NEW
Font size
WorksheetsWEBINAR CUKAI PERKHIDMATAN DIGITAL
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan digital?
merangkumi perkhidmatan yang disediakan melalui Internet atau rangkaian elektronik lain dan sifat perkhidmatan yang disediakan pada asasnya automatik yang mana tiada campur tangan manusia atau campur tangan manusia secara minimum dan mustahil diperolehi tanpa menggunakan maklumat teknologi
apa-apa perkhidmatan yang dihantar atau dilanggan melalui internet atau rangkaian elektronik lain dan yang tidak boleh diperoleh tanpa menggunakan teknologi maklumat dan yang penghantaran perkhidmatan itu pada asasnya automatik
penyampaian maklumat secara elektronik termasuk data dan kandungan di pelbagai platform dan peranti seperti web atau mudah alih.
merangkumi perkhidmatan yang disediakan melalui Internet atau rangkaian elektronik dan sifat penyampaian perkhidmatan tersebut pada dasarnya automatik yang mana tiada campur tangan manusia atau campur tangan manusia secara minimum dan tidak boleh diperoleh tanpa penggunaan maklumat teknologi.
Berapakah kadar cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital yang perlu dikenakan oleh Orang Berdaftar Asing kepada pelanggan di Malaysia?
6%
5%
8%
10%
Dibawah pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital (SToDS), siapakah yang perlu mengakaunkan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital diimport?
Tiada
Penerima perkhidmatan di Malaysia
Orang berdaftar asing
Pemberi perkhidmatan asing
Sebagai pelanggan di Malaysia, perlukah saya mengakaunkan cukai perkhidmatan sekiranya saya mengimport (memperolehi) perkhidmatan digital dari pemberi perkhidmatan asing?
Perlu
Tidak perlu
Bergantung kepada keadaan
Tidak berkaitan
Apakah kemudahan yang disediakan di bawah Dasar Cukai Perkhidmatan 3/2020 kepada pelanggan yang mengimport (memperoleh) perkhidmatan digital dari Orang Berdaftar Asing?
Pengecualian daripada mengakaunkan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital yang diperolehi dari Orang Berdaftar Asing
Pengecualian daripada mengenakan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan pendidikan jarak jauh atas talian
Pengecualian daripada mengenakan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan surat khabar atas talian, jurnal dan terbitan berkala atas talian
Kemudahan tuntutan balik (Refund) Melalui Kaedah Offset Cukai Perkhidmatan Ke atas Perkhidmatan Digital yang diperolehi dari Orang Berdaftar Asing
Di bawah adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh orang yang ingin menggunakan kemudahan di bawah Dasar Cukai Perkhidmatan 3/2020?
i. Menyediakan perkhidmatan digital yang sama sepertimana perkhidmatan yang diimport;
ii. Merupakan orang berdaftar dengan JKDM di bawah Akta Cukai perkhidmatan 2018;
iii. Perkhidmatan digital tersebut adalah untuk tujuan penerusan perniagaan dan bukan untuk kegunaan sendiri
iv. Memperoleh perkhidmatan digital dari penyedia perkhidmatan asing
v. Telah membayar cukai perkhidmatan kepada orang berdaftar asing
i, ii, iii & v
i, ii, iv & v
ii, iii,iv & v
Semua di atas
Nyatakah tempoh bercukai bagi Orang Berdaftar Asing
Setiap bulan
Setiap 2 bulan
Setiap 3 bulan
Mengikut kesesuaian
Bilakah cukai perkhidmatan menjadi genap masa dan perlu diakaunkan oleh Orang Berdaftar Asing?
Masa pembayaran di buat atau berdasarkan invois di terima yang mana lebih awal
Masa pembayaran di terima atau berdasarkan invois dikeluarkan sekiranya diluluskan oleh Ketua Pengarah
Masa pembayaran di buat atau berdasarkan invois di terima sekiranya diluluskan oleh Ketua Pengarah
Masa invois dikeluarkan atau masa pembayaran diterima sekiranya diluluskan oleh Ketua Pengarah
Bilakah tarikh pelaksanaan perkhidmatan bercukai diimport dan bilakah pula tarikh pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital?
1 September 2018 & 1 Januari 2019
1 Januari 2019 & 1 Januari 2020
1 Januari 2020 & 1 Januari 2021
1 September 2018 & 1 September 2019
Pemberi perkhidmatan asing bertanggungan untuk berdaftar sekiranya jumlah nilai semua perkhidmatan digital kepada pelanggan di Malaysia melebihi jumlah nilai perkhidmatan digital yang ditetapkan. Berapakah jumlah nilai perkhidmatan digital yang ditetapkan bagi tujuan tersebut?
RM 1.5 Juta
RM 1 Juta
RM 500,000
Tiada jumlah nilai perkhidmatan digital yang ditetapkan
