidak dibenarkan makan dan minum dalam bilik sains
Murid hanya boleh memasuki bilik sains setelah dibenarkan oleh guru besar
Murid tidak dibenarkan memasuki Bilik Sains
Murid tidak dibenarkan memakai kasut dalam Bilik Sains
Maklumat dibawah menunjukkan peraturan Bilik Sains yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Pada pendapat anda, mengapakah peraturan ini penting?
Untuk mengelakkan makanan daripada dicemari oleh bahan kimia
Untuk mengelakkan kantin daripada menjadi lengang
Untuk mengelakkan makanan tersebut menjadi rebutan dengan murid lain
Untuk mengelakkan Bilik Sains daripada dipenuhi oleh bau makanan
Antara berikut yang manakah MELANGGAR peraturan bilik sains?
Mengemas bilik sains sebelum keluar.
Membuang sampah ke dalam bakul sampah.
Makan dan minum dalam bilik sains.
Menjalankan eksperimen mengikut arahan guru.
Semasa berada di dalam bilik Sains, apakah langkah pertama yang harus dilakukan?
Duduk di kerusi.
Membuka tingkap
Berbincang dengan rakan
Membuat ulang kaji.
Bilik Sains di sekolah mempunyai pelbagai radas dan peralatan serta bahan yang berbahaya dan tidak boleh digunakan sewenangnya oleh pelajar. Keselamatan adalah menjadi aspek penting semasa berada di Bilik Sains. Rajah dibawah menunjukkan sejenis bahan yang terdapat di bilik sains. Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika menggunakan bahan ini?
Cermat, berhati-hati
Cermat, berhatimulia
Jimat, berhati-hati
Jimat, tidak membazir
Antara rajah berikut pelajar manakah yang mematuhi peraturan bilik sains?
Ahmad dan Danny
Harris dan Seng Lee
Danny dan Harris
Ahmad dan Seng Lee
Mengapakah kita perlu mematuhi pertaturan bilik sains?
Lebih ramai pelajar boleh keluar dan masuk ke dalam bilik sains
Pelajar dapat membawa keluar peralatan dari bilik sains dengan mudah
Persekitaran bilik sains menjadi lebih selamat untuk digunakan
Persekitaran bilik sains menjadi lebih seronok
Antara yang berikut, pelajar manakah yang TIDAK mematuhi peraturan bilik sains?
Pernyataan dibawah merujuk kepada sejenis mikroorganisma. Namakan mikroorganisma tersebut
Fungi
Alga
Virus
Bakteria
Rajah di bawah menunjukkan adunan tepung yang dicampur sedikit yis, air suam dan gula. Selepas dibiarkan beberapa ketika, doh itu dilihat mengembang. pada pendapat anda, Apakah yang menyebabkan doh itu mengembang?
Mikroorganisma bergerak
Mikroorganisma bernafas
Mikroorganisma bertumbuh
Mikroorganisma membiak
Ahmad meletakkan tiga pinggan nasi di tempat yang berbeza. Dia memerhatikan keadaan nasi itu selepas tiga hari. Keputusan yang diperolehi ialah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah. Hasil pemerhatian menunjukkan nasi basi kerana .......
Keadaan suhu yang sesuai untuk mikroorganisma membiak.
Kehadiran kulat di udara
Kehadiran titisan air di udara
Kehadiran cahaya dalam bilik
Kerjasama ialah interaksi yang ......
Memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
Memberi manfaat kepada sebelah pihak sahaja
Menyebabkan terjadinya pergaduhan
Tidak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
Dua ekor rusa jantan bertarung untuk menunjukkan kekuatannya bagi menarik rusa betina.Apakah faktor yang menyebabkab persaingan tersebut?
Air
Wilayah
Pasangan
Makanan
Apakah Simbiosis antara kutu dan kucing?
Mutualisme
Parasitisme
Komensalisme
Interaksi
Apakah maksud paratsitisme?
Interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
Interaksi yang tidak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
Interaksi yang memberi manfaat kepada satu pihak sahaja manakala merugikan pihak yang lain
Interaksi yang memberi manfaat kepada satu pihak sahaja manakala pihak yang lain tidak mengalami apa-apa kerugian
Antara berikut, yang manakah contoh hubungan parasitisme antara dua spesies tumbuhan?
Pokok pitis-pitis dan pokok tumpangan
Rumput dan pokok semalu
Lumut dan pokok tumpangan
Bunga Rafflessia dan pokok tumpangan
Namakan interaksi di antara Singa dan Kuda belang
Mangsa-pemangsa
Komensalisme
Parasitisme
Mutualisme
Rajah menunjukkan 3 ekor kucing yang diletakkan di dalam sangkar ketika musim mengawan. pada pendapat anda, sekiranya penghadang itu dialihkan apakah yang akan berlaku?
Kucing jantan saling bergaduh
Semua kucing tinggal di dalam sangkar masing-masing
Semua kucing bersaing untuk makanan dan air
Kucing betina bergaduh dengan kucing jantan
Rajah menunjukkan aktiviti satu haiwan. Apakah tujuan aktiviti itu?
Pemuliharaan
Kemandirian spesies
Persaingan
Pemeliharaan
Rajah menunjukkan sebuah pasu dengan anak-anak pokok. Antara langkah berikut, yang manakah dapat mengurangkan persaingan di kalangan anak-anak pokok itu?
Mengurangkan jumlah tanah
Mencantas beberapa helai daun anak-anak pokok
Menambah tanah ke dalam pasu
Memindahkan beberapa anak pokok ke pasu yang lain
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku kepada anak-anak pokok yang gagal dalam persaingan bagi mendapatkan cahaya matahari?
Anak pokok akan mati kerana tidak dapat membuat makanan sendiri
Daun akan menghijau untuk melawan persaingan
Daun akan layu dan tidak bermaya
Akar akan tumbuh lebih banyak bagi mendapatkan lebih banyak makanan
